Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, February 20, 2010

Kerajaan Beruas Gangga Negara

Foto 1: Batu nisan yg kecil ini pun "mereka" tak mampu menegakkannya. Tapi Flor De La Mar yang tenggelam boleh dibina semula!?
Foto 2: Pandangan sepi kawasan makam diraja Beruas

Foto 3: Siapakah nama raja ini? Jika tahu sila nyatakan. Jika tak tahu "mereka" patut melakukan research.


Beruas Gangga Negara satu nama kerajaan purba yg nasibnya hampir sama dengan Istana Raja Bersiong, cuma ada sedikit pengiktirafan kerana wujudnya muzium dan sign board yg merujuk kepada peninggalan sejarahnya. Ada berbagai versi cerita yg didengar
i) Beruas danGangga Negara adalah kerajaan berbeza. Beruas kerajaan Islam, manakala Gangga Negara kerajaan Hindu
ii) Beruas adalah ibukota kepada Gangga Negara sebuah kerajaan Islam.
Namun begitu makam di raja Beruas di Kampung Kota menunjukkan rajanya beragama islam dengan kewujudan batu nisan Acheh. Keluasan kerajaan ini meliputi kawasan yg merangkumi Beruas sehingga ke Dinding (Manjung). Di sini juga terdapat satu kawasan yg dikenali sebagai Padang Antah Berantah yg merupakan salah satu dari empat tempat penting bagi ahli Silat Seni Gayong.