Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Tuesday, July 12, 2011

BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA KERAJAAN AYUTTHAYA

Petikan dari buku terbitan SEAP Publication ini membuktikan penggunaan Bahasa Melayu yang meluas semasa pemerintahan kerajaan Ayutthaya. Walaupun pemerintah Ayutthaya terdiri dari orang Siam dan bertutur dalam bahasa Siam, tetapi dalam urusan rasmi kerajaan penggunaan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya. Ini dapat dilihat dengan wujudnya manuskrip Undang-Undang Kedah yang ditulis dalam bahasa Melayu. Sebuah kerajaan yang besar memerlukan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua etnik yang mempunyai pelbagai bahasa, dan bahasa itu ialah Bahasa Melayu. Perkara ini telah dimaklumkan dalam posting terdahulu berkaitan kenapa Undang-Undang Kedah tidak ditulis dalam bahasa Siam (Sila klik). Siam juga merupakan satu sub etnik Melayu yang cuba dilenyapkan oleh penjajah kerana legasi Merong Maha Wangsa yang menyimpan pelbagai rahsia dan misteri kerajaan silam di Nusantara ini.

Saturday, July 2, 2011

MELAKA TELAH WUJUD SELAMA 700 TAHUN PADA 1511?

Foto 1: Petikan dari buku A History Of South East Asia, DGE Hall, 1968.
Menurut petikan itu Melaka telah wujud selama 700 tahun ketika kedatangan Portugis. Kenapa dakwaan Ferrand pada 1918 tersebut tenggelam begitu sahaja dan tidak dikaji oleh sejarawan tempatan. Walaupun dakwaan tersebut telah tangkis oleh GP Rouffaer pada 1921 tetapi asas dakwaan Ferrand tidak boleh dipandang ringan. Tangkisan dakwaan ini rentetan dari teori kewujudan Srivijaya oleh Georges Coedes seorang Perancis yang pernah bertugas sebagai pengarah Perpustakaan Kerajaan Siam (selepas 1939 bergelar Thailand) sekitar 1918. Sebelum 1920an TIADA seorang pun YANG TAHU kewujudan Srivijaya itu. Setelah teori Srivijaya itu diperkenalkan maka semua orang menerimanya tanpa berfikir panjang sehinggalah sekarang menjadi ilmu kebanggaan sejarawan mainstream. Adakah teori Srivijaya yang diwujudkan pada tahun 1920an ini satu agenda penjajah untuk melenyapkan sejarah sebenar pemerintahan keturunan Merong Maha Wangsa.  Seterusnya pada tahun 1928 At Tarikh As Salasilah yang ditulis oleh Muhammad Hassan yang menceritakan salasilah raja Kedah yang kononnya beragama Hindu telah dicetak. Kita boleh lihat di sini satu perancangan yang licik antara orang yang berkuasa di Thai, Kedah dan para orientalis untuk melenyapkan kesah sebenar Merong Maha Wangsa. Jika dakwaan Ferrand itu diambil kira sudah tentu Melaka itu telah wujud sekitar tahun 800M. Jadi Melaka ini yang mana satu, Semenanjung Melaka kah atau Melaka yang kita tahu hari ini?
Foto 2: Peta Semenanjung Melaka dan Melaka yang kita tahu hari ini.
Dakwaan Ferrand ini menjelaskan bahawa penubuhan sebuah kerajaan telah berlaku sekitar tahun 800M di Semenanjung ini dan Kerajaan itu telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa @ Sultan Muzaffar Syah 1 yang telah berkahwin dengan Syarifah Mariyam Al Jeffri. Oleh itu kajian yang mendalam terhadap dakwaan Ferrand ini perlu dilakukan. Sejarah sedia ada perlu dikaji semula.