Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat
banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota
tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan?
Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang
diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan
perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada
kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi
kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan,
ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?
Foto 1: Binaan batu bata di Sungai Batu, Merbuk Kedah merupakan tapak
arkeologi terawal di Asia Tenggara dibina sekitar 100 Masihi. Jika pengetahuan
binaan kota batu bata telah wujud pada 100M kenapa di dalam teks sejarah wujud dakwaan kota-kota dahulu dibina dari kayu dan buluh? Hanya setelah kedatangan Portugis kota batu dibina, seolah-olah kita belajar dari pihak penjajah!? Tidak
logik jika pada 100M sudah ada binaan batu bata tetapi pada 1500M masih
berkotakan kayu.
Foto 2: Peta lama bertarikh 1598 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011,
Malaysia A Pictorial History 1400-2004) menunjukkan kota-kota yang wujud di
sepanjang pantai semenanjung tanah air kita. Dimanakah kota-kota tersebut
sekarang?
Foto 3: Kampong Kota di Beruas, Perak di mana terdapatnya makam
purba raja Melayu yang bernesankan Batu Acheh terukir ayat Al Quran. Kenapa
sejarah mainstream menjunjung pengaruh Hindu-Budha di Bruas Gangga Negara,
tetapi kisah rajanya yang beragama Islam seolah-olah diketepikan sahaja?
Foto 4: Istana Raja Bersiong di
Kepala Batas Alor Star Kedah. Istana yang didakwa asalnya milik Raja Bersiong
kemudian diwarisi oleh Tengku Kudin. Lihat sahajalah terbiar dan turut
dijadikan tempat pembuangan sampah. Kenapa Kelly Castle dipelihara, tetapi
Istana Raja Bersiong ini terbiar hina sebegini rupa?
Foto 5: Gambar ini didakwa sebagai Istana Sultan Ismail di
Belanja Perak. Gambar ini berjaya mencetuskan persepsi Melayu itu berdinding
buluh dan beratap rumbia. Adakah ini sebenarnya istana atau sekadar tempat
persinggahan atau pondok di dalam dusun atau tempat persembunyian ketika diburu
penjajah? Jika sememangnya istana tempat bersemayam, bagaimana agaknya kalau
gajah baginda yang berpuluh ekor itu menggeselkan badan pada dinding istana tersebut? Bagaimana
agaknya kalau baju besi baginda digantung pada dinding istana tersebut?
Foto 6: Kota Ngah Ibrahim di Matang,
Perak. Pernah dijadikan markas oleh Inggeris dan Jepun. Menjadi mahkamah untuk
mengadili mereka yang dituduh terlibat dengan pembunuhan J.W. Birch, mungkin
disebabkan itu ianya masih kekal tidak diruntuhkan.
Foto 7: Kota Long Jaafar di Bukit Gantang, Perak. Terbiar bersemak
tanpa penjagaan rapi. Menurut sejarah mainstream, Long Jaafar merupakan
Penghulu Larut yang kaya raya serta kekayaannya itu mengatasi kekayaan Sultan
Perak pada ketika itu. Persoalannya, logik kah penghulu lebih kaya dari sultan
pada masa tersebut, dan logik kah seorang penghulu memiliki sebuah kota yang dilengkapi
dengan meriam?
Foto 8: Kota Kuala Muda, sebahagian kecil
sahaja sisa binaan kota yang masih tinggal. Terdedah kepada vandalism dan
pencerobohan, diharapkan symbol-simbol yang masih ada dapat kekal untuk tatapan
generasi akan datang.
Foto 9: Kota Kuala Kedah, lihatlah
keunikan senibinanya. Pernah dijadikan markas Inggeris dan mungkin disebabkan
itu ianya selamat dari diruntuhkan sama seperti Kota Ngah Ibrahim yang pernah
dijadikan markas Inggeris.
Foto 10: Kota Star, binaan asalnya pernah
dirobohkan atas alasan untuk membina Wisma Persekutuan. Logikkah alasan
tersebut diberikan dalam masa yang sama Kota A Famosa dipertahankan? Namun
begitu replica kota tersebut dibina semula pada tahun 2008 tetapi didapati
berlaku sedikit perubahan pada corak ukiran pada kota.
Foto 11: Kota Indera Kayangan, tapak kota telah
diratakan dan dijadikan tempat parking kereta untuk pelawat yang berkunjung ke
Muzium Kota Indera Kayangan. Logikkah tapak sebuah kota dijadikan tempat
parking kereta?
Foto 12: Istana Nagara, foto ini diambil pada 1897 (sumber, Wendy Khadijah Moore,
2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004). Lihat la seni binaannya yang
jelas bermotifkan Merong dan Teratai. Telah dirobohkan pada 1930 dan diganti
dengan istana yang baru di atas tapak asal yang kemudiannya dikenali sebangai
Istana Iskandariah. Kenapa istana secantik ini dirobohkan, tiada lagikah tapak
lain selain dari tapak binaan asal untuk dibina istana baru? Kenapa sejarah
mainstream cuba melenyapkan maklumat tentang istana ini? Kenapa istana ini
diberi nama Istana Nagara? Nagara manakah yang dimaksudkan?
Banyak lagi kota-kota dan istana lain yang tidak dipaparkan disini, apa yang
dipaparkan sebagai bahan untuk dikongsi dan difikirkan bersama. Jika Melayu
mempunyai kota maka ini amat bertentangan sekali dengan momokan selama ini
apabila Melayu dikaitkan dengan rumah kayu beratap rumbia. Jika Melayu memiliki kota,
kemanakah perginya pewaris kota tersebut? Jika pewaris sebenar kota tersebut
adalah mereka yang berkuasa sekarang, adalah tidak logik jika mereka yang
berkuasa ini membiarkan sahaja kota warisan nenek moyang mereka terabai,
dirobohkan dan dilenyapkan begitu sahaja. Jadi siapakah sebenarnya yang empunya dan
pewaris sebenar kota-kota tersebut?