Krisis kepimpinan merupakan satu masalah besar kepada sebuah negara, terutamanya bagi sebuah negara yang pernah dijajah. Jika difikir secara logik, adakah penjajah ingin melepaskan sahaja negara yang dijajah tanpa memberi manfaat kepada mereka. Sudah tentu kemerdekaan diberikan kepada negara yang dijajah namun penjajah masih mendapat manfaat dari negara tersebut. Hubungan diplomatik antara negara yang dijajah dengan penjajah mestilah dipelihara untuk negara penjajah kekal mendapatkan manfaat dari negara yang dijajah. Persoalannya, bagaimana hubungan tersebut boleh terpelihara dengan baik? Jawapannya, meninggalkan legasi kepimpinan negara kepada mereka yang mempunyai kecenderungan kepada bekas penjajah. Kepimpinan ini yang disebut sebagai Puppet Leadership atau Kepimpinan Boneka.
“Puppet leaders, as the metaphor implies, are individuals in
positions of authority and responsibility who are put in place and controlled
by other people in positions of real power”
Petikan: Dennis R. Young, Puppet Leadership: An Essay in
honor of Gabor Hegyesi, Georgia State University, 2008.
Berdasarkan petikan dan pemahaman yang diperolehi darinya
adalah tidak menghairankan kebanyakan negara yang dijajah menghadapi masalah
krisis kepimpinan. Keadaan yang berlaku seolah-olah di negara tersebut tiada
lansung mereka yang layak memimpin dan kepimpinan yang naik kelihatan tidak
mampu untuk menyelesaikan masalah. Masalah yang berulang sentiasa berlaku tanpa
penyelesaian. Persoalannya kenapa mereka yang sedemikian sahaja yang menjadi
pemimpin? Jawapannya, mereka mendapat sokongan strategik dari pihak yang
mempunyai kepentingan penjajah dan yang bersekutu dengannya. Mana-mana pemimpin
yang mempunyai kesedaran untuk membawa perubahan positif kepada negara dan
berusaha untuk manfaat agama, bangsa dan negara akan diasak dengan pelbagai
cara supaya tiada berpeluang untuk menerajui kepimpinan negara.
Perkara yang sama berlaku bukan sahaja dalam kepimpinan
politik negara yang dijajah, ianya turut berlaku dalam kepimpinan awam yang
menjadi penggerak jentera kerajaan. Mereka akan memastikan juga kepimpinan awam
diterajui oleh mereka yang mampu menurut telunjuk Puppet Master. Perkara ini
dilakukan supaya negara yang “merdeka” tersebut akan kekal bergantung kepada
negara penjajah yang masih mempunyai kepentingan terhadap negara bekas
jajahannya.
Petikan kata-kata Alexander The Great di atas memberikan
gambaran yang jelas. Penjajah akan memastikan negara yang dijajah terus dipimpin
oleh “Sheep”. Mereka akan memastikan tiada “Lion” yang berpeluang untuk
menerajui kepimpinan negara yang pernah mereka jajah.
Kesimpulannya krisis kepimpinan akan terus berlaku di negara
jajahan sehinggalah ada “Lion” yang mampu mengambil alih kepimpinan negara dari
dipimpin oleh para “Sheep”. Yang pastinya “Lion” tersebut akan berdepan dengan
pelbagai kesukaran dan cabaran dari dalam dan luar negara dalam menongkah arus
ke puncak kepimpinan negara. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment