Upacara pertabalan Duli Yang maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di Pertuan Agong ke -14 telah berlangsung pada hari ini 11hb April 2012.
Majlis yang penuh adat istiadat itu telah berlansung gilang gemilang di Istana
Negara yang baru. Ada dua perkara penting yang amat menarik perhatian penulis ketika
berlansungnya upacara tersebut.
Perkara pertama ialah pada pertabalan kali ini DYMM telah menghunus dan mencium keris kebesaran
kerajaan, perkara yang tidak dilakukan ketika pertabalan ke-13 yang lalu yang
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan Bangsa Raja dan Hulubalang
Tua di Tanah Melayu ini. Syabas diucapkan kepada DYMM dan penganjur
istiadat kerana mengembali dan mengekalkan budaya perlambangan kekuasaan dan
ketuanan Melayu tersebut. Di bawah ini ialah sebahagian sajak yang ditulis oleh
Mahaguru Silat Seni Gayong, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai
renungan untuk semua,
Matahari terbit
Palembang Seguntang,
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Tanahnya subur ditanam padi,
Keris dihunus, dipegang, dijulang,
Kesatriaan pahlawan timbul kembali.
Gayong emas kendi pusaka,
Bekalan air raja kesakti,
Keris kuhunus langkah kumula,
Bangsa Melayu sudah terpuji.
Perkara kedua ialah berkaitan hubungan emosi dan
kerohanian antara Raja dan Rakyat di dalam teks ucapan Memanda Perdana Menteri
ketika ucapan menjunjung kasih dan taat setia kebawah Duli Tuanku yang
dihubungkaitkan dengan sejarah lampau Merong
Maha Wangsa. Perkara ini amat bersesuaian kerana baginda sendiri adalah
dari jurai Merong Maha Wangsa melalui nenda baginda iaitu bonda kepada Almarhum
Sultan Badlishah.
Foto 2: Memanda YAB Perdana Menteri Malaysia sedang
menyampaikan ucapan menjunjung kasih dan taat setia kebawah Duli Tuanku.
Berikut adalah antara petikan ucapan YAB Perdana
Menteri tersebut, “...sejak dari zaman Kesultanan Melaka, tempoh sebelum
merdeka, membawa kepada mencapai kemerdekaan, telah tersulam kemas sehingga
kini dalam perjalanan Malaysia pada era moden, kendatipun pertautan Raja dan
Rakyat sedang menelusuri jejak-jejak waktu namun ia kekal relevan mendakap
hieraki semasa, benarlah bagai dikata hubungan
Raja dan Rakyat terpisah tiada, bagai aur dengan tebing saling melengkapi,
ikatan kedua-duanya begitu simbiotik, berputik melalui muafakat bai’ah yang
telah terpatri kukuh di Bukit Si Guntang
Maha Meru antara Sang Sa Purba
dan Demang Lebar Daun serta
kisah-kisah dalam Hikayat Merong Maha
Wangsa. Selanjutnya lagi tawarikh telah turut membuktikan apabila
perhubungan antara keduanya distrukturi keharmonian serta dibajai emosi dan kerohanian yang mendalam maka sebarang apa pun kemelut yang dihadapi negara
dapat ditangani dengan jayanya..”
Semoga Malaysia akan terus menjadi negara yang aman makmur dan rakyatnya dilimpahi rezeki di bawah pemerintahan Yang Di Pertuan Agong yang ke-14. DAULAT TUANKU!
bukit siguntang Palembang...bermula sebuah perjanjian...di tanah Wong kito...tanah wong kito galo! payoo wong kito maju!
ReplyDeleteAnon 11:23, Apa makna tu....di tanah Wong kito...tanah wong kito galo! payoo wong kito maju!
ReplyDelete