Foto 1: Muzium Kota
Indera Kayang. Kelihatan tempat parking kereta yang dipercayai sebagai tapak
asal kota tersebut. Tapak kota jadi tempat parking?
“Kota Indera Kayangan atau Kota Al-Marhum
Kayang 1 merupakan kota istana yang terletak di tebing kiri Sungai Perlis. Ia
merupakan kota istana semasa pemerintahan Sultan Kedah ke-15 iaitu Sultan
Dhiauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687). Kota dan istana yang dibina ini
terletak di suatu kawasan yang dikelilingi beberapa buah bukit yang terletak di
sebelah selatan tebing Sungai Perlis. Berdasarkan sejarah lisan, kota ini
berkeluasan 6-8 km persegi. Tembok kota diperbuat dari benteng tanah dengan
ketinggian 6-7 kaki. Pohon buluh turut ditanam di atas benteng ini manakala
kaki tembok di bahagian luar pula digali parit sedalam 5-6 kaki dan lebar 7-8
kaki.” –Notis muzium.
Dalam usaha mencari bukti kewujudan kota dan
keinginan untuk melihat sendiri sisa kota tersebut pertanyaan kepada masyarakat
setempat diajukan. Berikut adalah beberapa pandangan masyarakat Perlis dari
pelbagai latarbelakang yang sempat ditemui berkaitan kewujudan Kota Kayang
apabila diajukan soalan “Kota Kayang ni sebenarnya macam mana, memang ada ka
kota tu?”
Pengawal keselamatan muzium: Mana ada kota,
kota dia kota semulajadi aja, tu bukit-bukit tu la yang jadi dia punya kota tu,
kat situ ada gua, depa dok situla”.
Kakitangan muzium: “Hmm… dulu adala kota
dia. La ni tak dak dah. Tapak asal kota tu dulu kat tempat parking kereta kat
depan tu”.
Pelajar IPT: “ Ish, saya pon tak berapa nak
tau, dulu kalu ikut cakap emak ayah saya kawasan tu macam kawasan paya hutan
semak aja”.
Pemandu teksi: “Mana ada mengarut aja tu,
hutan aja kawasan tu, depa nak buat tarikan pelancong apa semua buatla muzium
tu. Kota tu tak daklah, muzium ada la”.
Pemandu kereta sapu: “Hang nak tau buat
apa? Dulu masa pakcik muda-muda dulu memang ada, pakcik ni nakai sikit, ha ha
ha. Pakcik dulu kerja bawa barang seludup, bawa sorok-sorok la. Biasanya pakcik
simpan barang seludup tu kat kota tu la. Tempat tu baguih sebab tak dak sapa
berani pi situ. Yang berani pi pon orang macam pakcik dengan tok bomoh nombor
ekoq, depa dok pi menurun kat kuboq raja yang ada kat situ.. ha, ha, ha..”
Jawapan dan pandangan yang dipaparkan di
atas perlu dijadikan bahan renungan bersama. Persoalannya bilakah kali terakhir
kota tersebut kelihatan? Jawapan pakcik pemandu kereta sapu menjelaskan dalam
beberapa dekad yang lepas kota tersebut masih wujud. Sekurang-kurangnya kesan
tinggalan kota tersebut ditinggalkan untuk tatapan generasi berikutnya.
Menjadikan tapak sebuah kota sebagai padang parking kereta merupakan tindakan
yang merugikan anak bangsa. Adakah tindakan ini terancang atau tidak sengaja?
Walaupun apa alasannya tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak bijak.
Assalammu'alaikum...wrt,
ReplyDeleteArtikel yg baik. Semalamhamba terfikir nak cerita sikit tentang Kota Kayang ni...alhamdlillah pagi hari ni saudara Husaini telah keluarkan ttgnya...
Kalau nak tanya soalan ttg kota kayang ni elok tanya orang kampung Tok Kuning yang berumur 60tahun keatas mereka insyaAllah lebih tau ttg Kota Kayang dgn lebih tepat.
Hamba pernah bertanya ttg Kota Kayang kpd bekas DO Perlis yg pernah berkhidmat sekitar tahun 80an, beliau Allayarham Tuan Haji Abdul Rahim bin Sudin. Sekitar tahun 2002 beliau telah bawa hamba melawat Muzium tersebut, ketika itu tertera gambar hitam putih yg besar menghiasi hadapan pintu masuk muzium, kelihatan dalam gambar itu Tunku Abdul Rahman dan ayah beliau (Cikgu Sudin) serta beberapa orang lelaki sedang berdiri di lereng bukit dalam kawasan Muzium Kota Kayang. Tunku Abdul Rahman dan rombongan telah datang untuk melawat kawasan tersebut sekitar tahun 60an atau 70an... sekarang gambar tersebut telah diganti dengan gambar yg lain.
Kata beliau, dahulunya Istana Kota Kayang ini di Namakan Istana Merbau sebab dibina menggunakan kayu merbau dan kota dibina daripada tanah seperti yang saudara ceritakan namun dibahagian belakang adalah bukit seperti yang kita lihat sekarang ini, Istana tersebut telah ditingalkan setelah Sultan ketika itu memerintah semua rakyat berpindah ke Kedah sekarang. Wallahualam.
Tq SH & AB. Info yg menarik dan berguna dari AB.
ReplyDeleteArtikel yg sgt menarik.. mana entry baru?
ReplyDeleteTq Sobi, sebenaqnya banyak benda yg nak dipaparkan, tapi x berkesempatan nak menulis.. sesuai dgn nama blog ni penulisan hanya pada waktu santai dan bila ada mood :-)
ReplyDeletewei! hang kena tukaq karier dan buat double PhD dlm sains dan Sejarah =) then boleh buat research dgn geran univsti ka, mantap...!
ReplyDeleteBuat yg Sains dulu la... kalau yg Sains dh berjaya barula buat sejarah plak :-)
DeleteDulu ada cerita kota ini dalam misteri nusantara lama dah depa temuramah ayah saya ...
ReplyDeleteassalamualaikum.. boleh saya tahu pada tahun bila depa temuramaha ayah anda?
DeleteDulu ada cerita kota ni dalam misteri nusantara depa temuramah ayah saya ...saya dok dekat sini je..
ReplyDeleteDulu ada cerita kota ini dalam misteri nusantara lama dah depa temuramah ayah saya ...
ReplyDeleteTAPAK PARKING BEKAS KOTA? FAKTA TERSEBUT TIDAK TEPAT PENULIS...SILA DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR LOKASI tapak KOTA KAYANG DARI BAHAGIAN PEJABAT MUZIUM KOTA KAYANG SEBELUM MENULIS DALAM BLOG ANDA....takut orang yang baca silap maklumat sebenar....bekas pembantu muzium muzium kota kayang...
ReplyDeleteMacam mana nak dapat detail pasal kota kayang
ReplyDelete