Kesah pertarungan Dato’ Meor Rahman dan
Bruce Lee kembali hangat diperkatakan lagi. Catitan kali ini memaparkan versi
yang saya tahu dan pegang selama ini. Sedikit olahan dibuat supaya bersesuaian
dengan kaedah penyampaian dan penulisan tetapi maksud asalnya tidak berubah.
Silakan membacanya:
Dato’ Meor Rahman bersama saudaranya Dato’
Syed Ahmad Jamalullail sedang berada di dalam VIP room di lapangan terbang Hong
Kong. Sedang mereka berbual-bual menanti penerbangan berikutnya mereka
didatangi oleh seorang lelaki yang memaklumkan ada seseorang ingin bertemu Dato’
Meor Rahman. Dato’ Meor Rahman memberikan persetujuan. Tidak lama selepas itu
beberapa orang lelaki memasuki VIP room. Salah seorang dari mereka bertanyakan
kepada Dato Meor Rahman “Do you know me?”. Dato Meor Rahman merenung tajam
kepada lelaki tersebut dan berkata, “Ya, I know you, you look like Bruce Lee”.
Kata tersebut dijawab pantas oleh lelaki tersebut, “Yes, you are right, I am a great
Bruce Lee”. Selepas berkata demikian, lelaki tersebut dengan angkuhnya mencabar
Dato’ Meor Rahman untuk memperlihatkan kehebatan ilmu persilatan. Cabaran
tersebut ditolak secara baik oleh Dato’ Meor Rahman dengan berkata “I come here
not to fight, I want to see the world”. Namun tolakkan tersebut menyebabkan
lelaki itu mengeluarkan kata-kata yang betul-betul mencabar maruah diri dan
persilatan Dato Meor Rahman. Lelaki itu berkata,”I challenge you, if I lose,
your martial art is the best, but if you lose…”. Mendengar kata-kata itu Dato’
Meor Rahman dengan pantas memintas kata lelaki itu dengan berkata,”How can I
lose!”. Dengan berkata demikian Dato’ Meor Rahman bingkas bangun dari tempat
duduknya dan terus berdiri menghadap lelaki tersebut. Lelaki tersebut tertawa
dan memandang kearah Dato’ Meor Rahman sambil membuka bajunya. Dato’ Meor
Rahman hanya tersenyum sinis melihat perlakuan lelaki tersebut, di dalam
hatinya beliau berkata, “Huuh, cakap aje besaq, badan kecik aja”. Lelaki itu
bertanya kepada Dato Meor Rahman,”Are you ready? Maka dijawab oleh Dato’ Meor
rahman, “Ya, I am ready”. Lelaki tersebut berkata lagi “Then, show me your art”
apabila beliau melihat Dato’ Meor Rahman hanya berdiri lurus. Dato’ Meor Rahman
menjawab “This is my art, stand still is my art!” Mendengar jawapan tersebut
lelaki itu terus menerjah dengan serangan kaki bertubi-tubi, namun semua
serangan kaki tersebut ditangkis dan dibuang oleh Dato’ Meor Rahman. Lelaki itu
tidak berpuas hati, beliau mendakwa semua kaedah tangkisan dan buangan yang
dilakukan oleh Dato’ Meor rahman itu kaedah biasa yang juga wujud dalam ilmu
bela dirinya. Dato’ Meor Rahman tersenyum sinis lagi, dalam hati beliau berkata
“ Hang nak sangat ka ni, kurang ajaq punya XXXX, nak main-main dengan aku!”
Selepas itu Dato Meor Rahman merapatkan telapak tangannya kemulut sambil
membaca mentera hulubalang “-------------”. Melihatkan perlakuan Dato Meor
Rahman itu lelaki tersebut tertawa lagi, dan berkata “That’s good, I really
like it”. Dato’ Meor Rahman hanya tersenyum sinis dan menanti serangan dari
lelaki tersebut dan berkata, “You really want to see the Malay art, come on”. Mendengarkan
kata tersebut lelaki itu terus menyerang dengan pantas. Sepantas kilat Dato
Meor Rahman bergerak dan melepaskan pukulan yang tepat mengenai hulu hati
lelaki tersebut. Hasil dari pukulan yang dikenali sebagai Kipas Nandung tersebut
lelaki itu melambung dan terhempas ke lantai. Lelaki itu terjelepok dan tidak
bermaya lagi. Melihat keadaan tersebut, rakannya yang lain segera mengangkat
dan membawa keluar lelaki itu keluar dari bilik VIP tersebut. Tamat.
Foto: Dato Meor Abdul Rahman dalam beberapa
aksi ketika muda dan telah berusia memaparkan keadaan fizikalnya yang mantap
dan gagah. Seorang yang mempunyai pengalaman mempraktikkan ilmu persilatannya
semasa zaman dan keadaan yang kritikal era 30an, pendudukan Jepun, bintang tiga
dan lain-lain peristiwa yang mencabar maruah agama, bangsa dan negara.
Kepada mereka yang tidak mengenali Dato
Meor Rahman mungkin akan berkata ini cerita karut dan dongengan semata-mata. Bagi
saya masing-masing mempunyai hak untuk mempercayainya atau tidak. Catitan saya
pada kali ini hanya bertujuan untuk menjelaskan kenapa saya percaya peristiwa
itu berlaku dan untuk menjawab cacian dan penghinaan orang terhadap Silat Seni
Gayong dan Dato Meor Rahman sendiri. Mari kita lihat siapa Dato Meor Rahman dan
kronologi penglibatannya dalam persilatan. Dato Meor Rahman bukan jaguh kampong
biasa, beliau adalah seorang yang bersifat global yang mewarisi ilmu persilatan
Laksamana Hang Tuah yang juga seorang yang bersifat global. Berikut adalah kronologi
secara ringkas yang menyebabkan beliau dikenali ramai dalam dunia bela diri
yang mendorong kearah pertarungan tersebut.
1927, ketika berusia 12 tahun mempelajari
silat dari datok sebelah ibunya iaitu Tok Janai atau nama sebenarnya Syed
Zainal Bin Syed Idris Bin Syed Hatta, pewaris ilmu persilatan dari jurai Merong
Maha Wangsa.
1934, dikhatamkan dan mewarisi ilmu
persilatan Laksamana Hang Tuah. Mendapat gelaran Panglima Sendo Perak yang diberikan
oleh Sultan Alang Iskandar setelah mempamirkan kehebatan dan kegagahan.
1939, dilantik menjadi jurulatih combat
Royal Signal Cops di Singapura setelah menewaskan jurulatih dari Hong Kong.
1942, mempertahan penduduk Pulau Sudong di
Singapura dari tentera Jepun yang sedang bermaharajalela ketika itu
1943, ditahan dan dipenjarakan oleh tentera
Jepun. Berjaya menumpaskan tentera Jepun ketika menuju ketempat hukuman. Hasil
campur tangan keluarganya, beliau diampunkan dan dipaksa bekerja dengan Jepun.
1947, dianugerahkan pingat King George ke VI
kerana keberaniannya menentang Jepun semasa perang dunia kedua.
1950-60an, Silat Seni Gayong berkembang
pesat di Singapura dan Tanah Melayu.
1967, artikel berkaitan Silat Seni Gayong
dan Dato’ Meor Rahman diterbitkan dalam majalah Black Belt September 1967
1969, peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Sentimen
antara kaum di Malaysia kerana sifat kiasu kaum tertentu yang tidak menghargai
toleransi Melayu selama waktu tersebut.
1970, mengadakan persembahan silat selama
dua minggu di Osaka Jepun. Semasa di Osaka ini Silat Seni Gayong dan Dato Meor
Rahman mendapat liputan media yang sewajarnya dan dikenali ramai.
1972, rombongan dari Hong Kong telah pergi
ke Taiping untuk mencari pesilat yang mampu bertarung dengan Bruce Lee. Ahli
rombongan telah ditewaskan oleh Dato Meor Rahman dan murid kanan beliau Cikgu
Ahmad Lazim.
1973, Bruce Lee meninggal dunia pada 20
July 1973. Menurut Dr Langford yang merawat Bruce Lee, beliau berkata tiada
siapa yang membunuh Bruce Lee, Bruce Lee yang membunuh dirinya sendiri dengan
mengambil dadah secara berlebihan.
1974, sekali lagi artikel berkaitan Silat
Seni Gayong dan Dato’ Meor Rahman dikeluarkan oleh Majalah Black Belt April
1974.
Berdasarkan maklumat dari kronologi di
atas, secara lojiknya pertarungan tersebut harus berlaku. Bermula pada penerbitan
Black Belt 1967 itu, harus Dato Meor Rahman mula dikenali pada peringkat antarabangsa.
Ini ditambah pula dengan kehadiran beliau di Osaka, Jepun dalam perhimpunan dan
persembahan seni bela diri antarabangsa. Kisah cabar mencabar di Osaka, Jepun
juga menjadi penambah rasa keinginan seorang yang angkuh dan ego untuk mencabar
beliau. Kerana itu pada pada tahun 1972 rombongan dari Hong Kong telah hadir ke
Taiping bagi tujuan cabaran dan pertarungan itu. Semasa hayatnya, Bruce Lee
mengkaji seni beladiri tradisional dan menganggap beberapa kaedah tradisional
tidak praktikal. Lantaran itu beliau mencipta satu kaedah yang diberi nama Jeet
Kun Do yang dianggap amat praktikal dalam amalan bela diri dan pertarungan.
Silat tidak terlepas dari menjadi bahan kajiannya. Pertarungan di lapangan
terbang Hong Kong juga harus berlaku kerana telah ada maklumat yang diperolehi
oleh Bruce Lee tentang kehadiran Dato Meor Rahman, dan peluang ini tidak harus
dilepaskan. Jika benar kematian Bruce Lee memang disebabkan pengambilan dadah
yang berlebihan. Persoalannya kenapa beliau perlukan dadah tersebut? Jawapannya,
harus Bruce Lee menggunakan dadah tersebut bagi mengatasi kesakitan yang amat
sangat akibat pukulan Kipas Nandung Dato Meor Rahman. Cerita pertarungan itu
telah tersebar secara meluas dikalangan pengamal bela diri antarabangsa, tetapi
menjadi rahsia yang tersimpan rapi disebabkan factor yang tertentu. Rentetan dari
kesah yang tersebar itu wartawan majalah Black Belt telah mengeluarkan lagi sekali
artikel berkenaan Silat Seni Gayong dan Dato Meor Rahman pada tahun 1974. Dikalangan
masyarakat awam pula, terdengar juga desas desus pertarungan ini sebenarnya
dengan Dicky Zulkarnain seorang actor Indonesia yang terkenal dalam cerita persilatan
Si Pitung yang dihasilkan pada tahun 1970. Namun begitu Dicky Zulkarnain
sendiri pernah menafikannya pada tahun 1987 di Kejuaraan Silat Sedunia di Kuala
Lumpur dan mendakwa orang yang menewaskan Bruce Lee ialah seorang mahaguru yang
berada di sini (di dalam stadium tersebut). Terdapat juga kisah lain dimana
Bruce Lee pernah ditewaskan oleh pakar shaolin, kung fu dan mereka yang tidak
berpuas hati dengan beliau. Walaubagaimanapun, apa sahaja cerita sebenar yang
berlaku hanya diketahui oleh rakan rakan Bruce Lee yang berada bersamanya
ketika kejadian tersebut.