Perkataan Bangsa Raja ada disebut didalam
manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) di muka surat 48. “Demikian lagi jika sama duduk di negeri dipilih pula pada
asal keturunan datuk neneknya dan bapanya, jika kecil sekalipun gelarnya orang
yang tiada berasal itu lebih juga yang berasal itu. Demikian lagi seperti yang
bangsa raja itu, jika miskin sekalipun ia dipertengku dan diperpatik
juga, maka duduknya pun ke ataslah kerana ia bangsa raja.”
Jika dilihat di dalam
konteks Silat Seni Gayong terdapat juga kelompok yang boleh dikaitkan dengan
Bangsa Raja ini. Di dalam 14 rangkap sajak hasil karya oleh mahaguru Dato’
Meor Abdul Rahman terdapat perkataan berkenaan putera-puteri yang boleh dikaitkan
dengan Bangsa Raja ini sebanyak 2 kali.
Lembaganya bersih
nyawanya suci,
Bersatu (berseru) kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Bersatu (berseru) kepada putera dan puteri,
Agama yang mulia junjunglah tinggi,
Belalah bangsa, adat dan negeri.
Seni Gayong seni
pusaka,
Junjung (dipimpin) oleh putera negara,
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.
Junjung (dipimpin) oleh putera negara,
Supaya digiat taat setia,
Amanah guru harus dijaga.
Di dalam rangkap
sajak yang lain terdapat pula perkataan yang menggambarkan sebaliknya iaitu
pemuda-pemudi. Kenapa wujudnya kelompok ini?
Seni Gayong sudah
terpuji,
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Dijunjung oleh seluruh negeri,
Pemuda-pemudi harus pelajari,
Agar Gayong kekal abadi.
Apakah mesej yang
ingin disampaikan oleh mahaguru melalui rangkap-rangkap sajak ini? Pelbagai
persepsi dan tafsiran boleh dilakukan, terpulang kepada yang empunya diri
khususnya anak gayong untuk memahaminya.
Bagi rangkap sajak
yang pertama di atas ianya memaparkan konsep bloodline dan warisan turun
temurun yang wujud dalam Seni Gayong. Siapakah “lembaga” itu? Apakah yang
bersatu dan yang diserukan itu? Bagi yang tahu dan memahaminya sahaja yang boleh
mencerap apa yang telah disuratkan oleh mahaguru. Bagi mereka yang tidak mahu
memahaminya akan mencari pelbagai alasan yang bersifat nafi.
Lihat pula rangkap
kedua yang jelas maksudnya mengenai kepimpinan gayong. Seni Gayong ialah seni
pusaka turun temurun yang dipimpin oleh putera negara. Siapakah putera negara
yang dimaksudkan. Jika gayong itu ilmu warisan Tuah, adakah Tuah juga putera
negara? Tuah yang kita ketahui selama ini melalui sejarah mainstream yang
ditulis penjajah ialah hulubalang dan laksamana Melaka sahaja. Jadi sajak ini
tidak releven sama sekali. Tetapi itu sejarah yang ditulis penjajah dan
talibarutnya. Bagaimana dengan tulisan dan pandangan alternative mengenai Tuah
dari mereka yang mendakwa mempunyai salasilah turun temurun? Dakwaan? Sesiapa
sahaja boleh mendakwa dia keturunan raja dan sebagainya. Biarlah. Yang penting
setiap dakwaan perlukan bukti dan fakta sahih yang boleh diterima lojik akal. Apa
yang penulis ingin kemukakan ialah pandangan yang berasaskan dakwaan dari Almarhum
Nai Long Kasim waris mutlak keturunan Yang Dipertuan Kedah Tua dan Merong Maha
Wangsa. Siapakah putera
Negara yang dimaksudkan? Mereka ialah Hang Tuah, putera kepada Nai Hisbu
Muadzam Shah. Mereka ialah Sultan Muzaffar III, putera kepada Syariff Yang Di
Pertuan Abu Bakar Syah. Mereka ialah Panglima Bukit Gantang, putera kepada
Sultan Muzaffar III. Mereka ialah Syed Hatta, juga putera kepada Sultan
Muzaffar III. Mereka ialah Syed Idris, putera kepada Syed Hatta Raja Kayang
Indera Sakti. Mereka ialah Syed Zainal, putera kepada Syed Idris Raja
Kota Star. Bloodline Tuah diwarisi oleh mahaguru melalui Sultan Muzaffar III
yang merupakan cicit Tuah.
Rangkap sajak yang ketiga pula membawa maksud pemuda-pemudi haruslah
mempelajari Seni Gayong sebagai ilmu beladiri supaya warisan ini tidak hilang
ditelan zaman. Belajar dan carilah segala ilmu Gayong yang ada sebanyak dan semampu yang mungkin. Siapakah pemuda-pemudi? Berdasarkan paparan sajak-sajak di atas
pemuda-pemudi adalah di dalam kelompok yang berbeza dengan putera-puteri. Yang
membezakannya ialah bloodline, darah dan DNA yang wujud di dalam empunya diri.
Tulisan ini bukanlah bermatlamat mewujudkan kasta dan darjat dalam Silat Seni
Gayong, tetapi hanya lontaran persepsi bagi yang ingin berfikir supaya bertambah
pemahaman dan pengetahuan dan bertambah keyakinan terhadap apa yang dipelajari
dan diwarisi. Faktor DNA adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan dan boleh
dibuktikan secara saintifik. Walaubagaimanapun, semua itu tertakluk kepada Iradat Allah s.w.t, “Sesungguhnya
orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling
bertaqwa di antara kamu” [Al Hujurat :13]
Assalammu'alaikum... saudaraku Husaini yang dihormati.
ReplyDeleteSudah lama tak bersantai.... Semoga saudara sihat sejahtera hendaknya...
Ya memang benar Laksamana Hang Tuah berketurunan Raja/Sultan...
Benarlah juga Dato' Meor Rahman pemimpin Gayong Putera Negara berketurunan Raja/Sultan...
Bloodline, darah dan DNA yang wujud di dalam empunya diri juga tak perlu dibuktikan dan sememangnya tak boleh dinafikan oleh sesiapa, kerana ia sememangnya sedang mengalir dalam empunya diri dan telah tercatat di sisi Rabbal'Alamin sejak azali lagi. Wallahu'alam.
p/s utk semua Umat Melayu Islam : Kerana ada darah orang mulia yang mengalir dalam diri, maka perlulah yang empunya diri sedar dan beringat2 selalu serta bersifat dan berakhlak mulia dan luhur, insyaAllah.
Terima kasih atas perkongsian catitan santai kali ini.
Selamat Tahun Baru 2013M.....
Waalaikumussalam,
DeleteSemoga DNA orang mulia yg ada pada empunya diri tidak disesiakan..
Ana Raja Lawak....
ReplyDeleteOnce A King, Always A King!!!
ReplyDeleteOnce An Emperor, Always An Emperor!!!
Alhamdulillah terbaik, bangsa raja ttp bangsa raja...
ReplyDelete