Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Loading...

Thursday, January 20, 2011

TOK MORIS @ TOK MO REH @ SYED IDRIS

Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal. Cerita tentang kehebatan Tok Moris ini diwarisi turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di tanah air ini terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah Darul Aman. Tok Moris atau Tok Mo Reh ini merupakan singkatan nama Tok Bomoh Idris. Gelaran Tok Bomoh ini merupakan nama penyamaran yang digunakan ketika saat kritikal pasca Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris yang suatu ketika dulu pernah menjadi Raja Kota Star, Kedah.
Foto1: Pedang milik Wan Darus yang mempunyai hulu yang hampir sama dengan hulu pedang Tok Moris.
Nama penuh Tok Moris menurut urutan salasilah ialah Syed Idris ibni Syed Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India). Jika dilihat kepada pedang yang digunakan oleh Tok Moris kelihatan dengan jelas wujudnya pengaruh Mughal dalam reka bentuk pedang tersebut.
Foto 2: (Dari buku The Last Mughal, William Dalrymple) menunjukkan  pahlawan Mughal menggunakan 2 pedang mirip seperti pedang Tok Moris dan Wan Darus. Persoalan mula timbul adakah Tok Moris dan Wan Darus adalah orang yang sama? Idris @ Idrus, Deris @ Derus @ Darus? Persoalan ini hanya berdasarkan pahlawan Mughal di atas menggunakan 2 bilah pedang untuk seorang.
Menurut manuskrip Undang-Undang Kedah ciri-ciri pedang yang dimiliki oleh Tok Moris menggambarkan beliau adalah seorang anak raja. Dan sememangnya gelaran panglima pada masa dahulu juga adalah untuk anak dan putera raja. Anak dan putera raja inilah yang akan mempertahankan ayahanda mereka iaitu raja yang memerintah. Tok Moris merupakan Raja Kota Star yang telah dilantik oleh datuknya Sultan Muzaffar III atau lebih dikenali sebagai Koya Long @ Po Chan @ Raja Kemboja.
Foto 3: Kota Star yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan di bawah pemerintahan Tok Moris. Dapat dilihat dengan jelas motif Bunga Teratai atau Bunga Tunjung pada pintu gerbang kota tersebut.
Kelompok keturunan Tok Moris yang terdapat di Kampong Kubur Panjang adalah dari jurai isteri pertama beliau iaitu Nai Long Anyai yang merupakan kakak kandung kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah ataupun lebih dikenali sekarang ini di dalam sejarah mainstream sebagai Encik Long Jaafar. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara sepupu kerana Syed Hatta merupakan adik kepada Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang. Manakala Panglima Bukit Gantang pula merupakan ayah kepada Long Jaafar. Selain dari Nai Long Anyai ada lagi beberapa orang isteri beliau termasuk salah seorang dari keturunan Cina Manchu.
Pasca Perang Musuh Bisik 1821 memberi tekanan yang amat dahsyat kepada keturunan Merong Maha Wangsa kerana selain dari berperang dengan penjajah British dan Thai mereka berhadapan dengan musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dari kaum kerabat yang sanggup bersekongkol dengan penjajah semata-mata mahukan kuasa tanpa maruah. Semasa saat kritikal ini penyamaran dengan pelbagai nama dan karektor dilakukan untuk keselamatan keturunan. British dan Thai amat mudah dikenali tetapi pengkhianat dan talibarut dari bangsa sendiri amat sukar dikenalpasti. Ini adalah perkara lumrah yang juga berlaku kepada Tengku Muhammad Saad, Mat Kilau dan lain-lain yang terpaksa menyamar untuk tidak dikenali oleh pengkhianat dan talibarut penjajah. Pejuang- pejuang ini bukanlah orang kebanyakan tetapi terdiri dari anak atau putera raja dan kerabat yang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah.
Legasi perjuangan ini terus diwarisi dan dizahirkan oleh salah seorang anak Tok Moris iaitu Syed Zainal yang juga dikenali sebagai Tok Jenai @ Janai. Tok Jenai ini merupakan datuk dari sebelah ibu kepada Mahaguru Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor Abdul Rahman. Dan sesungguhnya Silat Seni Gayong yang dizahirkan oleh Dato Meor Abdul Rahman ini adalah warisan Hang Tuah boleh diperjelaskan melalui salasilah keturunan Merong Maha Wangsa. Titisan darah Hang Tuah sememangnya mengalir dalam tubuh Dato Meor Abdul Rahman kerana beliau ialah cicit kepada Syed Idris, yang merupakan cucu kepada Sultan Muzaffar III, yang merupakan anak kepada Puteri Suryamarin, yang merupakan anak kepada Sultan Langkat @ Tok Pasai, yang merupakan anak kepada Laksamana Hang Tuah @ Tun Saaban @ Narai Maharaja Ayuttaya @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh.
Berdasarkan perkara tersebut di atas, tidak hairanlah jika terdapat tari Bunga Teratai atau Bunga Tunjung yang merupakan tari sembah Silat Seni Gayong.  Begitu juga lambang naga dan harimau yang digunakan oleh Silat Seni Gayong menunjukkan satu legasi Merong Maha Wangsa yang dizahirkan oleh mahaguru. Bersesuaian dengan sajak mahaguru yang berbunyi
Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga
Siapakah putera Negara yang dimaksudkan? Mereka ialah Hang Tuah, putera kepada Nai Hisbu Muadzam Shah. Mereka ialah Sultan Muzaffar III, putera kepada Syariff Yang Di Pertuan Abu Bakar Syah. Mereka ialah Panglima Bukit Gantang, putera kepada Sultan Muzaffar III. Mereka ialah Syed Idris, putera kepada Syed Hatta Raja Kayang Indera Sakti.
Foto 4: Lambang Silat Seni Gayong yang menzahirkan semula legasi Merong Maha Wangsa.
Kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk mencari dan menggali semula bukti-bukti yang telah digelapkan oleh penjajah. Anak-anak Gayong dari pelbagai cabang ilmu perlu bergabung untuk membongkar misteri legasi ini. Bersesuaian dengan kata mahaguru Dato Meor Abdul Rahman
Kaji sejarah Gayong baru tahu ia pusaka
Kenal masakan tak cinta
Tahu masakan tak pelihara
Pusaka milik kita
Rekaan hanya sementara

34 comments:

  1. encik,,klau boleh perbanyaakkanlah lg crita mengenai Tok Moris.. kami ank cucu ingin benar mengetahui

    ReplyDelete
  2. salam. minta mana2 waris tok moris di sini contact sy: andak_bushro89@yahoo.com
    saya juga waris tok moris dan sekarang sedang membuat kajian tentang tok moris, untuk projek tahun akhir saya. tq. ^__^V

    ReplyDelete
  3. saya merupakan salah seorang waris tok moris dan sedang membuat kajian mengenai beliau untuk projek tahun akhir. jika ada sesiapa yang tahu dengan lebih lanjut tentang tok moris, atau ada menyimpan gambar-gambar atau salasilah keturunan beliau, minta tolong hubungi saya andak_bushro89@yahoo.com. tq.

    ReplyDelete
  4. andak pi jmpa di titi hj idris jumpa ngan Tuanku Nai Long Kassim Ibni Tuanku Nai Long Ahmad...orang Panggil Kassim jaa kat situ...
    Persatuan kesenian Kedah pernah buat pementasan pasal Kubur Panjang / Panglima Idris...
    tq
    Nazzwardi cucu TM

    ReplyDelete
  5. saya juga keturunan tok moreh..sangkut di sebelah mak saya..abg saya telah mengkaji dan mengikuti fakta dan cerita pasal tok moreh dan sudah bertemu dgn cucu cicit tok moreh yg lain di kubur panjang..tp x semua yg jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum. saya juga teringin bertemu dengan cucu cicit Tok Moreh. Mak saya pernah bercerita kepada saya yang saya dari keturunan Haji Idris. Tetapi banyak fakta lagi yang saya perlu cari untuk sahihkan yang saya dari keturunan Haji Idris. Harap ada yang membantu saya, Insya'Allah...

      Delete
    2. Bole berjumpa dgn waris pedang tok moris hji abu bakar d kg kubang pisang.. sy cicit tok moreh

      Delete
  6. Alhamdulillah cucu cicit Tok Moris boleh berinteraksi dan bertemu di alam cyber sekarang, ini satu perkembangan yang baik dalam usaha mengumpul segala maklumat berkaitan kisah hidup dan perjuangan beliau yg boleh dijadikan teladan dalam kehidupan cucu cicitnya yg berada merata tempat sekarang.

    ReplyDelete
  7. PENGAMAL PERUBATAN ISLAM & TRADISIONAL
    -KANSER
    -KAYAP
    -TONGSEL
    -URUTAN LELAKI/PEREMPUAN(LEPAS BERSALIN DLL)
    -SANGKUT URI
    -KANDUNGAN SONGSANG
    -SIHIR
    -KERASUKAN
    -URAT SARAF
    -SAKA
    -MASALAH RUMAHTANGGA
    -MASALAH PERNIAGAAN
    -MASALAH PEKERJAAN
    -MASALAH JODOH
    -GANGGUAN
    -PULIH DARA
    -MANDI BUNGA(PELBAGAI JENIS BERGANTUG PADA MASALAH PESAKIT)
    -GERUH
    -TIADA SEMANGAT
    -DLL
    SEDIA MENERIMA APA SAHAJA MASALAH,INSYALLAH APA SAHAJA PENYAKIT ADA UBATNYA,DAN APA SAHAJA MASALAH ADA JLN PENYELESAIANYA...
    TADA HARGA YG KAMI TETAPKAN..HANYA SUMBANGAN IKHLAS DR ANDA...
    IKHLAS DR KAMI HANYA BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T

    SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI(0175668718 PN.NOR AZLIN)

    ALAMAT:NO 12 BELAKANG PEKAN PUMPONG,TEPI SUNGAI 05250 ALOR SETAR KEDAH..

    SABTU- RABU (8PG-12TGH/2PTG-5.30PTG)
    KHAMIS (8PG-12TGH)
    JUMAAT (CUTI)

    ReplyDelete
  8. tma kasih utk maklumat tu, nazzwardi. nanti ada masa klo sy balik kuboq panjang, blh la ajk abg sy p. nk tnya org tua2 pon, arwah mak dh meninggal thn lps. klo x, blh la interview. ayah tau jugak tp x bnyak. abg sy pon banyak wat kajian psl tok moris ni. sy dpt tau, drp dia ja. sblom ni ayah n arwah mak dok cta, sy wat xtau ja. la ni baru tersedaq. :)

    ReplyDelete
  9. sapa2 add la sy kt facebook, 'Andak Bushro'. lg senang nak berinteraksi. kenal2... dh ramai waris tok moris y makin jauh n x knl 1 sma lain. :)

    ReplyDelete
  10. saya ada memiliki pedang tok moris. kpada sesiapa yg berhajat bleh hbungi saya.

    ReplyDelete
  11. Anon 4:59, bagila contact hp ke email ke fb ke

    ReplyDelete
  12. bleh hbungi sy ditalian 0139763862-en mat sbarang email tdk dilayan.

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yang ada pertalian darah dengan Pahlawan Tok Moris sila add saya kat fb " Dato' Panglima Bendang Raja".

    ReplyDelete
  14. Boleh tuan 0139763862 terang sikit macamana pedang Tok Moris boleh terlepas ke tangan tuan? Setahu saya pedang tu ada di Kg Kubang Pisang Kubor Panjang di tangan anak cucu Tok Guru Haji Idris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salamm..setahu saya pedang tu masih tersimpan rapi di rumah atuk saya d kubor panjang....saya tahu pihak2 luar inginkan pedang itu,,,,xmungkin jatuh pada orang luar...

      Delete
    2. betul spt yg Anonymous ckpkan...sy pn keturunan ank cucu cicit tok moris dari Kg Kubang Pisang Kubor Panjang...pedang tu mak sy ckp mmg ada di Kg Kubang Pisang Kubor Panjang...disimpan rapi oleh Tok Haji Bakar tok imam kg tu klu tak silap..sy pn tak pnh tgk..tringin gak nk tgk n cerita kt student time ajar sejarah perjuangan Kedah...

      Delete
    3. Ada sapa kenal dengan Ustaz Mutalib? dia asal dari kg kubang pisang. Saya sudah lama mencari beliau. Harap ada yg bantu saya. :)

      Delete
    4. Utk makluman semua sekarang pedang itu masih d Tun hji abu bakar..

      Delete
  15. Pedang tu jangan kata miliki.. Selain darah keturunan tok moris tengok pon dok x senang dah.. 'Kata2 ayah saya'.. saya masih ada tok di kuala nerang. Dulu depa dok dekat kubang pisang. Umo dia dah 100 lebih dah. Banya cerita yang tok tau. Ayah saya juga tahua semua susun galor keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku nak tanya hang ni sapa?? sapa tok yang hang maksudkan duk di kuala nerang tu?? tok aminah ka?? dia moyang aku..arwah suami dia tu cucu tok moris..aku ni kira cicit tok minah...cucu kepada yaakob...aku pn nak tau gak suku sakat kat sini...tak kenal maka tak cinta katakan...

      Delete
  16. Assalamualaikum... pada semua kaum kerabat Tok Mo Ris.. dengan rendah diri saya menjemput saudara2 semua menyertai FB Kerabat Tok Mo Ris bagi mengenali satu sama lain dengan lebih erat lagi... FB ini di buat oleh salah seorang dari kaum kerabat Almarhum... saya juga merupakan friend kepada FB tersebut...harap maklum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..bole bg emel adress FB kerabat Tok Mo Ris tak...cari tak jumpa pn..tq

      Delete
    2. fina_sripagi
      rasanya takde masalah utk cari FB Kerabat Tok MO Ris tu sebab saya sendiri sudah cuba cari dan jumpa

      Delete
  17. assalamualaikum..buat semua ahli2 keluargaku..bersyukur kita semua diaturkan Allah dalam keluarga yang mulia..justeru kita perlulah memelihara susur galur keluarga ini bukan dengan mewarisi harta atau kekayaan tapi mewarisi akhlak dan budi yang diajarka oleh Rasulullah..moga2 kita dipilih oleh Allah untuk menjadi pejuang2 Islam akhir zaman..Ameen

    ReplyDelete
  18. Tok Moris dn Tok Moh Lee Panjang dua beradik ke?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. untuk semua ahli keluarga keturunan tok moreh..alhamdululillah kita dpt berjumpa n berkumpul di sisni.. saya ada carta susur galur keturunan tok morih.. kita patut bersyukur lahir dlm keturunan keluarga yg mulia ini.. tok moreh atau tok guru syed isris, seorang pendakwah, murabbi.. darah seorang ulama dan pejuang islam mengalir dlm darah kita.. jd tanggungjawab kita sekarang sebagai generasi baru untuk menjaga kemuliaan diri dan keluarga... semoga Allah terus memberkati kita...

    ReplyDelete
  20. sayangnya bila saya tengok komen komen ni teringat kat arwah tok wan saya derani lebai hamzah. tok wan saya kata kalau bukan keturunan tok moris x boleh langsung dok kat tanah ampun kurnia katanya ada gangguan ...... sampai sekarang keluarga kami kat kampung kolot kubur panjang masih tinggal di tanah ampun kurnia sebahagiannya telah dipecah hakmilik tapi bukan untuk orang luar

    ReplyDelete
  21. 2 thun lpas kan ada perjumpaan kluarga haji idris...

    ReplyDelete
  22. Tahniah atas usaha ni. Salam dri saya anak jati kg titi hj idris. Alfatihah buat Nai Long Kassim...

    ReplyDelete