Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, March 3, 2018

KENAPA SAYA SUKA KAJIAN SEJARAH REALITI?



Petikan dari buku Architect of Deception, Juri Lina, 2004. Jika diteliti kandungan buku ini, adalah diyakini bahawa sejarah sesebuah negara yang dijajah telah mengalami ‘falsification of history’ dibawah telunjuk mereka yang berkuasa dan dibantu oleh ‘corrupt historians’.Maka orang awam dihidangkan dengan ‘illusory myths’

Sejarah realiti merupakan peristiwa yang telah dan diyakini berlaku, yang hanya dialami, dirasai dan diwarisi turun-temurun di dalam sesebuah keluarga. Hasil gabungan cerita turun temurun ini yang dikutip di kalangan pelbagai keluarga dari pelbagai tempat menghasilkan satu maklumat lengkap dan menyeluruh. Maklumat yang berpunca dari anak watan dan bukannya yang berpunca dari penjajah dan talibarutnya. Maklumat ini kemudiannya dikaji dengan teliti bagi memastikan kebenarannya.


Secara peribadi, saya telah mula melakukan kajian sejarah realiti semenjak Julai 2009, setelah menemui beberapa perkara yang menimbulkan perbagai persoalan. Persoalan tanpa jawapan inilah yang boleh menimbulkan rasa tidak tenteram dalam jiwa. Jawapan hanya boleh diperolehi dengan melakukan kajian. Kajian menghasilkan jawapan, dan jawapan menghasilkan keyakinan dan ketenangan. Apabila keyakinan terhadap kajian sejarah realiti diperolehi kenapa harus percaya kepada sejarah mainstream yang ditulis oleh penjajah dan talibarutnya, sejarah yang ditulis oleh Stamford Raffles, William Shellabear, R.O. Winstedt, Munshi Abdullah dan lain-lain yang seangkatan dengan mereka.

Sejarawan mainstream, orang awam dan rakan-rakan juga pernah mempertikaikan kajian sejarah realiti yang dilakukan, saya tidak hairan kerana saya juga turut mempertikaikan sejarah mainstream yang dipegang oleh mereka. So ianya “fair and square”.. tak perlu gaduh-gaduh, teruskan kajian masing-masing.



Mereka yang mempertahankan sejarah mainstream ada beberapa kategori seperti berikut
   (1) terpaksa sebab ianya punca pendapatan
   (2) percaya dan yakin sebab ianya dipelajari dari kecil hingga dewasa
   (3) malas dah nak fikir, “ada aku kesah?, lantak la..”
   (4) dah masuk dalam perangkap freemason dan illuminati hasil penjajahan minda.

Begitu juga mereka yang meminati kajian sejarah realiti terdiri dari beberapa kategori
   (1) mereka yang ada cerita dan salasilah keluarga tersendiri
   (2) melakukan kajian untuk mencari kebenaran
   (3) saja suka-suka sebab ianya kelihatan berlainan, dan mungkin juga ada kepentingan tertentu
   (4) percaya bahawa penjajah telah merubah dan mencaturkan sejarah negara yang dijajah.

Ranjau dan halangan dalam melakukan kajian sejarah realiti ini amat tinggi, kerana ianya merupakan usaha untuk mencerahkan sejarah yang telah digelapkan, menggali semula sejarah yang telah ditimbuskan, mencari semula sejarah yang telah dihilangkan, meneliti sisa sejarah yang telah dimusnahkan, membetulkan sejarah yang telah diubah dan cabaran terbesar ialah kita perlu faham bahawa “sejarah adalah milik orang yang berkuasa”.

Cabaran utama kajian sejarah realiti ialah untuk membuktikan kebenaran apabila kebenaran telah disembunyikan. Kajian sejarah realiti menjadikan perkara-perkara berikut sebagai sumber untuk mendapatkan ‘integrated information’:

      (1) Kesah turun temurun dari orang tua
(2) Nama tempat
(3) Bahasa tempatan
(4) Artifak sejarah
(5) Makam lama
(6) Kota Lama
(7) Seni bina tradisional
(8) Senjata, pakaian, makanan dan apa sahaja yang berkaitan tradisional
(9) Manuskrip lama
      (10) Lompong dan sisa sejarah sebenar dalam dokumen sejarah mainstream dll

Sejarah mainstream tidak dapat merungkai persoalan kerana ianya dipenuhi kepalsuan yang memberi manfaat kepada penjajah yang dikuasai oleh illuminati dan freemason. Kerana Dajjal itu merupakan Pendusta. Selamat mengkaji sejarah realiti.

(


Thursday, February 15, 2018

PERANG AKHIR ZAMAN MENGGUNAKAN KAYU DAN BATU?



Itulah kata Albert Einstein seorang saintis terkemuka abad ke-20. Beliau yang terkenal dengan formula E = mc2 yang menghubungkaitkan tenaga dengan jirim, di mana tenaga boleh bertukar menjadi jirim dan jirim boleh bertukar menjadi tenaga. Walaupun formula ini tidak digunakan secara langsung dalam penghasilan bom atom, pemahaman kepada hubungkait tenaga-jirim ini telah mencetuskan idea penghasilan bom atom, sekurang-kurangnya penghasilan bom atom secara teorinya boleh dihasilkan. Ketakutan orang awam terhadap penggunaan tenaga nuklear adalah disebabkan tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Sesungguhnya banyak lagi faedah teknologi nuklear yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia yang digunakan dalam bidang perubatan, alam sekitar, industri pembuatan serta pengeluaran, pertanian dan penjanaan kuasa elektrik.

Berbalik kepada kata-kata Einstein di atas, sesuatu yang menarik perhatian ialah pada Perang Dunia IV pertempuran yang berlaku ialah dengan menggunakan kayu dan batu sahaja. Kenapa ianya begitu? Kerana Perang Dunia III dijangkakan penggunaan bom atom dan nuklear yang akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada seluruh kehidupan di muka bumi ini. Maka Perang Akhir Zaman berkemungkinan besar hanya menggunakan perkara-perkara asas seperti zaman dahulu. Maka kekal relevenla ayat-ayat suci Al-Quran dan Al Hadith berkaitan persiapan untuk menghadapi peperangan seperti di bawah. Sesungguhnya Al Quran itu mukjizat sepanjang zaman.


''Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu.” (Al-Anfal: 60)

Sabda Nabi saw, “Belajarlah memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar dan Thabarani)

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melihat kepada pergolakan di dunia yang tiada kesudahan menimbulkan persoalan kenapa ianya tidak boleh dihentikan? Bagaimana ianya ingin dihentikan kerana percaturannya memang sebegitu, perancangan jahat yang berpaksikan iblis. Albert Pike yang merupakan seorang Illuminati Grand Wizard, di dalam suratnya yang ditulis pada 1871 telah menggariskan tiga peperangan yang besar akan berlaku iaitu Perang Dunia I, Perang Dunia II dan Perang Dunia III.

Mempersiapkan diri dengan perkara asas seperti di atas adalah dituntut oleh Al-Quran dan Al Hadith. Pada ketika ini adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menjadi umat yang terbaik dengan membina segala kekuatan (apa sahaja yang kamu sanggupi) fizikal, mental dan spiritual. Umat Islam perlu mendahului umat lain seperti mana di zaman kegemilangan Islam dahulu sebelum kejatuhan Empayar Othmaniah pada 1924, mendahului dalam ILMU (pendidikan), HARTA (ekonomi) dan KUASA (politik). Eratkan ukhuwah, jauhi persengketaan dan terus maju kehadapan. Mereka merancang dengan sehebat perancangan, tetapi perancangan Allah itu mengatasi segalanya. Wallahua’lam.


Bibliografi:






Juri Lina, 2004, Architect of Deception