Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Thursday, January 20, 2011

TOK MORIS @ TOK MO REH @ SYED IDRIS

Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal. Cerita tentang kehebatan Tok Moris ini diwarisi turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di tanah air ini terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang, Kedah Darul Aman. Tok Moris atau Tok Mo Reh ini merupakan singkatan nama Tok Bomoh Idris. Gelaran Tok Bomoh ini merupakan nama penyamaran yang digunakan ketika saat kritikal pasca Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris yang suatu ketika dulu pernah menjadi Raja Kota Star, Kedah.
Foto1: Pedang milik Wan Darus yang mempunyai hulu yang hampir sama dengan hulu pedang Tok Moris.
Nama penuh Tok Moris menurut urutan salasilah ialah Syed Idris ibni Syed Hatta ibni Sultan Muzaffar III ibni Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhyiddin Mansur Syah ibni Sultan Mahmud ibni Nai Hisbu Muadzam Syah ibni Sultan Zahiruddin Muhammad Syah I (Pengasas Empayar Mughal India). Jika dilihat kepada pedang yang digunakan oleh Tok Moris kelihatan dengan jelas wujudnya pengaruh Mughal dalam reka bentuk pedang tersebut.
Foto 2: (Dari buku The Last Mughal, William Dalrymple) menunjukkan  pahlawan Mughal menggunakan 2 pedang mirip seperti pedang Tok Moris dan Wan Darus. Persoalan mula timbul adakah Tok Moris dan Wan Darus adalah orang yang sama? Idris @ Idrus, Deris @ Derus @ Darus? Persoalan ini hanya berdasarkan pahlawan Mughal di atas menggunakan 2 bilah pedang untuk seorang.
Menurut manuskrip Undang-Undang Kedah ciri-ciri pedang yang dimiliki oleh Tok Moris menggambarkan beliau adalah seorang anak raja. Dan sememangnya gelaran panglima pada masa dahulu juga adalah untuk anak dan putera raja. Anak dan putera raja inilah yang akan mempertahankan ayahanda mereka iaitu raja yang memerintah. Tok Moris merupakan Raja Kota Star yang telah dilantik oleh datuknya Sultan Muzaffar III atau lebih dikenali sebagai Koya Long @ Po Chan @ Raja Kemboja.
Foto 3: Kota Star yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan pertahanan di bawah pemerintahan Tok Moris. Dapat dilihat dengan jelas motif Bunga Teratai atau Bunga Tunjung pada pintu gerbang kota tersebut.
Kelompok keturunan Tok Moris yang terdapat di Kampong Kubur Panjang adalah dari jurai isteri pertama beliau iaitu Nai Long Anyai yang merupakan kakak kandung kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah ataupun lebih dikenali sekarang ini di dalam sejarah mainstream sebagai Encik Long Jaafar. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara sepupu kerana Syed Hatta merupakan adik kepada Syed Alang Alauddin @ Panglima Bukit Gantang. Manakala Panglima Bukit Gantang pula merupakan ayah kepada Long Jaafar. Selain dari Nai Long Anyai ada lagi beberapa orang isteri beliau termasuk salah seorang dari keturunan Cina Manchu.
Pasca Perang Musuh Bisik 1821 memberi tekanan yang amat dahsyat kepada keturunan Merong Maha Wangsa kerana selain dari berperang dengan penjajah British dan Thai mereka berhadapan dengan musuh dalam selimut, duri dalam daging, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam dari kaum kerabat yang sanggup bersekongkol dengan penjajah semata-mata mahukan kuasa tanpa maruah. Semasa saat kritikal ini penyamaran dengan pelbagai nama dan karektor dilakukan untuk keselamatan keturunan. British dan Thai amat mudah dikenali tetapi pengkhianat dan talibarut dari bangsa sendiri amat sukar dikenalpasti. Ini adalah perkara lumrah yang juga berlaku kepada Tengku Muhammad Saad, Mat Kilau dan lain-lain yang terpaksa menyamar untuk tidak dikenali oleh pengkhianat dan talibarut penjajah. Pejuang- pejuang ini bukanlah orang kebanyakan tetapi terdiri dari anak atau putera raja dan kerabat yang tidak mahu bersekongkol dengan penjajah.
Legasi perjuangan ini terus diwarisi dan dizahirkan oleh salah seorang anak Tok Moris iaitu Syed Zainal yang juga dikenali sebagai Tok Jenai @ Janai. Tok Jenai ini merupakan datuk dari sebelah ibu kepada Mahaguru Silat Seni Gayong iaitu Dato Meor Abdul Rahman. Dan sesungguhnya Silat Seni Gayong yang dizahirkan oleh Dato Meor Abdul Rahman ini adalah warisan Hang Tuah boleh diperjelaskan melalui salasilah keturunan Merong Maha Wangsa. Titisan darah Hang Tuah sememangnya mengalir dalam tubuh Dato Meor Abdul Rahman kerana beliau ialah cicit kepada Syed Idris, yang merupakan cucu kepada Sultan Muzaffar III, yang merupakan anak kepada Puteri Suryamarin, yang merupakan anak kepada Sultan Langkat @ Tok Pasai, yang merupakan anak kepada Laksamana Hang Tuah @ Tun Saaban @ Narai Maharaja Ayuttaya @ Sultan Iskandar Mahkota Alam Acheh.
Berdasarkan perkara tersebut di atas, tidak hairanlah jika terdapat tari Bunga Teratai atau Bunga Tunjung yang merupakan tari sembah Silat Seni Gayong.  Begitu juga lambang naga dan harimau yang digunakan oleh Silat Seni Gayong menunjukkan satu legasi Merong Maha Wangsa yang dizahirkan oleh mahaguru. Bersesuaian dengan sajak mahaguru yang berbunyi
Seni Gayong seni pusaka
Dipimpin oleh putera negara
Supaya dapat taat setia
Amanah guru harus dijaga
Siapakah putera Negara yang dimaksudkan? Mereka ialah Hang Tuah, putera kepada Nai Hisbu Muadzam Shah. Mereka ialah Sultan Muzaffar III, putera kepada Syariff Yang Di Pertuan Abu Bakar Syah. Mereka ialah Panglima Bukit Gantang, putera kepada Sultan Muzaffar III. Mereka ialah Syed Idris, putera kepada Syed Hatta Raja Kayang Indera Sakti.
Foto 4: Lambang Silat Seni Gayong yang menzahirkan semula legasi Merong Maha Wangsa.
Kajian yang mendalam perlu dilakukan untuk mencari dan menggali semula bukti-bukti yang telah digelapkan oleh penjajah. Anak-anak Gayong dari pelbagai cabang ilmu perlu bergabung untuk membongkar misteri legasi ini. Bersesuaian dengan kata mahaguru Dato Meor Abdul Rahman
Kaji sejarah Gayong baru tahu ia pusaka
Kenal masakan tak cinta
Tahu masakan tak pelihara
Pusaka milik kita
Rekaan hanya sementara

55 comments:

  1. encik,,klau boleh perbanyaakkanlah lg crita mengenai Tok Moris.. kami ank cucu ingin benar mengetahui

    ReplyDelete
  2. salam. minta mana2 waris tok moris di sini contact sy: andak_bushro89@yahoo.com
    saya juga waris tok moris dan sekarang sedang membuat kajian tentang tok moris, untuk projek tahun akhir saya. tq. ^__^V

    ReplyDelete
  3. saya merupakan salah seorang waris tok moris dan sedang membuat kajian mengenai beliau untuk projek tahun akhir. jika ada sesiapa yang tahu dengan lebih lanjut tentang tok moris, atau ada menyimpan gambar-gambar atau salasilah keturunan beliau, minta tolong hubungi saya andak_bushro89@yahoo.com. tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,,sy syikah pelajar,, sy juga brmnt nk kaji psl waris tok moris.. sy hrap akak dapat bntu sy..

      Delete
    2. Maaf bertanya, adakah tok Moris ni penama asal usul kampung titi Haji idris

      Delete
  4. andak pi jmpa di titi hj idris jumpa ngan Tuanku Nai Long Kassim Ibni Tuanku Nai Long Ahmad...orang Panggil Kassim jaa kat situ...
    Persatuan kesenian Kedah pernah buat pementasan pasal Kubur Panjang / Panglima Idris...
    tq
    Nazzwardi cucu TM

    ReplyDelete
  5. saya juga keturunan tok moreh..sangkut di sebelah mak saya..abg saya telah mengkaji dan mengikuti fakta dan cerita pasal tok moreh dan sudah bertemu dgn cucu cicit tok moreh yg lain di kubur panjang..tp x semua yg jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammualaikum. saya juga teringin bertemu dengan cucu cicit Tok Moreh. Mak saya pernah bercerita kepada saya yang saya dari keturunan Haji Idris. Tetapi banyak fakta lagi yang saya perlu cari untuk sahihkan yang saya dari keturunan Haji Idris. Harap ada yang membantu saya, Insya'Allah...

      Delete
    2. Bole berjumpa dgn waris pedang tok moris hji abu bakar d kg kubang pisang.. sy cicit tok moreh

      Delete
    3. Sy juga anak cucu cicit Tok Mo Reh..
      Tok wan sy asai org Kg Pisang Kuboq Panjang, kini menetap di Tualak..
      Adbul Rashid bin Hassan nama org dok panggil Ji Dat..
      Kini uzur dipembaringan...sgt mahir dan hebat dlm baca salasilah keturunan Kami..

      Delete
  6. Alhamdulillah cucu cicit Tok Moris boleh berinteraksi dan bertemu di alam cyber sekarang, ini satu perkembangan yang baik dalam usaha mengumpul segala maklumat berkaitan kisah hidup dan perjuangan beliau yg boleh dijadikan teladan dalam kehidupan cucu cicitnya yg berada merata tempat sekarang.

    ReplyDelete
  7. PENGAMAL PERUBATAN ISLAM & TRADISIONAL
    -KANSER
    -KAYAP
    -TONGSEL
    -URUTAN LELAKI/PEREMPUAN(LEPAS BERSALIN DLL)
    -SANGKUT URI
    -KANDUNGAN SONGSANG
    -SIHIR
    -KERASUKAN
    -URAT SARAF
    -SAKA
    -MASALAH RUMAHTANGGA
    -MASALAH PERNIAGAAN
    -MASALAH PEKERJAAN
    -MASALAH JODOH
    -GANGGUAN
    -PULIH DARA
    -MANDI BUNGA(PELBAGAI JENIS BERGANTUG PADA MASALAH PESAKIT)
    -GERUH
    -TIADA SEMANGAT
    -DLL
    SEDIA MENERIMA APA SAHAJA MASALAH,INSYALLAH APA SAHAJA PENYAKIT ADA UBATNYA,DAN APA SAHAJA MASALAH ADA JLN PENYELESAIANYA...
    TADA HARGA YG KAMI TETAPKAN..HANYA SUMBANGAN IKHLAS DR ANDA...
    IKHLAS DR KAMI HANYA BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T

    SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI(0175668718 PN.NOR AZLIN)

    ALAMAT:NO 12 BELAKANG PEKAN PUMPONG,TEPI SUNGAI 05250 ALOR SETAR KEDAH..

    SABTU- RABU (8PG-12TGH/2PTG-5.30PTG)
    KHAMIS (8PG-12TGH)
    JUMAAT (CUTI)

    ReplyDelete
  8. tma kasih utk maklumat tu, nazzwardi. nanti ada masa klo sy balik kuboq panjang, blh la ajk abg sy p. nk tnya org tua2 pon, arwah mak dh meninggal thn lps. klo x, blh la interview. ayah tau jugak tp x bnyak. abg sy pon banyak wat kajian psl tok moris ni. sy dpt tau, drp dia ja. sblom ni ayah n arwah mak dok cta, sy wat xtau ja. la ni baru tersedaq. :)

    ReplyDelete
  9. sapa2 add la sy kt facebook, 'Andak Bushro'. lg senang nak berinteraksi. kenal2... dh ramai waris tok moris y makin jauh n x knl 1 sma lain. :)

    ReplyDelete
  10. saya ada memiliki pedang tok moris. kpada sesiapa yg berhajat bleh hbungi saya.

    ReplyDelete
  11. Anon 4:59, bagila contact hp ke email ke fb ke

    ReplyDelete
  12. bleh hbungi sy ditalian 0139763862-en mat sbarang email tdk dilayan.

    ReplyDelete
  13. Sesiapa yang ada pertalian darah dengan Pahlawan Tok Moris sila add saya kat fb " Dato' Panglima Bendang Raja".

    ReplyDelete
  14. Boleh tuan 0139763862 terang sikit macamana pedang Tok Moris boleh terlepas ke tangan tuan? Setahu saya pedang tu ada di Kg Kubang Pisang Kubor Panjang di tangan anak cucu Tok Guru Haji Idris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salamm..setahu saya pedang tu masih tersimpan rapi di rumah atuk saya d kubor panjang....saya tahu pihak2 luar inginkan pedang itu,,,,xmungkin jatuh pada orang luar...

      Delete
    2. betul spt yg Anonymous ckpkan...sy pn keturunan ank cucu cicit tok moris dari Kg Kubang Pisang Kubor Panjang...pedang tu mak sy ckp mmg ada di Kg Kubang Pisang Kubor Panjang...disimpan rapi oleh Tok Haji Bakar tok imam kg tu klu tak silap..sy pn tak pnh tgk..tringin gak nk tgk n cerita kt student time ajar sejarah perjuangan Kedah...

      Delete
    3. Ada sapa kenal dengan Ustaz Mutalib? dia asal dari kg kubang pisang. Saya sudah lama mencari beliau. Harap ada yg bantu saya. :)

      Delete
    4. Utk makluman semua sekarang pedang itu masih d Tun hji abu bakar..

      Delete
  15. Pedang tu jangan kata miliki.. Selain darah keturunan tok moris tengok pon dok x senang dah.. 'Kata2 ayah saya'.. saya masih ada tok di kuala nerang. Dulu depa dok dekat kubang pisang. Umo dia dah 100 lebih dah. Banya cerita yang tok tau. Ayah saya juga tahua semua susun galor keluarga kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Kalu nak jumpa waris tok moris di kuala nerang, sila hubungi saya. Kami panggil toksu hj razak. Sepupu kepada tokwan saya.

      Delete
    3. Waris tok moris yg duduk di kuala nerang tu namanya tok hj dag @ razak.sepupu kepada tokwan kami tok lebai ding, tok lebai ding ni pernah jd imam kubang pisang dulu sblm pindah ke kuala nerang. Waris yg boleh crita ttg tok moris ni adlh toksu hj daq. Beliau masih menyimpan keris yg boleh berdiri sendiri dan pisau yg diguna utk tikam mata pahlawan siam.tok hj daq memaklumkan kami juga keturunan tok moris dr moyang kami tok saad kheng

      Delete
    4. Amboih.kalau dia tok dia oangkat moyang hang,mana boleh hang dok bahasa hang2 kat dia.pangkat ank mnakan hang ni

      Delete
    5. Sy cucu kpd Hj Dag( Ji Dat). c.Nama dia bukan Razak tapi Rasyid...
      Hi Abdul Rashid bin Hassan ..
      Kini terlantar uzur ja..X leh jalan dah..ckp pun asyik lupa ja.

      Delete
  16. Assalamualaikum... pada semua kaum kerabat Tok Mo Ris.. dengan rendah diri saya menjemput saudara2 semua menyertai FB Kerabat Tok Mo Ris bagi mengenali satu sama lain dengan lebih erat lagi... FB ini di buat oleh salah seorang dari kaum kerabat Almarhum... saya juga merupakan friend kepada FB tersebut...harap maklum...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum..bole bg emel adress FB kerabat Tok Mo Ris tak...cari tak jumpa pn..tq

      Delete
    2. fina_sripagi
      rasanya takde masalah utk cari FB Kerabat Tok MO Ris tu sebab saya sendiri sudah cuba cari dan jumpa

      Delete
  17. assalamualaikum..buat semua ahli2 keluargaku..bersyukur kita semua diaturkan Allah dalam keluarga yang mulia..justeru kita perlulah memelihara susur galur keluarga ini bukan dengan mewarisi harta atau kekayaan tapi mewarisi akhlak dan budi yang diajarka oleh Rasulullah..moga2 kita dipilih oleh Allah untuk menjadi pejuang2 Islam akhir zaman..Ameen

    ReplyDelete
  18. Tok Moris dn Tok Moh Lee Panjang dua beradik ke?

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum.. untuk semua ahli keluarga keturunan tok moreh..alhamdululillah kita dpt berjumpa n berkumpul di sisni.. saya ada carta susur galur keturunan tok morih.. kita patut bersyukur lahir dlm keturunan keluarga yg mulia ini.. tok moreh atau tok guru syed isris, seorang pendakwah, murabbi.. darah seorang ulama dan pejuang islam mengalir dlm darah kita.. jd tanggungjawab kita sekarang sebagai generasi baru untuk menjaga kemuliaan diri dan keluarga... semoga Allah terus memberkati kita...

    ReplyDelete
  20. sayangnya bila saya tengok komen komen ni teringat kat arwah tok wan saya derani lebai hamzah. tok wan saya kata kalau bukan keturunan tok moris x boleh langsung dok kat tanah ampun kurnia katanya ada gangguan ...... sampai sekarang keluarga kami kat kampung kolot kubur panjang masih tinggal di tanah ampun kurnia sebahagiannya telah dipecah hakmilik tapi bukan untuk orang luar

    ReplyDelete
  21. 2 thun lpas kan ada perjumpaan kluarga haji idris...

    ReplyDelete
  22. Tahniah atas usaha ni. Salam dri saya anak jati kg titi hj idris. Alfatihah buat Nai Long Kassim...

    ReplyDelete
  23. tak ramai yg tahu ada satu lagi pedang pahlawan di zaman perang dgn kerajaan siam dulu.pedang tu ada di kg sidam kiri padang serai kedah.sy pun x ambik port masa tengok pedang tu.menurut cerita arwah tokwan isteri sy,pedang tu mmg dari kubur panjang. org yg tahu salasilah keluarga penghulu ayob ada di kg perupuk tp dah pun meninggal.(x silap sy arwah paklang yazid).

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum...kpd cucu cicit tok moreh,kalau nak mendalami sejarah tok moreh atau nak mendalami ilmu2 dia serba sedikit,boleh la lapangkan masa,ringankan kaki pi melawat tn imam hj abu bakar hj idris,imam masjid kubang pisang..dia tau bnyak cerita tok moreh ni,dia jgak bnyak mewarisi ilmu2 agama dr ayahanda beliau tn guru hj idris jusoh...pernah dikatakan yg pedang tok moreh ada dlm simpanan beliau,tapi bila dirisik segalanya jadi samar...macam mh370 plak..hilang tanpa dikesan radar...sayang peninggalan sejarah berharga mcm tu hilang tanpa dikesan.nnti aku balik nak cari kot2 tersorok dlm almari baju ayah aku ka..haha...apa2 pon keturunan tok moreh jgn la bangga sangat.bkn keturunan yg mengangkat darjat seorang manusia,tapi agama,akhlak dan ilmu yg membezakan manusia.tok moreh dah berbakti kpd agama dan bangsanya,kita cucu cicit dia kena wat mcm tu jgak..ada jgak keturunan dia yg jadi penagih dan ada jgak yg berjaya,keturunan tak bermakna apa2 kalau kita takdak semangat beliau..jadi saudara2 sekelian kalau nak tau lbih lnjut,mcm saya kata p la jmpak hj abu bakaq sementara org tua tu masih sihat....boleh wat catatan share sama2 lepaih tu no...sekian..salam hormat dr waris tok moreh yg ke 7...yaka 7??ntah2 takdak kaitan pon aku ngn tok moreh...kihkihkih...salam semua

    ReplyDelete
  25. pedang 2 xda dah pda hj abu bakar...saya anak dy..

    ReplyDelete
  26. Pedaang Itu ada mana?sy keturunan Tok Moreh juga..sy bermimpikan pedang itu milik saya..

    ReplyDelete
  27. Saya pun cucu cucit jugak. Mama sy ceritaa. Hehe.

    ReplyDelete
  28. untuk makluman semua n setahu saya.kubur tok mo reh ada di kg perupuk, kubuq panjang, nisan dia cuma guna ibu batu lada saja.

    ReplyDelete
  29. Saya pun keturunan To Mo Reh, dapat la juga sikit tanah pengkurnia hat pusaka dari To Mo Reh di Perupok. Betoi tu, setahu saya jugak kuboq To Mo Reh tu ada di Masjid Perupok, ada saudara sebelah mak saya pernah tunjuk kat kami...

    ReplyDelete
  30. assalamualaikum saudara saudaraku sekalian, mohon pertanyaan, tahukah kalian bahawa Tok Moris itu ada seorang lagi saudaranya, mungkin telah dilupakan, tapi saya adalah dari keturunan saudaranya yang bernama Tok Seman. maklumat yang saya dapat adalah, kedua dua mereka telah berjuang demi mempertahankan negeri kedah, tetapi Tok Moris merupakan panglima yang menjaga keselamatan di luar negeri manakala adik/abangnya yang bernama Tok Seman bertugas menjaga keselamatan dalaman negeri. kenapa tak ada cerita tentangnya langsung?

    ReplyDelete
  31. Assalsmuslsikum.. Selamst sejahters, keluargs tok moris dan tok seman, tok zainall sbidin.. Nai hatta terbunuh begitu saja, oleh siam dan melsyu belot. Semugs snak cucucicitnys siap bsngun memiliki ilmu persng dsn agsmaerta ilmu ekonomi yang mantap. Saya orang kelantan ibu saya, dari keturuna, raja, jambi sumatra. Jambi kalah perang tahun 1902 dan lari ke batu pahat, ke kemaman dan ke sempadan siam. Bapa, saya baru dalam sebulan dua ini dikatakan keturunan nai hatta.. Saya yakin juga tetapi terkejut kerana saya tidak menyangka bapa saya tungku dan syed. Bomoh mengatakan bapa saya tungku ,buksn orang biasa dan keturunsn raja perlis. Saya semak keturunan bapa saya. Tak ada sangat ketsra keturunsn syed atau raja. Nik man bin Mamat bin sa fii, bin taib bin bidin bin ishak. Ini 6 keturunsn. Raja perlis sekarang 8 keturunsn. Saya mahu tahu semua senarai yang je 7. Dari anak nai hatta. Contoh nya syed harun, syed, idris, syed semsn dll yang lelaki dan peremouan. Kemyngkinan ada yang namanya ishak. Namun ishsk itu mungkin cucu nai hatta bukan anak nai hatta. .sesiapa ada senarai anak anak nai hata dan cucu cu nai hstaa. Saya mahu perhatikan dan rujuk nama nama itu jepada seseirabg yang boleh tentukan. Yang mana kepala salsilah sebelah bapa saya. Sekarang sudah ada 3 orang anak nai hatta. Ada lagi kah? .

    ReplyDelete