Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Thursday, February 15, 2018

PERANG AKHIR ZAMAN MENGGUNAKAN KAYU DAN BATU?



Itulah kata Albert Einstein seorang saintis terkemuka abad ke-20. Beliau yang terkenal dengan formula E = mc2 yang menghubungkaitkan tenaga dengan jirim, di mana tenaga boleh bertukar menjadi jirim dan jirim boleh bertukar menjadi tenaga. Walaupun formula ini tidak digunakan secara langsung dalam penghasilan bom atom, pemahaman kepada hubungkait tenaga-jirim ini telah mencetuskan idea penghasilan bom atom, sekurang-kurangnya penghasilan bom atom secara teorinya boleh dihasilkan. Ketakutan orang awam terhadap penggunaan tenaga nuklear adalah disebabkan tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Sesungguhnya banyak lagi faedah teknologi nuklear yang memberi manfaat kepada kehidupan manusia yang digunakan dalam bidang perubatan, alam sekitar, industri pembuatan serta pengeluaran, pertanian dan penjanaan kuasa elektrik.

Berbalik kepada kata-kata Einstein di atas, sesuatu yang menarik perhatian ialah pada Perang Dunia IV pertempuran yang berlaku ialah dengan menggunakan kayu dan batu sahaja. Kenapa ianya begitu? Kerana Perang Dunia III dijangkakan penggunaan bom atom dan nuklear yang akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada seluruh kehidupan di muka bumi ini. Maka Perang Akhir Zaman berkemungkinan besar hanya menggunakan perkara-perkara asas seperti zaman dahulu. Maka kekal relevenla ayat-ayat suci Al-Quran dan Al Hadith berkaitan persiapan untuk menghadapi peperangan seperti di bawah. Sesungguhnya Al Quran itu mukjizat sepanjang zaman.


''Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang. Dengan begitu, kamu menggetarkan musuh Allah dan musuh kamu.” (Al-Anfal: 60)

Sabda Nabi saw, “Belajarlah memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar dan Thabarani)

Rasulullah SAW bersabda, “Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Melihat kepada pergolakan di dunia yang tiada kesudahan menimbulkan persoalan kenapa ianya tidak boleh dihentikan? Bagaimana ianya ingin dihentikan kerana percaturannya memang sebegitu, perancangan jahat yang berpaksikan iblis. Albert Pike yang merupakan seorang Illuminati Grand Wizard, di dalam suratnya yang ditulis pada 1871 telah menggariskan tiga peperangan yang besar akan berlaku iaitu Perang Dunia I, Perang Dunia II dan Perang Dunia III.

Mempersiapkan diri dengan perkara asas seperti di atas adalah dituntut oleh Al-Quran dan Al Hadith. Pada ketika ini adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim untuk menjadi umat yang terbaik dengan membina segala kekuatan (apa sahaja yang kamu sanggupi) fizikal, mental dan spiritual. Umat Islam perlu mendahului umat lain seperti mana di zaman kegemilangan Islam dahulu sebelum kejatuhan Empayar Othmaniah pada 1924, mendahului dalam ILMU (pendidikan), HARTA (ekonomi) dan KUASA (politik). Eratkan ukhuwah, jauhi persengketaan dan terus maju kehadapan. Mereka merancang dengan sehebat perancangan, tetapi perancangan Allah itu mengatasi segalanya. Wallahua’lam.


Bibliografi:






Juri Lina, 2004, Architect of Deception