Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Monday, August 23, 2010

Legasi Persilatan Merong Maha Wangsa

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia merupakan sebuah pertubuhan silat yg pertama didaftarkan secara sah di tanah air pada 22.10.1963. Tetapi sejarah permulaannya lebih awal lagi apabila 7 orang murid pertama mahaguru dilatih untuk mempertahankan Pulau Sudong, Singapura dari kekejaman tentera Jepun pada 17.02.1942. Dipimpin oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman pertubuhan ini telah memberi impak yang besar dalam perkembangan persilatan tanah air. Penglibatan Dato’ Meor dengan ilmu persilatannya secara langsung dalam rentetan peristiwa yang mencabar agama, bangsa dan tanah air menyerlahkan beliau dan persilatannya bukan sahaja di tanah air tercinta ini bahkan menjangkaui sempadan geografi keseluruh dunia. Ciri global yang dimiliki beliau mengingatkan kita tentang kehebatan Hang Tuah. Hebatnya Hang Tuah pada ilmu persilatannya dan begitu juga yang telah dipamerkan oleh Dato’ Meor semasa hidupnya.

Setiap persilatan mempunyai lambang masing-masing yang menunjukkan identity perguruan, begitu juga Silat Seni Gayong mempunyai lambang tersendiri. Lambang Silat Seni Gayong merupakan sesuatu yang unik dan amat berbeza dengan lambang persilatan lain yang wujud di tanah air ini. Sedari dulu lagi apabila orang ramai melihat lambang ini pasti keluar suara-suara seperti “..apala silat guna naga... kung fu Cina ka?..” dan banyak lagi yang kurang enak didengar. Namun suara sumbang itu tidak menjejaskan Silat Seni Gayong malahan terus berkembang pesat walaupun wujud perpecahan yang melahirkan pelbagai aliran Gayong tetapi kesemuanya masih bersatu dengan memperakukan bahawa Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai mahaguru.

Pembongkaran sejarah reality yang berasaskan cerita turun temurun keluarga di dalam blog sejarahnagarakedah telah memberi satu impak yang besar dalam usaha memahami sejarah tanah air. Walau pun wujudnya kontra yang jelas dengan sejarah mainstream tetapi fakta dan maklumat yang dikemukakan oleh blog sejarahnagarakedah tidak boleh dipandang ringan. Penerimaan kepada sesuatu fakta dan maklumat kebiasaannya berasaskan kepada kebenaran maklumat dan keyakinan seseorang kepada maklumat yang diterima. Maka di sini akan wujud perbezaan pendapat kerana keyakinan seseorang kepada suatu perkara bergantung kepada maklumat sedia ada yang wujud dalam mindanya. Yang penting setiap maklumat baru yang diterima akan meningkatkan keyakinan diri dan jati diri seseorang. Minda seseorang akan berserabut jika banyak persoalan yang tidak terjawab bermain dalam fikirannya, tetapi jika maklumat yang diterima boleh menjawab persoalan tersebut ianya adalah suatu nikmat anugerah yang amat berharga dan tidak boleh diketepikan.

Merong Maha Wangsa yang membawa maksud secara literal sebagai “Naga Pemimpin Puak Harimau” memberi satu perspektif baru dalam memahami asal usul dan susur galur perguruan Silat Seni Gayong ini. Ilmu persilatan ini yang diwarisi turun temurun oleh para raja, panglima, pahlawan dan hulubalang dahulu kala digunakan secara efektif dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air melalui serangan ala guerilla berteraskan konsep berimau, berimba dan bergayong. Apa yang menariknya, perlambangan Merong Maha Wangsa itu wujud dengan jelas pada lambang Silat Seni Gayong dan menjelaskan lagi susur galur sebenar ilmu persilatan ini.




Imej1: Lambang yang digunakan oleh Silat Seni Gayong. Kelihatan dengan jelas komponennya yang terdiri dari Naga, Bengkung Mahaguru, Harimau, Dua bilah Keris, Pedang Zulfakar, Kendi, Bumi serta Bulan dan Bintang.
Jika diteliti pada lambang tersebut perlambangan Merong Maha Wangsa boleh diperjelaskan seperti berikut.
Imej2: Merong yang membawa maksud Naga dalam bahasa Siam melambangkan kekuasaan di perairan. Merujuk kepada kehebatan armada angkatan laut empayar rumpun Melayu dahulu kala yang menguasai perairan dan digeruni oleh para musuh.



Imej3: Komponen bengkung mahaguru itu jika diperhatikan kelihatan seperti “dua tanduk”, ini merujuk kepada pemimpin dan penakluk yang agong yang memiliki dua tanduk dan empayarnya merentasi timur dan barat, beliau yang dimaksudkan ialah Iskandar Zulkarnain. Raja-raja Melayu dahulukala yang memerintah di tanah air ini merupakan titisan dari zuriat Iskandar Zulkarnain.




Imej4: Harimau itulah Wangsa yang bermaksud “Puak Harimau”. Puak harimau inilah yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dengan berteraskan konsep BERIMAU, berimba dan bergayong.
Perlambangan di atas hanya merujuk kepada apa yang TERSURAT sahaja kerana bagi yang TERSIRAT itu biarlah ianya tersimpan dipurbakala dan menyusur semula bagi mereka yang mengkaji dan berfikir.

12 comments:

  1. Tahniah saudara di atas fakta yang sungguh bernas..diharapkan para pembaca dapat menerima pendapat saudara dengan hati dan minda yang terbuka..sekiranya pembaca ingin mempertikaikannya, hendaklah mengemukakan fakta yang baru supaya kita semua dapat berkongsi semua pendapat dengan minda yang terbuka..Syabas kepada saudara di atas usaha yang tidak mengenal penat dan lelah dalam misi membongkar SEJARAH REALITI negara kita..

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    apakah perbezaan antara seni silat gayong dengan seni silat gayong ghaib yang sedang popular sekarang ini dikampung saya?

    ReplyDelete
  3. w'salam, silat seni gayong dan seni silat gayong ghaib adalah 2 pertubuhan silat yang berbeza. Mahaguru silat seni gayong ialah Dato Meor Abd Rahman manakala gayong ghaib ialah Dato Ibrahim Mat Zin.

    ReplyDelete
  4. LAMBANG TANDUK PON D GUNA OLEH ORG MINANG KABAU WARIS JURAI ISKANDAR ZULKARNAIN

    ReplyDelete
  5. semoga membuka mata dan minda bg mereka yg sedang terlena diulit mimpi..

    ReplyDelete
  6. Kaji sejarah Gayong baru tahu ia pusaka.. meremang bulu roma

    ReplyDelete
  7. Sejarah ni mcm2 crite..mne yg btol nta..k sy na tnyer..siapakh org prtame yg memimpin bala tntera d laut..n prtame d dunia..yg mnguasai playaran d laut scre besar2an..sy na taw n drimna sumber mklumat 2 skli..

    ReplyDelete
  8. Cerita sejarah mmg bermacam, terpulang kpd setiap individu utk menerima sejarah dari RO Winsted dan rerakannya atau dari cerita lisan turun temurun atau dari sesiapa sahaja. Apa yg penting ilmu yg dipegang boleh memberi manfaat dlm hidup individu tersebut. Kalu dlm alam pembelajaran ikut ajela sistem dan silibus yg ada. Soalan Ingintau mungkin ada orang lain yg ingin menjawabnya. Saya tidak mahu menjawab soalan tersebut, tapi mahu menggunakannya utk menambah pengetahuan yg ada.. :-)

    ReplyDelete
  9. al-fatihah kepada DATO' MAHAGURU MEOR ABDUL RAHMAN BIN DAENG UDA MOHD HASHIM..

    ReplyDelete
  10. Kalau tak silap aku , pengasas silat gayong abang dato meor abdul rahman iaitu dato meor aziz , yang aku tahu dorang gaduh then dato meor abdul rahman rampas silat gayong dari dato meor aziz , selepas tu dato meor aziz membuka silat dari keturunan nya yang asli iaitu seni silat merong wangsa . Tapi taktahu lha nk kata . Sejarah semua tuh kan sahabat

    ReplyDelete
  11. Kalau tak silap aku lah , silat gayong nih pengasas nya ialah dato meor aziz , dato meor abdul rahman cuma memegah dengan nama abangnya saja . Taktahu lha nak kata . Sejarah semua tu . Kan ?

    ReplyDelete