Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Friday, January 6, 2012

MISTERI KRIS TAMING SARI DI ISTANA PERAK

Foto: Kris Taming Sari yang berada dalam simpanan Istana Perak.
Kris Taming Sari merupakan sebilah keris yang amat terkenal di kalangan masyarakat Melayu di Nusantara ini. Kesah pertarungan antara Hang Tuah dan hulubalang Majapahit yang bergelar Taming Sari merupakan permulaan kepada terkenalnya kris tersebut. Terdapat banyak kesah, misteri dan versi berkaitan Kris Taming Sari ini. Posting kali ini mengutarakan salah satu versi dari jurai Merong Maha Wangsa, kerana ia berhubungkait dengan Hang Tuah @ Iskandar Mahkota Alam @ Narai salah seorang Maharaja Ayutthaya.
Apabila Taming Sari di miliki oleh Hang Tuah, ianya telah menjadi keris pusaka kebesaran bagi Maharaja Ayutthaya yang memerintah secara bergilir-gilir. Ianya diwarisi turun temurun sehingga kejatuhan Ayutthaya disebabkan pengkhianatan panglima perangnya pada tahun 1767 semasa pemerintahan Syarif Abu Bakar Syah. Semenjak itu pemerintahan secara nomad sebagai Raja Besar dilakukan oleh keturunan Syarif Abu Bakar sehinggalah Raja yang terakhir Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Encik Long Jaafar.
Pembunuhan JWW Birch pada tahun 1875 merupakan titik penting yang menjadi sebab musabab lenyapnya sejarah Merong Maha Wangsa apabila pada tahun 1876 Sultan Jaafar Muadzam Syah dibunuh oleh pengkhianat dengan cara dipijak oleh gajah di Gurun, Kedah. Pusat pemerintahan anak beliau di Kota Ngah Ibrahim telah diserbu oleh British dan talibarutnya dan mereka telah merampas alat-alat kebesaran yang dimiliki oleh Sultan Jaafar Muadzam Syah, termasuklah Kris Taming Sari yang telah diwarisi turun temurun. Kesemua barang rampasan tersebut telah dirancang untuk dibawa pulang oleh British ke London untuk simpanan muzium di sana, walaubagaimanapun sultan yang dilantik dan diiktiraf oleh British ketika itu merayu supaya Kris Taming Sari tidak dibawa ke England dan kerana itu kekal tersimpan menjadi keris kebesaran istana Perak sehingga ke hari ini.
Bagi anak-anak Gayong, semua sudah maklum bahawa Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman mempunyai hubungan yang rapat dengan istana Perak. Hubungan yang rapat ini tidaklah terjadi secara kebetulan kerana moyang DMAR di sebelah ibu ialah Syed Idris @ Tok Moris Raja Kota Star yang juga merupakan abang kepada Syed Ismail @ Sultan Ismail Kinta. Syed Idris juga merupakan sepupu kepada Sultan Jaafar Muadzam Syah @ Encik Long Jaafar. Peluang untuk berada di istana ini dan hubungan yang akrab dengan sultan merupakan suatu yang amat berharga kerana DMAR sendiri boleh melihat, memegang dan ‘merasa’ Kris Taming Sari tersebut yang tersimpan di Istana Perak, ini adalah disebabkan DMAR sendiri mempunyai pertalian darah kepada Hang Tuah @ Narai yang menjadi pemilik kepada Kris Taming Sari. Rentetan dari itu timbul berbagai cerita yang boleh dikaitkan antara DMAR dan Kris Taming Sari yang terdapat di Istana Perak tersebut.
Misteri Kris Taming Sari yang tiada kesudahan ini dibawa bersama dengan pulangnya DMAR ke rahmatullah dan disemadikan di Masjid Lama Taiping, Perak. Jadi tidak hairanlah jasad DMAR dikebumikan di Masjid Lama Taiping yang dibina oleh kaum kerabat Ngah Ibrahim di mana kebanyakan yang dikebumikan di situ terdiri dari kaum kerabat Ngah Ibrahim sendiri dari Jurai Merong Maha Wangsa.

7 comments:

  1. Ulasan Nik Ya Omar mengenai keris milik keluarga Tengku Putih.

    Saya cuba berikan perbandingan diantara unsur pada jata tersebut dan unsur yang ada pada keris kebesaran seorang kerabat kita
    persamaannya ialah

    1)Naga
    2)Harimau
    3)Burung
    4)Buaya
    ianya dapat dilihat pada sarung keris atau perumah tersebut 4 unsur tersebut menunjukkan ianya ada persamaan....Jata Merong Mahawangsa manakala keris tesebut adalah keris Merong Mahawangsa.....(boleh di bincangkan)

    Dari dalam blog http://nikyaomarman.blogspot.com/2012/07/adakah-ini-jata-atau-lambang-merong.html#comment-form

    ReplyDelete
  2. treatment of patients with nonalcoholic fatty liver disease current views and perspectives treatment of patients with nonalcoholic
    fatty liver disease current views and perspectives treatment of patients with nonalcoholic
    fatty liver disease current views and perspectives

    My web site; dr oz diet for fatty liver

    ReplyDelete
  3. As Salam, maaf mencelah Tuan admin, tapi keris yg di dlm kesultanan melayu perak itu bukanlah keris yg dikatakan itu, ia adlah kembar kepada taming sari, wallahu'Alam. Keris yg sebenar adlh d......, dijaga oleh....Cuma takadir Tuhan yg akan menentukan bilakah masanya ia akan timbul kembali..Wallahu'Alam

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila hubungi saya jika anda faham "hint" ini
      -Biru
      -johor vs Melaka
      -Tamingsari dan sebilah keris putih
      -Kerabat JOHOR
      019-3399 419
      -

      Delete
  4. apa yang dikatakan oleh tuan yang mencelah cerita ini adalah benar mungkin tuan juga ada kena megena dengan waris keturunan ini sebab tuan tahu cerita nya yang sebenar walau pun secara ringkas...keris taming sari yang asli mempunyai tujuh lok sahaja kerana keris ini adalah keris bertempur bukan keris kebesaran raja-raja melayu yang mempunyai lok yang panjang keris taming sari yang asli masih tersimpan di sebuah bilik khas di istana iskandariah bukit candan k.kangsar hanya waris keturunan nya yang sah sahaja yang boleh menggambil serta megangkat dan mencabut dari sarong nya...sharat nya waris keturunan itu anak pertama ketiga dan kelima lelaki sahaja yang boleh mencabut dari sarong nya...ikut cerita nya yang sahih kalau di cabut dari sarong nya gerhanalah sementara n.perak dan bergegerlah tiang istana bukit candan itu serta berdaulatlah semula n.perak ini...kalau nak sahkan cerita ini tanyalah tok nara diraja bisik nasab sultan itu...benar atau pun tidak...saya fikir dia takkan cerita kerana terikat pada perjanjian dan sumpahan....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudari cerita soal mimpi saya???....

      Delete
    2. -jika anda kerabat PERAK atau ada saudara sikit dengan kerabat JOHOR sila hubungi saya 019-3399 419

      *TAMING SARI BUKAN DI PERAK-SAYA BG HINT "SUNGAI"

      Delete