Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Loading...

Wednesday, February 16, 2011

ILMU WARISAN HANG TUAH

Hang Tuah ialah seorang pakar tempur terbilang pada suatu masa dahulu. Amat terkenal kerana kehebatan ilmu persilatannya samada di tanah air sendiri atau di luar negara. Ilmu persilatan Hang Tuah ini sebenarnya terdiri dari empat komponen utama yang merangkumi ilmu zahir dan bathin. Empat komponen utama tersebut ialah
i)                    Ibu Gayong, ilmu yang boleh menguasai apa sahaja gerakan persilatan, memahami gerakan musuh dan mampu mematikan gerak.
ii)                   Kipas Nandung, pukulan yang mampu memudaratkan musuh samada pukulan tersebut  menyentuh atau tidak kepada badan musuh.
iii)                 Seni Gedang, ilmu yang boleh mencarik adat kebiasaan bergantung kepada apa yang diingini oleh pengamalnya. Yang kuat menjadi lemah, yang keras menjadi lembik, yang melekat menjadi tertanggal, yang besar menjadi kecil, yang elok menjadi rosak dsb.
iv)                 Bisik Semar, ilmu yang dikategorikan sebagai “pukul sebelum pukul” dan bergantung kepada niat yang ada pada musuh. Musuh yang berniat ingin “memukul” pasti “terpukul”.
Sudah pasti jika seorang pendekar menguasai ilmu ini ia akan menjadi terlalu hebat terhadap musuh-musuhnya. Penguasaan terhadap kesemua ilmu ini memerlukan amalan dan praktik secara menyeluruh zahir dan bathin. Walau sehebat mana seorang pendekar itu, hakikatnya semua yang berlaku di bawah Kudrat dan Iradat Allah Yang Maha Esa.
Foto: Dato Meor Abdul Rahman Mahaguru Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia dan Serantau terkenal dengan ilmu Ibu Gayong dan Kipas Nandung. Pukulan Kipas Nandung telah digunakan oleh beliau ketika menewaskan Bruce Lee di Hong Kong.
Apa yang menarik untuk dikaji ialah ilmu-ilmu ini diwarisi turun temurun oleh jurai keturunan Merong Maha Wangsa. Ilmu yang tidak ada tertulis oleh R.O Winsted, W.G Shellabear, Stamford Raffles dan Munsyi Abdullah. Ilmu ini adalah bukti jelas kewujudan Hang Tuah dan Merong Maha Wangsa. Pengkaji sejarah mainstream yang masih tegar dengan sejarah ciptaan penjajah dan talibarutnya akan terus hanyut dalam kebingungan jika mengenepikan ilmu, kisah dan wasiat turun temurun yang berasas dan mempunyai nilai tersendiri seperti ini.

23 comments:

  1. Tapi macamana nak link-kan merong maha wangsa dan hang tuah. Ada persamaan dari segi teknik pertempuran ke?

    ReplyDelete
  2. Konsep ilmu warisan ini diterima pakai oleh kebanyakan aliran persilatan (samada berdaftar atau tidak) terutama sekali yg mempunyai hubungan yg rapat dengan Merong Maha Wangsa. Nama yg diberi mungkin sedikit berbeza tetapi membawa maksud dan kaedah yang sama. Hang Tuah adalah dari keturunan Merong Maha Wangsa, namun pada diri beliau telah wujud percampuran dari keturunan pengasas Mughal India, Sultan Zahiruddin Babur Syah. Maka tidak hairanlah beliau memiliki kebolehan yang luar biasa kerana ilmu persilatan beliau ialah gabungan beladiri Cina dan India. Perlu diperjelaskan bahawa Hang Tuah yang dimaksudkan bukanlah Hang Tuah sejarah Melaka ciptaan penjajah, tetapi Hang Tuah dari susur galur Merong Maha Wangsa.

    ReplyDelete
  3. selain sahabat2 laksamana hang tuah yang kita sedia maklum,adakah hang tuah mempunyai sahabat yang lain...? yang berasal dr kg punggor,mungkin?

    ReplyDelete
  4. Sudah tentu Hang Tuah mempunyai rakan dan sahabat yg lain tapi mereka lima bersaudara juga yg rapat, kerana mereka terdiri dari adik beradik dan sepupu sepapat sahaja. Jika ada dakwaan sahabat Hang Tuah ada yg berasal dari Kg Punggor mungkin juga ada benarnya kerana berhampiran Kg Punggor terdapat Kg Kemuning. Kg Kemuning ini boleh dihubungkaitkan dgn Hang Tuah kerana Puteri Nang Kemuning adalah kakak ipar Hang Tuah. Wallahua’lam.

    ReplyDelete
  5. Agak2lah kalau nak menipu pun ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengata orang ialah perkara yg paling mudah utk dibuat.. sebabnya orang yg tahap pemikiran paling rendah pon boleh mengata orang.. cerita bab menipu ni, kau jangan menipu diri kau sendiri cukuplah anon 10:53

      Delete
  6. penipu! penipu!penipu!

    ReplyDelete
  7. I love reading through a post that can make people think.
    Also, thank you for allowing for me to comment!
    Here is my site ; paranormal indonesia ternama

    ReplyDelete
  8. Ηеllo my famіly membeг!
    I want to say that this ρost is aweѕome, grеat wгіtten
    and іnclude аpproximatеly all imρoгtant infos.
    I'd like to see more posts like this .

    My web page :: wikigpia.info

    ReplyDelete
  9. ӏ waѕ curiouѕ if уοu eveг cοnsidеreԁ chаnging the layout of youг
    blog? Its veгy ωеll written; I love what уouve got to say.
    But maybe you could a littlе more in the ωаy of сontent so рeople
    coulԁ cοnnect with it betteг.
    Youѵe got аn awful lot оf text for onlу having οne oг two images.
    Mауbe уоu cοulԁ spaсe it οut
    bеtter?

    Take a look at mу webpage; herbal incense online store

    ReplyDelete
  10. Very nicе post. I just ѕtumbled upon уour
    blog and wished tο ѕаy that I
    have really enјoyeԁ brоwsing уour blog ρosts.
    Aftеr all І will be ѕubscribing to your rѕs feеd anԁ I hope you wгite agаin sοon!


    my homepаge: chеаp lеgal hіghs :
    : ::

    ReplyDelete
  11. Ridiculоus stoгy there. What haрpenеd after?

    Thanks!

    Feеl free to viѕit my blog legal amphetamines

    ReplyDelete
  12. Jangan busukkan nama nenek moyang aku.

    ReplyDelete
  13. Jangan busukkan nama nenek moyang aku. Ada org lain berani mengaku tuah. Sila.

    ReplyDelete
  14. Tuah dapat makrifat. Sepak kang.

    ReplyDelete
  15. Tak tahu jangan sebut. Nak bukak mari. Sinding ke gayung ke. Mari.

    ReplyDelete
  16. anon 1:08.. bukan sinding bahlol.. SENDENG..

    ReplyDelete
  17. Dah jangn gaduh

    ReplyDelete
  18. Sy yg bukan keturunan hang tuah ni rileks je.tp sy tau tapak 6 langkah hang tuah.sy pernah berguru di melaka dan bertapa di gnung ledang.sehingga sy dpat mimpi silat dari hang tuah.tapak 6 langkah.sekali tumbukkan musuh masuk,tiga kali tumbukkan kita keluar pd musuh. Tu rahsia sedikit tapak 6 langkah hang tuah.

    ReplyDelete
  19. Apala korang ni....nak gadoh bagai psl keturunan dn amalan ilmu persilatan...klu da kturunan hang tuah betul xpyah nak ckp"aku trurunan hang tuah",untk ape sbnrnya!? Xkan kturunan hang tuah riak mcm ni kot,malu la sikit,tu da mncemarkan nama baik ktrunan sendiri..yg pengamal ilmu silat ni lak,perlu ke nak tunjuk nak hebo spya semua orng tau,tak perlu tunjuk la.. biasa klu org tggi diri bab2 ada ilmu silat ni sbnrnya blum ckup ilmu lgi sbnrnya"ibarat btol yg tak brisi pnuh dgoncak berbunyi" klu pnuh msti xde bunyi an,org mcm ni bru power,ckup ilmu d dada ttap mrendah diri..kesimpulannya,tak perlulah kita nak bergaduh sesama bngsa dn umat ni,malu la kt bngsa lain klu tngok,kita patut bersatu...Hidup Mulia,Mati Syahid JR10

    ReplyDelete
  20. As Salam...jikalau mengambil rujukan sejarah yg ditulis Munsyi Abdullah yg menjadi guru kpd mubaligh Kristian di bandar Hilir Melaka & menterjemahkan kitab Injil ke bahasa Melayu agar mudah mubaligh Kristian sebarkan kpd org Melayu itu dijadikan rujukkan mmg akan menganggap sejarah realiti ini adalah 1 penipuan la...begitu lah anggapan ku sewaktu pertama kali...tetapi ku kaji & ku cari bukti..ku gunakan akal fikiran yg dikurniakan Tuhan...berdasarkan sumber2 pelayar2 Eropah spt Italy,France & Spain yg dtg berdagang & singgah bkn menjajah kita sambil membawa perang Salib ingin menjatuhkan Islam di nusantara spt Belanda & British...juga ku kaji Undang2 Kedah yg berteraskan Islam semata2 tidak sesekali cuba agungkan bangsa Hatta jika putera raja sendiri dibunuh spt Hang Tuah..putera kedua ini bernama Tun Syabaan adinda kpd Sultan Mahmud Syah Semenanjung Melaka bkn Bandar hilir Melaka... sewaktu muda di semenanjung Melaka dikenali sbg Laksemana Hang Tuah...sewaktu menjadi Maharaja Ayuthia yg jwtn digilirkan dgn gelaran Narai & pernah menjalinkan hubungan diplOmatik dgn Perancis & mengerjakan haji..sewaktu menjadi Raja Acheh dikenali dgn gelaran Sultan Iskandar Mahkota Alam dtg ke Kedah utk menghukum putera kpd adindanya Pir Abu @ ??? Silakan jwb wahai yg mengaku jgn dibusukan nama nenek moyang mu dgn cerita rekaan ini...

    ReplyDelete
  21. As Salam Abg Husaini..teruskan perjuangan mu dlm membongkar kembali sejarah Melayu Islam...Biar Putih Tulang Jgn Putih Mata!!!Pantang undur tetap Mara!!!

    ReplyDelete