Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Sunday, February 24, 2013

KOTA DAN ISTANA RAJA MELAYU ZAMAN SILAM: BEBERAPA PERSOALAN LOGIK

Jika kita melihat kepada nama tempat yang terdapat di Malaysia, terdapat banyak tempat lama yang menggunakan perkataan KOTA. Kenapakah perkataan kota tersebut digunakan? Adakah saja suka-suka perkataan kota tersebut digunakan? Adakah memang ada sebuah kota di situ pada suatu masa dahulu? Dari apa yang diperhatikan, memang terdapat kota pada kesemua tempat yang menggunakan perkataan kota. Cerita turun temurun masyarakat setempat menjurus kepada kewujudan sesebuah kota bagi setiap nama yang menggunakan perkataan kota. Tetapi kebanyakannya telah lenyap dan diabaikan, diruntuhkan, diratakan, ditimbuskan, ditenggelamkan dan dihilangkan dari pengetahuan umum. Apakah motif sebenar tindakan tersebut, AGENDA siapakah ini?

Foto 1: Binaan batu bata di Sungai Batu, Merbuk Kedah merupakan tapak arkeologi terawal di Asia Tenggara dibina sekitar 100 Masihi. Jika pengetahuan binaan kota batu bata telah wujud pada 100M kenapa di dalam teks sejarah wujud dakwaan kota-kota dahulu dibina dari kayu dan buluh? Hanya setelah kedatangan Portugis kota batu dibina, seolah-olah kita belajar dari pihak penjajah!? Tidak logik jika pada 100M sudah ada binaan batu bata tetapi pada 1500M masih berkotakan kayu.

Foto 2: Peta lama bertarikh 1598 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004) menunjukkan kota-kota yang wujud di sepanjang pantai semenanjung tanah air kita. Dimanakah kota-kota tersebut sekarang?

Foto 3: Kampong Kota di Beruas, Perak di mana terdapatnya makam purba raja Melayu yang bernesankan Batu Acheh terukir ayat Al Quran. Kenapa sejarah mainstream menjunjung pengaruh Hindu-Budha di Bruas Gangga Negara, tetapi kisah rajanya yang beragama Islam seolah-olah diketepikan sahaja?

Foto 4: Istana Raja Bersiong di Kepala Batas Alor Star Kedah. Istana yang didakwa asalnya milik Raja Bersiong kemudian diwarisi oleh Tengku Kudin. Lihat sahajalah terbiar dan turut dijadikan tempat pembuangan sampah. Kenapa Kelly Castle dipelihara, tetapi Istana Raja Bersiong ini terbiar hina sebegini rupa?

Foto 5: Gambar ini didakwa sebagai Istana Sultan Ismail di Belanja Perak. Gambar ini berjaya mencetuskan persepsi Melayu itu berdinding buluh dan beratap rumbia. Adakah ini sebenarnya istana atau sekadar tempat persinggahan atau pondok di dalam dusun atau tempat persembunyian ketika diburu penjajah? Jika sememangnya istana tempat bersemayam, bagaimana agaknya kalau gajah baginda yang berpuluh ekor itu  menggeselkan badan pada dinding istana tersebut? Bagaimana agaknya kalau baju besi baginda digantung pada dinding istana tersebut?

Foto 6: Kota Ngah Ibrahim di Matang, Perak. Pernah dijadikan markas oleh Inggeris dan Jepun. Menjadi mahkamah untuk mengadili mereka yang dituduh terlibat dengan pembunuhan J.W. Birch, mungkin disebabkan itu ianya masih kekal tidak diruntuhkan.

Foto 7: Kota Long Jaafar di Bukit Gantang, Perak. Terbiar bersemak tanpa penjagaan rapi. Menurut sejarah mainstream, Long Jaafar merupakan Penghulu Larut yang kaya raya serta kekayaannya itu mengatasi kekayaan Sultan Perak pada ketika itu. Persoalannya, logik kah penghulu lebih kaya dari sultan pada masa tersebut, dan logik kah seorang penghulu memiliki sebuah kota yang dilengkapi dengan meriam?


Foto 8: Kota Kuala Muda, sebahagian kecil sahaja sisa binaan kota yang masih tinggal. Terdedah kepada vandalism dan pencerobohan, diharapkan symbol-simbol yang masih ada dapat kekal untuk tatapan generasi akan datang.

Foto 9: Kota Kuala Kedah, lihatlah keunikan senibinanya. Pernah dijadikan markas Inggeris dan mungkin disebabkan itu ianya selamat dari diruntuhkan sama seperti Kota Ngah Ibrahim yang pernah dijadikan markas Inggeris.

Foto 10: Kota Star, binaan asalnya pernah dirobohkan atas alasan untuk membina Wisma Persekutuan. Logikkah alasan tersebut diberikan dalam masa yang sama Kota A Famosa dipertahankan? Namun begitu replica kota tersebut dibina semula pada tahun 2008 tetapi didapati berlaku sedikit perubahan pada corak ukiran pada kota.

Foto 11: Kota Indera Kayangan, tapak kota telah diratakan dan dijadikan tempat parking kereta untuk pelawat yang berkunjung ke Muzium Kota Indera Kayangan. Logikkah tapak sebuah kota dijadikan tempat parking kereta?

Foto 12: Istana Nagara, foto ini diambil pada 1897 (sumber, Wendy Khadijah Moore, 2011, Malaysia A Pictorial History 1400-2004). Lihat la seni binaannya yang jelas bermotifkan Merong dan Teratai. Telah dirobohkan pada 1930 dan diganti dengan istana yang baru di atas tapak asal yang kemudiannya dikenali sebangai Istana Iskandariah. Kenapa istana secantik ini dirobohkan, tiada lagikah tapak lain selain dari tapak binaan asal untuk dibina istana baru? Kenapa sejarah mainstream cuba melenyapkan maklumat tentang istana ini? Kenapa istana ini diberi nama Istana Nagara? Nagara manakah yang dimaksudkan?

Banyak lagi kota-kota dan istana lain yang tidak dipaparkan disini, apa yang dipaparkan sebagai bahan untuk dikongsi dan difikirkan bersama. Jika Melayu mempunyai kota maka ini amat bertentangan sekali dengan momokan selama ini apabila Melayu dikaitkan dengan rumah kayu beratap rumbia. Jika Melayu memiliki kota, kemanakah perginya pewaris kota tersebut? Jika pewaris sebenar kota tersebut adalah mereka yang berkuasa sekarang, adalah tidak logik jika mereka yang berkuasa ini membiarkan sahaja kota warisan nenek moyang mereka terabai, dirobohkan dan dilenyapkan begitu sahaja. Jadi siapakah sebenarnya yang empunya dan pewaris sebenar kota-kota tersebut?

29 comments:

  1. Istana di dalam Taman, Taman di dalam Kota, Kota di dalam Nagara... Nagara di Bumi Allah Ta'ala...

    ReplyDelete
  2. Apabila yg berkuasa tiada hubung kait dgn sejarah yg di tinggalkan, beginilah jadinya...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. E-mail: husainisalleh@yahoo.com

      Delete
    3. E-mail: husainisalleh@yahoo.com

      Delete
    4. Try sent to this email tp tak dapat and failed.

      Delete
  4. Nagara di Bumi Allah Ta'ala...Wakakak dia nilah Mat Daban parasit dok mengaku keturunan Merong Maha Wangsa, Bincang fasal Allah tapi hutang dan curi Barang Syah Alam Megat tak bayar. Rupa-rupanaya cara dia macam Yahudi cakap hal Allah tapi menipu Umat. Ha ha ha Patut kena buang oleh Tuan Megat,Anaknda Bertuah sebab tak kena sula oleh geng Merong.

    ReplyDelete
  5. Betoi pak megat... ana setuju... kutuk budak tu habis-habisan... bantai dia... hahaha... cau cin cau... lawak chin chan... kihkihkih.. kita sama le pak megat... jom makan daging mentah budak ni... jom ratah ramai2 ajak semua geng merong.... rong..rong... mereng... mohong...

    ReplyDelete
  6. .....jom makan daging mentah budak ni.......wakaka ini bahasa Mat daban takut oarang tahu penipuannya . Blog Nai Cau pun dia reka nak hina Ustaz Megat. Saya kenallha siapa awak tu.Ustaz Megat bagitau dapat pahala dan bukan mengumpat jika kita memberitahu orang diaperogol, pemberontak, pencuri, perompak dan penzina. Pasal hal ini saya tunjuk ianay dari Ustaz megat mengenai Mat daban ini perosak ahlul bait dansejarah bangsa inilah ianya dan buat reka pula Blog Nai Cau.......



    bagi ana si rol tu mengaku keturunan merong tak pelik sbb mengikut maklumat yg ana dapat, dia ni berketurunan MAT DABAN iaitu kepala penyamun antara yg tersohor d perlis, banyak rumah telah d rompak olehnya tapi kecundang d tangan org kaya HJ. ADAM tauke kedai petrol pam dan sampai skrg anak2 nya merupakan saudagar2 kaya. dan ketika samun d buat d rumah hj ini dia d tangkap. semua org perlis kenal penyangak ini pada zmn itu...jadi takpeliklah jika MR. ROL TERBUS berperangai begitu dan tak peliklah kekadang jadi org dakwah, kemudian jadi org komputer dan kemudian jadi org pondok tariqat pula
    mengaku keturunan Tok Janggut, tapi menukar pula sejarahnya dengan mengata ia dari keturunan Nai Fai Merong Maha Wangsa rupa2nya keturunan TOK MAT DABAN PENYAMUN TERBUS utk glamour, samun dan pecahkan keturunan kita dari dalam.

    Sekian pendedahan saya yang ikhlas ini.


    ReplyDelete
  7. Bravo Auji baek... terbaik auji no moto, fatwa terhebat abad ini : "Tuanku Ustaz syed shah alam kutubul alam Megat al-jefri al-gumpat al-fitnah al-maki al-pengecut al-mohong bagitau dapat pahala dan bukan mengumpat jika kita memberitahu orang dia perogol, pemberontak, pencuri, perompak dan penzina"... Hahaa...jom ramai2 buat pahala banyak2 sambil kita makan daging mentah mr. rol terbus cicah budu ... ajak sofea al-umudi dan che Wood join sekali..... hohoho....

    tahniah atas pendedahan ikhlas bro.... cau cin cau....

    ReplyDelete
  8. Wakakaa ada hati nak Jadi keturunan Merong dan Nai Cau kesian ye Allahu Allahu , kau tak berjaya goreng puak Merong pastu kutuk pula'geng merong.... rong..rong... mereng... mohong....' Mak saya bagi tau orang macam ni sebenarnya Muamalat Islamnya dah rosak. Mengaku pandai sejarah tapi bahan blog Nai Cau Daban, Berkat Ayahda Tok Daban dan Anaknda Bertuah Tak Kena Sula saya tengok semuanya itu dari buku agama SRP dan SPM, wakaka. Nanti saya akan beritahu Tuanku Megat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, smg hamba yg byk dosa ini diampuni oleh Allah ta'ala... Jadilah hamba Allah sehamba-hambanya. Kalau org bertanya siapa yg paling byk dosa? Angkatlah tangan! Terasa adanya 'kita'. Itulah kesalahan yg paling besar. Apabila terasa adanya diri kita, itulah dunia. Selagi terasa adanya kita. Selama itulah kita menderita... Terasa tidak berdosa itulah dosa. Org yg paling 'celaka' ialah apabila buat dosa merasa tidak berdosa. Maaf kan hamba yg paling byk dosa ini... Kutuklah dan hinalah hamba yg byk dosa ini... Terima kasih kpd siapa sahaja yg sudi mengutuk, menghina, mengumpat dan memfitnah hamba. Jazakallah.

    ReplyDelete
  10. -Terima kasih kpd siapa sahaja yg sudi mengutuk, menghina, mengumpat dan memfitnah hamba. Jazakallah- .wakaka jadi malaikat semula sebab bila dia terancam dia akan guna nama Allah dan perkataan mengumpat , wakaka.
    Sekarang saya nak nasihatkan awak kembalika barang Ustaz Megat termasuk remote control kereta anak dia sepeti nasihat nya -tinggi juga angan-angan dan halusinasi si Amirul ni, ‘ rupanya membawa padah pada ana pabila budak ini secara senyap-senyap telah melarikan buku ana dan lain-lain tanpa ana sedari. Di harap saudara rol dapat memulangkan semula barang-barang ana itu termasuklah kereta mainan remote control milik anak ana yang anta telah ambil tempohari untuk di baiki sejak 7 bulan yang lalu kerana setiap perbuatan kita ada balasannya dari Allah s.w.t.-

    anak awak tu buat apahah . pergi basuh punggun dia nanti busuk pula kami kat blog nih.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih ahmad tarmizi bin sulaiman, semoga awak menjadi lebih dewasa dan matang.

    ReplyDelete
  12. wakaka kesia, nak join tuanku megat konon, wakaka..muamalat islam dah la rosak tiru bahasa aku pulak iaitu cincau.ankndaku sedang berak tu kiranya tu jin berlakon baik sekor lagi tu cin cau daban pulak jin jahat, trima kasih le tunjukkan muka tuanku megat yang sebenarnya kat aku ni. Lagipun aku dah kenal dia lama dah. Seluar anak kau tu basuh sekali ye, wakaka.

    ReplyDelete
  13. Umat ini telah dibentuk dengan tumpahan darah Baginda Rasulullah s.a.w dan kelaparan Baginda s.a.w, sementara kita hari ini memecahbelahkan umat atas perkara-perkara kita yang kecil. Ingatlah bahawa meninggalkan solat Jumaat pun tidak akan datang begitu banyak keburukan seperti yang berlaku akibat memecah-belahkan umat. Apabila akan datang perasaan perpaduan umat di kalangan orang-orang Islam, maka tidak sekali-kali mereka akan dihinakan di dunia ini.

    ReplyDelete
  14. Howdy! I know this is kinda off topic however I'd figured I'd ask.
    Would you be interested in trading links or maybe guest authoring a
    blog article or vice-versa? My site discusses a lot of the same topics as yours and I feel we could greatly benefit from each
    other. If you might be interested feel free to send me an email.
    I look forward to hearing from you! Wonderful blog by the way!


    my blog: hair loss solutions for women

    ReplyDelete
  15. hmm hidup dalam sistem fitnah biasa la huhuk

    ReplyDelete
  16. melayu oh melayu

    ReplyDelete
  17. Banyak binaan yg cuba dilenyapkan, pular tawar contohnya tempat kelahiran Mat Kilau, tempat bapanya menjadi pembesar negeri pahang, kini hanya sebuah kampung yang dipinggirkan, entah kenapa tiada satu pun kamera yang sempat mengambil gambar-gambar pulau tawar yg pernah menjadi tempat bersemanyan pemerintahan pahang

    ReplyDelete
  18. Negara ini telah diwariskan oleh British kepada anak didik mereka, Hingga ke hadi ini semua Perdana Menteri bersekolah di England kecuali Dr M. Bapa dia guru bahasa inggeris.

    ReplyDelete
  19. Someone necessarily help to make severely posts I'd state.

    That is the first time I frequented your web page and so far?
    I surprised with the research you made to create this
    actual put up amazing. Magnificent activity!


    Stop by my web page; flappycheat

    ReplyDelete
  20. sebagai peminat sejarah, berangin lak aku baca post ni.. tp bukan marah kt penulis ni, marah sbb pihak yg berkuasa x ambil inisiatif utk pulihara dan pelihara tinggalan sejarah tanah melayu. sbb rase nye kt Malaysia ni bnyk tapak bersejarah yg diabaikan. lg 1, bg aku senibina melayu klasik sangat cantik berbanding senibina moden.. lagi2 senibina istana.. bagi aku a few design istana yang cantik adalah istana kt chendering milik sultan terengganu. ataupun istana jahar kelantan. kn cantik binaan nye dengan ciri2 melayu klasik.
    sorry atas bahasa melayu aku yg x brape btol..

    ReplyDelete
  21. sebagai peminat sejarah melayu dan peminat architecture, berangin lak aku rase bace post in. bkn marah kt penulis tp marah kt pihak berkuasa yg x amik inisiatif utk pulihara dn pelihara tinggalan sejarah tanah melayu. kalo bab putar blit sejarah, org barat mmg hebat bab mnipu. time diorg serang melaka, diorg dtg bw meriam senapang, org melayu lawan pkai keris & lembing.. ingat org melayu dlu bangang sangat?? kalo melaka tu xde senjata yg hebat, xde la org berani nk jd kn tmpt tu sbg plabuhan entreport. melaka jtuh sbb khianat bkn sbb melayu lmah.
    dn mohon kpade pnulis, kalo ade info psl istana melaka sbb sku pnah dgr cramah psl ktuanan melayu, penceramah tu ckp kota a famosa d bina atas tapak asal istana melaka. btol ke? aku x taw nk wat research ktne. cr bku2 kt library, xde pun yg bkaitan.

    ReplyDelete
  22. owh lupe nk ckp, i'm only half malay..

    ReplyDelete
  23. Apa benda yang anda bincang dan cakap ni.Jika anda ahli bait,jangan teruna zakat dan sedekah.Terima hadiah.Kalau anak raja duduk istana.kalau anak penyamun? ,kalau anak pendatang ,cuba dapat kerakyatan.Apa anda ada ?,Bergabung tubuh dana dan lancarkan perniagaan dgn jujur dan tabah.Tak ada modal,pergi kerja dan buat pinjaman.Tulis buku yang laku untuk cetakan.Jangan main-main.raja dan syed,malulah .Ini kan Malaysia dah/ Sapa dapat merdekakan pun sama-sama tapi ketua negara lagi untung dapat gaji dan jawatan yang lain dapat merdeka saja.Raja-raja lain tak dapat tahta kena diamlah. Ahli bait jauh dari baitullah pun dok lah cara mana patut.Anak penyamun lanun selat malaka,diamlah la ni ada lanun lain rampas kapal dah.

    ReplyDelete
  24. salam.mohon izin untuk pinjam beberapa keping gambar untuk tujuan entri promosi Discover Kedah 2106. jika ada bantahan , mohon maklumkan sy di blog sy www.penbiru.com . sebagai tanda terima kasih, sy akan masukkan link blog ini ke dalam entri di blog sy. terima kasih

    ReplyDelete