Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Thursday, July 29, 2010

Kenapa Undang Undang Kedah Tidak Menggunakan Bahasa Siam?

Foto: Manuskrip Undang Undang Kedah yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi oleh DBP pada tahun 2005. Lampiran manuskrip asal dalam tulisan jawi disertakan dalam buku ini.

Manuskrip Undang Undang Kedah merupakan sebuah manuskrip yang menggunakan Bahasa Melayu yg penulisan peringkat awalnya tamat pada tahun dua ratus dua puluh dua (222) Hijrah. Bermula dari pusat pemerintahan Kedah Tua hingga ke Ayuttaya manuskrip ini melalui beberapa peringkat penulisan. Persoalan mula timbul apabila manuskrip ini tidak menggunakan bahasa Siam dalam penulisannya. Jawapannya berbalik kepada Bahasa Melayu sebagai lingua franca yang digunakan secara meluas di nusantara. Manuskrip Undang Undang Kedah ini merupakan buku perlembagaan Empayar Islam Benua Siam yang kuasa jajahan meliputi keseluruh Nusantara hingga ke Australia. Dan sudah semestinya ia tidak bersifat local dengan menulis dalam bahasa etnik yang berkuasa ketika itu iaitu orang Siam. Satu buku perlembagaan sebuah empayar besar perlu menggunakan bahasa perantaraan yang boleh difahami oleh semua etnik dibawah jajahan takluknya yang mempunyai pelbagai bahasa, dan bahasa yang sesuai ialah Bahasa Melayu yang merupakan Lingua Franca di Nusantara.

3 comments:

  1. Saya amat bersetuju dengan pandangan saudara..syabas dan teruskan usaha murni saudara ini sehingga berjaya membuka mata rakyat yang telah dibutakan oleh penjajah tentang sejarah negara sendiri..semoga generasi akan datang akan mendapat semula jati diri yang hilang dan menjadi bangga dilahirkan sebagai bangsa MELAYU yang sememangnya merupakan satu bangsa yang kuat pada zaman dahulu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saudara Rentaka. Kebenaran sejarah adalah sesuatu yg subjektif, disebabkan itulah kita amat memerlukan longgokan pandangan dan perpektif pelbagai pihak, akan wujud PRO dan KONTRA tetapi itu merupakan satu RAHMAT bagi orang2 yang BERFIKIR. Peningkatan jati diri sesuatu bangsa amat bergantung kepada tahap pengetahuan terhadap sejarah sst bangsa tersebut.

    ReplyDelete
  3. Keadaan ini serupa dengan penggunaan baha peranchis sebagai basa undang-undang dan budaya. bahasa peranchis hilang daripada dunia persekolahan di england pada tahun 60'an. Bahas Inggeris dianggap tidak mampu menyampaikan maksud tinggi dalam undang-undang. Di Ayuttaya pemimpin-pemimpin mereka tidak meyakini bahasa Siam mampu memperjelaskan undang-undang dan budaya. Sekarang pun apa bezanya....

    ReplyDelete