Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, February 19, 2011

MASJID KRISEK: BUKTI HANG TUAH ITU NARAI @ ISKANDAR MAHKOTA ALAM

In 1578, Lim Tao Khiam came to Patani with his fleet. What happened, as told by the people of Patani, were, ‘During the Ming Dynasty, Lim Tao Khiam arrived with his fleet, fought and occupied the city. The King seeing the warrior in Tao Khiam, took Tao Khiam in as son in law as a result  Tao Khiam embraced Islamic faith, settled down in Patani, and never thought of returning to China again. (Kelantan and Chinese Kelantanese, Wee Khoon Hock, 1987)
Masjid Krisik di Patani merupakan sebuah masjid lama dan masih diguna untuk pelbagai aktiviti masyarakat Islam di sana. Apa yang menarik di sini ialah masjid ini juga dikenali sebagai masjid Hang Tuah kerana pernah digunakan oleh Hang Tuah pada masa dahulu. Masjid ini telah dibina oleh seorang pedagang China bernama Lim Tao Khiam. Jika diperhatikan dari petikan di atas bahawa Lim Tao Khiam telah datang ke Patani pada 1578M. Pembinaan masjid ini sudah semestinya paling awal dibina pada 1578M. Ini bermakna sebelum 1578M tiada lagi masjid ini dan bagaimana pula dakwaan mengatakan Hang Tuah pernah menggunakan masjid ini sekiranya beliau hidup pada zaman 1400-1500M ? Peristiwa ini hanya benar jika Hang Tuah yang dimaksudkan itu ialah Narai yang pernah menjadi Maharaja Ayuttaya (1656-1688M). Dapat diperjelaskan di sini bahawa secara tidak langsung Masjid Krisek telah membuktikan Hang Tuah yang sebenar ialah dari jurai keturunan Merong Maha Wangsa. Manakala Hang Tuah yang dipelajari dalam sejarah mainstream selama ini ialah Hang Tuah dari sejarah Melaka ciptaan penjajah dan talibarutnya.
Foto: Masjik Krisek (Krue Se) di Pattani yang dikaitkan dengan Hang Tuah. Menurut penduduk tempatan, Hang Tuah pernah berkampung di masjid tersebut. Dipercayai beliau berada disitu ketika ingin menangkap Raja Bersiong yang melarikan diri. Jika diperhatikan batu bata yang digunakan ialah jenis bata leper seperti di istana Raja Bersiong dan lain-lain binaan kota keturunan Merong Maha Wangsa.

7 comments:

  1. Masjid ni masih berfungsi sebagai masjid ka? Bagusnya bangunan tahun 1500-an masih utuh disana. Disini orang2 kita tak pandai menjaga warisan langsung.

    ReplyDelete
  2. Menurut Andaya (2002), Hang Tuah, Hang Jebat dan Hang Kasturi adalah pemimpin ulung kaum Orang Asli. Kekuasaan Orang Asli dalam pemerintahan Melaka serta kerajaan-kerajaan melayu yang lain mengalami kemerosotan dengan kematian ketiga-tiga tokoh ini. Pendapat ini dipetik dari Pagan Races of the Malay Peninsula, Macmillan, London 1906 karangan Skeat, W.William and C.O. Blagden.

    Andaya juga memetik pendapat Juli Edo, seorang ahli antropologi dari etnik Semai yang mengatakan bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat adalah Orang Asli. Hang Tuah dan keluarganya berpindah ke Hulu Perak selepas kematian Hang Jebat.

    Menurut Yayan Indriatmoko (2003), Hang Tuah berketurunan Orang Laut. Orang Asli melibatkan diri secara aktif dalam sosioekonomi Tanah Melayu pada zaman dulu.

    ReplyDelete
  3. nama hang tuah jebat kasturi,lekir,lekiu sekali pandang macam nama orang asli..tapi yang hairan nama tersebut tak ada dalam rekod sejarah china,sehingga hang tuah diangap sekadar cerita dongeng,mungkin jugak hang tuah hanya nama gelarang seperti nama merong mahawangsa dalam bahasa siam sebab hanya negeri yang pernah ada pengaruh siam saja menceritakan tentang hang tuah..

    ReplyDelete
  4. Hang Tuah sememangnya menjadi rebutan etnik di Nusantara ini kerana kehebatannya, mereka akan menganggap Hang Tuah berasal dari etnik mereka termasuklah dakwaan dari Orang Asli, Jawa, Bugis, Siam dan sebagainya. Semua dakwaan ini perlukan bukti yg kukuh. Secara peribadi saya menerima dakwaan yg menyatakan Hang Tuah itu ialah Narai @ Iskandar Mahkota Alam. Kajian saya kearah membuktikan bahawa dakwaan tersebut benar.

    ReplyDelete
  5. Hang Tuah adalah berketurunan bugis.nama sebenar beliau adlah Daeng Merupawah atau Daeng Mempawah iaitu anak kepada Raja yang pernah memerintah Daerah Bajung ataupun kita paggil Makassar.Hang Tuah telah dilahirkan pada tahun 1388 Masehi. Ini kerana mengikut riwayat, usia Hang Tuah pada tahun 1400 Masehi adalah 12 tahun, Pada usia tersebut beliau telah berjaya membunuh 2 orang yang mengamuk di Bajeng

    ReplyDelete
  6. kena tanya sesiapa yang umurnya panjang dan yang pernah hidup bersama hang tuah..barulah tahu perkara sebenar..siapakah hang tuah. Kalau tidak semua yang anggap Hang Tuah berasal dari keturunan masing2 akan membuat kajian dan cari bukti untuk menyokong dakwaan mereka masing-masing..

    ReplyDelete
  7. mungkinkah hang tuah tu dari pahlawan cina yg mengpringi putri hang lipo...sbb ada pktn hang........

    ReplyDelete