Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, April 30, 2011

DAVID STAR, SALIB DAN FREEMASON: PERLAMBANGAN PENJAJAHAN DI KEDAH

Masjid Zahir merupakan sebuah masjid yang megah berdiri di tengah ibu negeri Kedah, Alor Star. Mula dibina pada tahun 1912 dan telah siap pada tahun 1915 menjadi mercu tanda Alor Star yang boleh dibanggakan. Namun ada sesuatu yang amat mencurigakan pada ukiran yang memenuhi bangunan masjid tersebut. Mungkinkah satu kebetulan atau memang sengaja diletakkan lambang bermotifkan MAGEN DOVID atau DAVID STAR menghiasi masjid tersebut?



Foto 1: Masjid Zahir yang tersergam indah mempunyai sedikit persamaan dengan Masjid Azizi di Langkat. Menurut sumber yang boleh dipercayai, terdapat sebuah masjid lama di sini tetapi telah dirobohkan atas alasan untuk membina masjid baru. Kawasan Masjid Zahir ini juga dipercayai tanah perkuburan para pejuang Kedah yang gugur ketika mempertahan Kedah dari serangan penjajah Inggeris dan Thai


Foto 2: Lambang yang bermotifkan David Star yang menjadi hiasan disekeliling Masjid Zahir. Tidak menghairankan jika terdapat lambang ini kerana masjid ini telah dibina oleh Inggeris setelah merobohkan masjid lama.

Kota Kuala Kedah merupakan sebuah kota pertahanan orang Melayu yang amat besar dan masih berdiri kukuh sebahagiannya hingga kehari ini hasil kerja restoration dan conservation yang dilakukan. Kota ini “terselamat” dari dirobohkan sama seperti Kota Ngah Ibrahim kerana telah digunakan oleh penjajah setelah berjaya menawannya. Setelah memduduki kota tersebut pihak penjajah telah membina sebuah rumah papan di dalamnya. Rumah tersebut sekarang dijadikan muzium Kota Kuala Kedah. Apa yang menarik rekabentuk rumah tersebut jika dilihat dari udara akan jelas kelihatan rekabentuknya yang bermotifkan SALIB. Adakah ini satu kebetulan?


Foto 3: Kelihatan rumah papan yang dibina oleh Inggeris dan sekarang ini dijadikan Muzium Kota Kuala Kedah. Lakaran di sebelah kiri menunjukkan bangunan tersebut mempunyai motif salib jika dilihat dari udara.

Di kawasan Muzium Di Raja Kedah terdapat berbagai jenis meriam yang dipamerkan disitu. Dalam banyak meriam tersebut terdapat meriam yang berlambangkan VOC atau Vereenigde Oost-Indische Compagnie atau Syarikat India Timur Bersatu. VOC sahaja mungkin tiada banyak persoalan, tetapi ada juga meriam yang mempunyai lambang AVOC yang menimbulkan seribu satu persoalan. Adakah ini juga satu kebetulan?


Foto 4: Menunjukkan meriam tinggalan penjajah yang mempunyai lambang FREEMASON yang dizahirkan dengan bentuk AVOC.

Jika dilihat secara teliti, perlambangan itu menunjukkan wujudnya satu pengaruh luar yang kuat terhadap tampuk pemerintahan kedah yang bersekongkol dengan penjajah pada ketika itu. Pengaruh Zionism, Christianity dan Freemason ini telah dibuktikan kewujudannya dengan perlambangan yang ditinggalkan oleh mereka dan perlambangan Merong dan Teratai dihapuskan sedikit demi sedikit.

2 comments:

  1. Lambang dutch east india company
    http://en.m.wikipedia.org/wiki/Dutch_East_India_Company

    ReplyDelete
  2. Lambang dutch east india company
    http://en.m.wikipedia.org/wiki/Dutch_East_India_Company

    ReplyDelete