Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Monday, July 30, 2012

MISTERI KOTA INDERA KAYANGAN


Foto 1: Muzium Kota Indera Kayang. Kelihatan tempat parking kereta yang dipercayai sebagai tapak asal kota tersebut. Tapak kota jadi tempat parking?

“Kota Indera Kayangan atau Kota Al-Marhum Kayang 1 merupakan kota istana yang terletak di tebing kiri Sungai Perlis. Ia merupakan kota istana semasa pemerintahan Sultan Kedah ke-15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah (1661-1687). Kota dan istana yang dibina ini terletak di suatu kawasan yang dikelilingi beberapa buah bukit yang terletak di sebelah selatan tebing Sungai Perlis. Berdasarkan sejarah lisan, kota ini berkeluasan 6-8 km persegi. Tembok kota diperbuat dari benteng tanah dengan ketinggian 6-7 kaki. Pohon buluh turut ditanam di atas benteng ini manakala kaki tembok di bahagian luar pula digali parit sedalam 5-6 kaki dan lebar 7-8 kaki.” –Notis muzium.

Dalam usaha mencari bukti kewujudan kota dan keinginan untuk melihat sendiri sisa kota tersebut pertanyaan kepada masyarakat setempat diajukan. Berikut adalah beberapa pandangan masyarakat Perlis dari pelbagai latarbelakang yang sempat ditemui berkaitan kewujudan Kota Kayang apabila diajukan soalan “Kota Kayang ni sebenarnya macam mana, memang ada ka kota tu?”

Pengawal keselamatan muzium: Mana ada kota, kota dia kota semulajadi aja, tu bukit-bukit tu la yang jadi dia punya kota tu, kat situ ada gua, depa dok situla”.

Kakitangan muzium: “Hmm… dulu adala kota dia. La ni tak dak dah. Tapak asal kota tu dulu kat tempat parking kereta kat depan tu”.

Pelajar IPT: “ Ish, saya pon tak berapa nak tau, dulu kalu ikut cakap emak ayah saya kawasan tu macam kawasan paya hutan semak aja”.

Pemandu teksi: “Mana ada mengarut aja tu, hutan aja kawasan tu, depa nak buat tarikan pelancong apa semua buatla muzium tu. Kota tu tak daklah, muzium ada la”.

Pemandu kereta sapu: “Hang nak tau buat apa? Dulu masa pakcik muda-muda dulu memang ada, pakcik ni nakai sikit, ha ha ha. Pakcik dulu kerja bawa barang seludup, bawa sorok-sorok la. Biasanya pakcik simpan barang seludup tu kat kota tu la. Tempat tu baguih sebab tak dak sapa berani pi situ. Yang berani pi pon orang macam pakcik dengan tok bomoh nombor ekoq, depa dok pi menurun kat kuboq raja yang ada kat situ.. ha, ha, ha..”

Jawapan dan pandangan yang dipaparkan di atas perlu dijadikan bahan renungan bersama. Persoalannya bilakah kali terakhir kota tersebut kelihatan? Jawapan pakcik pemandu kereta sapu menjelaskan dalam beberapa dekad yang lepas kota tersebut masih wujud. Sekurang-kurangnya kesan tinggalan kota tersebut ditinggalkan untuk tatapan generasi berikutnya. Menjadikan tapak sebuah kota sebagai padang parking kereta merupakan tindakan yang merugikan anak bangsa. Adakah tindakan ini terancang atau tidak sengaja? Walaupun apa alasannya tindakan tersebut adalah sesuatu yang tidak bijak.

12 comments:

  1. Assalammu'alaikum...wrt,

    Artikel yg baik. Semalamhamba terfikir nak cerita sikit tentang Kota Kayang ni...alhamdlillah pagi hari ni saudara Husaini telah keluarkan ttgnya...

    Kalau nak tanya soalan ttg kota kayang ni elok tanya orang kampung Tok Kuning yang berumur 60tahun keatas mereka insyaAllah lebih tau ttg Kota Kayang dgn lebih tepat.

    Hamba pernah bertanya ttg Kota Kayang kpd bekas DO Perlis yg pernah berkhidmat sekitar tahun 80an, beliau Allayarham Tuan Haji Abdul Rahim bin Sudin. Sekitar tahun 2002 beliau telah bawa hamba melawat Muzium tersebut, ketika itu tertera gambar hitam putih yg besar menghiasi hadapan pintu masuk muzium, kelihatan dalam gambar itu Tunku Abdul Rahman dan ayah beliau (Cikgu Sudin) serta beberapa orang lelaki sedang berdiri di lereng bukit dalam kawasan Muzium Kota Kayang. Tunku Abdul Rahman dan rombongan telah datang untuk melawat kawasan tersebut sekitar tahun 60an atau 70an... sekarang gambar tersebut telah diganti dengan gambar yg lain.

    Kata beliau, dahulunya Istana Kota Kayang ini di Namakan Istana Merbau sebab dibina menggunakan kayu merbau dan kota dibina daripada tanah seperti yang saudara ceritakan namun dibahagian belakang adalah bukit seperti yang kita lihat sekarang ini, Istana tersebut telah ditingalkan setelah Sultan ketika itu memerintah semua rakyat berpindah ke Kedah sekarang. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. Tq SH & AB. Info yg menarik dan berguna dari AB.

    ReplyDelete
  3. Artikel yg sgt menarik.. mana entry baru?

    ReplyDelete
  4. Tq Sobi, sebenaqnya banyak benda yg nak dipaparkan, tapi x berkesempatan nak menulis.. sesuai dgn nama blog ni penulisan hanya pada waktu santai dan bila ada mood :-)

    ReplyDelete
  5. wei! hang kena tukaq karier dan buat double PhD dlm sains dan Sejarah =) then boleh buat research dgn geran univsti ka, mantap...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat yg Sains dulu la... kalau yg Sains dh berjaya barula buat sejarah plak :-)

      Delete
  6. Dulu ada cerita kota ini dalam misteri nusantara lama dah depa temuramah ayah saya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum.. boleh saya tahu pada tahun bila depa temuramaha ayah anda?

      Delete
  7. Dulu ada cerita kota ni dalam misteri nusantara depa temuramah ayah saya ...saya dok dekat sini je..

    ReplyDelete
  8. Dulu ada cerita kota ini dalam misteri nusantara lama dah depa temuramah ayah saya ...

    ReplyDelete
  9. TAPAK PARKING BEKAS KOTA? FAKTA TERSEBUT TIDAK TEPAT PENULIS...SILA DAPATKAN MAKLUMAT SEBENAR LOKASI tapak KOTA KAYANG DARI BAHAGIAN PEJABAT MUZIUM KOTA KAYANG SEBELUM MENULIS DALAM BLOG ANDA....takut orang yang baca silap maklumat sebenar....bekas pembantu muzium muzium kota kayang...

    ReplyDelete
  10. Macam mana nak dapat detail pasal kota kayang

    ReplyDelete