Sungai
Merbok merupakan sungai yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman. Sungai yang
penuh dengan tinggalan dan peristiwa bersejarah serta penuh dengan misteri yang
belum terungkap. Menurut buku Sejarah Kedah yang ditulis oleh Haji Buyong Adil
(DBP, 1980) nama asal Sungai Merbok ialah Sungai Babur. Bagi sesetengah orang
pertukaran nama bukanlah suatu isu yang besar dan ianya perlu dilakukan
mengikut peredaran masa dan zaman. Namun bagi pengkaji sejarah realiti,
penukaran nama sungai, tempat, makam dan sebagainya merupakan satu gerakan
terancang untuk melenyapkan sejarah di sebalik nama asal tersebut.
Menurut
pengkaji sejarah realiti nama Babur merupakan satu watak penting yang telah
dilenyapkan dalam sejarah tanahair. Siapakah Babur? Babur di sini merujuk
kepada nama pengasas empayar Mughal di India. Hubungan Tanah Melayu dengan
Mughal telah dilenyapkan oleh penjajah dan tidak dimasukkan dalam kurikulum
sejarah di sekolah. Penjajah dan sekutunya lebih berminat meletakkan pengaruh
Hindu, Buddha dan penjarahan Chola kerana ini boleh menghilangkan jatidiri
bangsa dan kehebatan silam yang dimiliki. Padahal, kegemilangan India dahulu
pon berada di puncaknya ketika pemerintahan Mughal.
Kenapa
harus wujud nama Babur di Kedah? Kerana Babur merupakan menantu kepada seorang Raja
Besar di Semenanjung Melaka iaitu Sultan Rijaluddin Ibni Sultan Muhammad Johan Shah (yang digelar Parameswara di Melaka dan bergelar Ramathibodi II di Ayutthaya, menurut sejarah mainstream). Tidak hairanlah dahulu Bangsa Melayu mempunyai empayar
yang hebat kerana mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Empayar Mughal. Bapa
mentua Babur pula merupakan adik ipar kepada Laksamana Cheng Ho dari Dinasti Ming,
China. Gabungan Dinasti Ming, China dan Empayar Mughal, India inilah merupakan
penyumbang kepada kekuatan dan kehebatan tamadun Melayu zaman silam.
Hebatkan?
Jadi, hilangkanlah nama hebat ini supaya kisahnya dibenam dan digelapkan. Perkara
ini dilakukan secara terancang supaya bangsa yang dijajah akan terus dijajah,
walaupun pada zahirnya telah merdeka, namun minda dan jati diri terus dibelenggu
penjajah. Oleh itu, pertukaran nama Sungai Babur kepada Sungai Merbok dilihat
sebagai agenda terancang mengubah landscape sejarah tanahair dengan
menghilangkan bukti sejarah sebenar demi kepentingan penjajah dan sekutunya. Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment