Hamzah Fansuri merupakan
seorang tokoh sufi, sasterawan, dan ahli teologi yang dianggap sebagai salah
seorang cendekiawan Islam paling berpengaruh di Alam Melayu. Beliau
berasal dari Fansur (Barus), sebuah bandar pelabuhan penting
di pesisir barat Sumatera Utara. Beliau hidup pada abad ke-16 hingga awal abad
ke-17, semasa zaman kegemilangan Kesultanan Aceh. Hamzah Fansuri dikenali
sebagai pelopor genre syair dalam kesusasteraan Melayu. Beliau
merupakan orang pertama yang memperkenalkan bentuk puisi empat baris dengan
rima akhir yang sama ke dalam bahasa Melayu. Beliau adalah tokoh utama
ajaran Wahdatul Wujud di Nusantara. Ajaran
beliau menekankan tentang kehadiran Tuhan yang dekat dengan hamba-Nya melalui
penyucian jiwa dan makrifat.
Antara karya agung beliau
termasuklah: Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Dagang
Asrar al-Arifin (Rahsia Ahli Makrifat). Tarikh kematian beliau
masih dibahaskan oleh para pengkaji, namun catatan sejarah menunjukkan beliau
kemungkinan besar meninggal dunia sekitar tahun 1630. Sumbangan
beliau sangat besar dalam pembentukan bahasa Melayu moden kerana penggunaan
bahasa Melayu yang halus dan intelektual dalam karya-karya falsafahnya.
Bait syairnya menjadi perdebatan
hangat melalui kata-kata "Hamzah nin asalnya Fansuri, mendapat wujud
di tanah Shahrun Nuwi.." Apa yang menarik di sini Shahrun Nuwi
merupakan Ayutthaya ibukota Kerajaan Siam. Nama ibukota ini membawa maksud "Kota Baru" dalam bahasa Parsi. Bagi mereka yang mempercayai
bahawa Ayutthaya sebuah kerajaan Islam, maka tiada lagi persoalan dan
perdebatan. Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment