Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, February 20, 2010

Kerajaan Beruas Gangga Negara

Foto 1: Batu nisan yg kecil ini pun "mereka" tak mampu menegakkannya. Tapi Flor De La Mar yang tenggelam boleh dibina semula!?
Foto 2: Pandangan sepi kawasan makam diraja Beruas

Foto 3: Siapakah nama raja ini? Jika tahu sila nyatakan. Jika tak tahu "mereka" patut melakukan research.


Beruas Gangga Negara satu nama kerajaan purba yg nasibnya hampir sama dengan Istana Raja Bersiong, cuma ada sedikit pengiktirafan kerana wujudnya muzium dan sign board yg merujuk kepada peninggalan sejarahnya. Ada berbagai versi cerita yg didengar
i) Beruas danGangga Negara adalah kerajaan berbeza. Beruas kerajaan Islam, manakala Gangga Negara kerajaan Hindu
ii) Beruas adalah ibukota kepada Gangga Negara sebuah kerajaan Islam.
Namun begitu makam di raja Beruas di Kampung Kota menunjukkan rajanya beragama islam dengan kewujudan batu nisan Acheh. Keluasan kerajaan ini meliputi kawasan yg merangkumi Beruas sehingga ke Dinding (Manjung). Di sini juga terdapat satu kawasan yg dikenali sebagai Padang Antah Berantah yg merupakan salah satu dari empat tempat penting bagi ahli Silat Seni Gayong.

10 comments:

  1. Gangga Negara sama sekali bukan kerajaan hindu maupun buddha. Penemuan patung yang mempunyai elemen hindu itu tidak ada hubung-kaitnya langsung dengan kerajaan Gangga Negara. Kerajaan Gangga Negara menganut AJARAN IBRAHIM, ajaran yang mengESAkan Maha Pencipta, tidak menyembah patung maupun berhala. Ajaran Ibrahim disebarkan oleh Raja Agung Iskandar Zulkarnaen melalui Jalan Sutera di Selatan India dan Campa juga di Kambodia sebelum dibawa ke Kedah Tua, kemudian ke Kerajaan Kembar Kedah Tua iaitu Kerajaan Melayu kedah Jambi di Sumatera. Ajaran Ibrahim atau Brahma juga kemudiannya dibawa ke Gangga Negara dan seterusnya ke Kerajaan Melayu Kampar Sumatera. Ajaran Ibrahim juga diterima oleh Kerajaan Kandis, Kerajaan Darmasaraya dan Srivijaya serta Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Kalatana dll. Ajaran Ibrahim terus berkembang luas di kalangan kerajaan Mala-UR atau Melayu (UR adalah nama tempat kelahiran Raja Iskandar Zulkarnaen dibawah Kerajaan Cheldina di zaman Nabi Allah Ibrahim) di celah-celah kepesatan kerajaan hindu dan buddha di seluruh Nusaserantau. Sebaik saja kedatangan Islam semua kerajaan Melayu di Nusaserantau terus menerima Islam dengan rela, antaranya KERAJAAN MELAYU TERENGGANU RIAU SUMATERA, KERAJAAN MELAYU JOHOR RIAU dan JOHOR LINGGA SUMATERA, KERAJAAN MELAYU JAMBI, KERAJAAN MELAYU KUANTAN SENGIGI SUMATERA, KERAJAAN MELAYU DELI SUMATERA, KERAJAAN MELAYU INDERAGIRI, KERAJAAN MELAYU SIAK, KERAJAANELAYU INDERAGIRI, KERAJAAN MELAYU INDERAPURA dll.

    ReplyDelete
  2. Kenapa kita mesti mengaitkan sejarah melayu hanya kepada islam? Ini yang membuat sejarah melayu itu tersangkut-sangkut demi menidakkan asal usul kita yg mungkin beragama lain.

    ReplyDelete
  3. Pendapat anon di atas ada benarnya sebab dalam buku Sejarah Melayu dinyatakan keturunan Raja-raja Melayu bersusur galur dari Iskandar Zulkarnain yang mengikut ajaran Nabi Ibrahim a.s.
    Tidak mustahil asalnya orang Melayu mengikut agama Nabi Ibrahim.
    Agama Hindu muncul kemudian.

    Sekiranya orang Melayu silam beragama Hindu sekalipun, saya berpendapat orang Melayu Semenanjung mengikut ajaran kita Veda dengan tegas iaitu tuhan hanya satu dan tuhan tidak boleh diserupakan dengan patung, gambar dll. Sebab itu di kawasan Semenanjung kalau ada jumpa patung pun bukan buatan tempatan. Di Semenanjung tidak ada banyak patung dewa. Kalau lihat di Indonesia atau Kemboja mereka ada patung-patung pelbagai dewa. Mereka ada patung tuhan Visnu, patung Ganesh, Hanuman dan mcm-mcm lagi.
    Tuhan-tuhan tersebut kebanyakannya disebut dalam kitab Hindu lain seperti kitab Ramayana dan Mahabharata.

    Buku sejarah Melayu juga disusun oleh Tun Sri Lanang seorang cendikiawan Melayu silam berpandukan Hikayat Raja-raja Melayu yang diperrolehi dari Gowa (Sulawesi).
    Justeru saya lebih percaya kepada buku Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin).
    Saya percaya serangan Raja Chola ke atas Tanah Melayu disebabkan oleh orang Melayu menyembah tuhan tanpa perlu patung.

    Sebab itu dalam perbendaharaan Melayu ada perkataan "SEMBAHYANG" merujuk kepada menyembah tuhan yang satu. Perkataan sembahyang kita masih guna hingga kini, cth sembahyang zohor, sembahyang fardhu, sembahyang taubat, sembahyang sunat...semuanya merujuk kepada menyembah tuhan yang satu.
    Kearifan Melayu yang mengikut kitab Veda bahawa tuhan adalah satu menyebabkan Melayu dengan mudah menerima Islam.

    ReplyDelete
  4. Ayat yang paling penting:
    1.Saya percaya serangan Raja Chola ke atas Tanah Melayu disebabkan oleh orang Melayu menyembah tuhan tanpa perlu patung.
    2.Di Semenanjung tidak ada banyak patung dewa. Kalau lihat di Indonesia atau Kemboja mereka ada patung-patung pelbagai dewa.

    Terima kasih atas penjelasan.

    ReplyDelete
  5. Salam...itulah Makam "Tok Temong" yg sebenar merupakan Raja Gangga Negara@Beruas Perak...merupakan ayahnda kepada Raja Paramiswara Melaka moyangnda kepada Sultan Mahamud Syah Melaka dan Tun Saban@Saaban@Laksamana Hang Tuah Melaka.

    ReplyDelete
  6. Salam...itulah Makam "Tok Temong" yg sebenar merupakan Raja Gangga Negara@Beruas Perak...merupakan ayahnda kepada Raja Paramiswara Melaka moyangnda kepada Sultan Mahamud Syah Melaka dan Tun Saban@Saaban@Laksamana Hang Tuah Melaka.

    ReplyDelete
  7. lokasi makan ini ada dimana ya??

    ReplyDelete
  8. Boleh nyatakan perkembangan sistem bahasa dan tulisan di gangga negara

    ReplyDelete