Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, May 14, 2011

MURAL GAYONG: CERITA SEDIH PUSAT LATIHAN TERTINGGI PSSGM

Melihat kepada apa yang sedang dan telah berlaku amat mengharukan perasaan. Pusat Latihan Tertinggi PSSGM di Ayer Kuning Taiping Perak hanya menanti masa untuk terkubur bersama seribu satu kenangan pahit manis anak Gayong yang pernah menjejakkan kaki di situ. Masalah pemilikan tanah pusaka yang tidak berkesudahan memusnahkan segalanya. Satu demi satu bangunan yang terdapat disitu rebah menyembah bumi. Blok asrama pesilat, surau dan rumah adat telah lenyap dari pandangan. Hanya tinggal satu blok rumah dua tingkat sahaja sekarang yang mungkin akan menerima nasib yang sama. Rumah yang pernah didiami oleh Mahaguru Meor Abdul Rahman hanya menanti saat dan ketika untuk hilang lenyap dari muka bumi ini. Rumah itu bukan sebarang rumah, kerana di satu sudut rumah itu wujudnya lukisan dinding atau mural hasil kreativiti dan intuisi mahaguru sendiri. Mural itu adalah sesuatu yang amat berharga kerana mempunyai seribu satu maksud yang tersurat dan tersirat. Mural yang penuh dengan ramalan dan amaran. Prophecy seorang mahaguru untuk anak Gayong yang prihatin dan mahu berfikir.

Foto1: Pemandangan rumah Dato Meor yang semakin uzur. Foto diambil pada 11.05.2011, tidak tahulah apa pula yang akan berlaku sesudah itu.

Foto2: Jelas kelihatan dari luar melalui dinding rumah yang telah merompong mural yang dilukis sendiri oleh mahaguru

Foto3:Mural yang penuh misteri, mempunyai seribu satu maksud tersurat dan tersirat. Ada beberapa maklumat yang telah hilang kerana cat lukisan yang telah terhakis terutama di bahagian kendinya. Adakah akhirnya lukisan mural ini akan hilang sepenuhnya.
Aku tak nak menyalahkan sesiapa dalam hal ini kerana sebagai manusia eloklah kita bermuhasabah diri sendiri, cari kesalahan dan kesilapan sendiri. Menuding jari meletakkan kesalahan pada orang lain adalah seburuk-buruk sifat manusia, sesuatu yang biasa menjadi amalan ahli politik murahan di Malaysia. Kesilapan aku yang ketara ialah membenarkan orang yang tidak melaksanakan AMANAH untuk menjadi PEMIMPIN dan PEWARIS. Satu soalan untuk mereka, “Di manakah amanah yang kamu warisi, di manakah gunanya kuasa yang kamu rebuti?”

8 comments:

  1. ana pernah mengaji silat ni dan menziarahi dato meor abd rahman d tahun 1980-an dulu, trima kasih atas info berharga ini.

    eloklah anta p buat aduan segra kpd jabatan warisan sblm pihak tangan2 ghaib terus melupuskan benda ni dari sejarah nusabangsa kita, wsslm.

    ReplyDelete
  2. Megat, seGayong rupanya kita.. insyaAllah akan dipanjangkan perkara ini mengikut kemampuan yg ada, penulisan blog ni sbhgian drpnya..

    ReplyDelete
  3. masyaAllah... tak hamba sangka ini yang tinggal dan jadinya kepada satu tempat bersejarah kepada semua anak2 gayong seluruh dunia... berapa ramai jaguh dan berapa ramai pakar beladiri telah terhasil dari tempat yang di tinggalkan ni... kenapa begini... di manakah waris2 dan ahli keluarga beliau yang tinggal di sini dulu...

    ReplyDelete
  4. bak kata Arwah Mahaguru "kenal masa kan tak cinta...tahu masa kan tak pelihara..." sebab ramai yang tak kenal dan tak tahu lah maka tak ada yg nak cinta dan pelihara...
    aku kenal ramai yang sebok nak bersandang dan bertengkolok bugis...tapi mudah sebut...haprak lah...gah nya lebih, tapi bab perlaksanaan, ancur. masing2 umpama pepatah Melayu "abih madu sepah dibuang..."
    betul lah kata Mahaguru dulu "Tamak ahmak itu sebahagian dari membunuh diri sendiri..."
    waallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. apa kata jabatan warisan ttg aduan anta tu ? wsslm.

    ReplyDelete
  6. e-aduan telah dibuat, tunggulah ajelah maklum balas dari mereka.

    ReplyDelete
  7. kata2 dari DMAR tak mustahil peristiwa seperti 13 MEI akan berlaku lagi...

    ReplyDelete
  8. yang dok sibuk nak ulang 13 mei tu kenapa?sibuk nak salahkan bangsa lain kalau bangsa kita sendiri mengadaikan amanah yang diberi.tengok contoh mudah...ADMAR adalah sebahagian dari warisan negara..warisan melayu..pelopor persilatan dan budaya bela diri melayu tapi apa yang pemimpin kita buat?dibiarkan lupus dan hilang...bila bercakap berdegarx2 perjuangkan melayu...tapi besarkan tembolok perut..jadi ali baba...dimulut kononya perjuangkan bangsa dan agama..tapi perjuangkan harta benda..ADMAR mengajar ilmu gayong berteraskan keimanan dan amalan islam yg jelas..tapi kebanyakan kita hari ini tinggalkan agama...belajar silat jadi samseng ..tapi kerja makan gaji dengan bangsa lain..malas berusaha...leka menjunjung pemimpin yang mengunakan istilah MELAYU untuk kenyangkan perut mereka...selama 50 tahun orang melayu dikianati pemimpin sendiri !

    ReplyDelete