Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Tuesday, July 12, 2011

BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA KERAJAAN AYUTTHAYA

Petikan dari buku terbitan SEAP Publication ini membuktikan penggunaan Bahasa Melayu yang meluas semasa pemerintahan kerajaan Ayutthaya. Walaupun pemerintah Ayutthaya terdiri dari orang Siam dan bertutur dalam bahasa Siam, tetapi dalam urusan rasmi kerajaan penggunaan Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya. Ini dapat dilihat dengan wujudnya manuskrip Undang-Undang Kedah yang ditulis dalam bahasa Melayu. Sebuah kerajaan yang besar memerlukan satu bahasa yang boleh difahami oleh semua etnik yang mempunyai pelbagai bahasa, dan bahasa itu ialah Bahasa Melayu. Perkara ini telah dimaklumkan dalam posting terdahulu berkaitan kenapa Undang-Undang Kedah tidak ditulis dalam bahasa Siam (Sila klik). Siam juga merupakan satu sub etnik Melayu yang cuba dilenyapkan oleh penjajah kerana legasi Merong Maha Wangsa yang menyimpan pelbagai rahsia dan misteri kerajaan silam di Nusantara ini.

2 comments:

  1. Sebab itulah kita dapati terdapat serpihan bahasa melayu di celah2 nusantara. Ajaib bagaimana bahasa melayu boleh sampai ke ceruk2 rantau situ.

    ReplyDelete
  2. Posting yang baik dan ringkas. Tahniah saudara, teruskan mencari sejaraj realiti yang di pinggirkan.

    ReplyDelete