Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Friday, May 15, 2015

PROTON: SIMBOLIK MERONG DAN WANGSA, SERTA EMPAYAR TERATAI

Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) merupakan sebuah syarikat kereta kebanggaan negara. Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semasa berjawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Banyak sudah ranjau yang diharungi oleh syarikat ini namun masih bertahan sehingga ke hari ini. Apa yang menarik untuk diperkatakan dalam penulisan kali ini ialah berkaitan lambang yang digunakan oleh Proton. Lambang Proton telah berevolusi sehinggalah lambang yang digunakan sekarang. Apa yang tersurat pada lambang tersebut ialah HARIMAU@WANGSA dan yang tersirat pula ialah NAGA@MERONG.

 Foto 1: Lambang Proton sebagai simbolik MERONG dan WANGSA

Penguasaan Proton dalam syarikat pengeluar kereta British,  LOTUS juga memberi persepsi yang menarik. Walaupun ianya mungkin kebetulan tetapi suatu kebetulan yang cantik kerana MERONG dan WANGSA tidak boleh dipisahkan dengan EMPAYAR TERATAI. Merong Maha Wangsa dan Empayar Teratai adalah suatu legasi turun temurun. Signature ini ditinggalkan dalam pelbagai bentuk abstract dan simbolik untuk menzahirkan kewujudan legasi ini. Apa yang diperkatakan ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana Tun Dr Mahathir juga merupakan sebahagian dari legasi ini.
Foto 2: Lambang dari syarikat kereta British, LOTUS.

Bagi mereka yang sudah mengetahui dan memahami tulisan santai ini, terutamanya yang merupakan sebahagian dari legasi ini gunakanlah Proton dan Lotus dengan “Pride and Proud”. Diharap dengan sokongan padu rakyat Malaysia, Proton mampu menghasilkan kereta yang lebih bermutu sesuai dengan legasi yang dibawa olehnya. 

1 comment:

  1. Ulasan yg menarik.Saya musti pilih

    ReplyDelete