Suatu petang
yang hening di sebuah taman perumahan, sekeluarga baru pulang dari menghantar
salah seorang ahli keluarga pulang ke sekolah berasrama penuh. Cuaca yang agak
mendung menjadikan suasana agak gelap sedikit ditambah pula dengan waktu
maghrib yang hampir tiba. Setelah pintu pagar ditutup, masing-masing masuk ke
dalam rumah. Si Ayah tidak masuk lagi ke dalam rumah kerana mencari kucing
welfare yang biasanya ada di situ untuk diberi makan. Namun kucing tersebut
tiada di tempat biasanya. Kucing tersebut mengalami masalah selsema dan
sentiasa bersin sambil terkeluar hingus kekuningan… hissh. “Mana pulak perginya
Si Abe ni? Bolehla buka pintu nak menghirup udara segar..”, berkata Si Ayah di
dalam hatinya. Selalunya pintu rumah akan ditutup untuk menghalang kucing
tersebut masuk dan bersin di dalam rumah. Si Ayah pon masuk ke dalam rumah
sambil membelek akhbar yang belum sempat lagi dibaca pada hari itu sambil
melunjurkan kaki untuk melepaskan keletihan setelah meredah perjalanan yang
meletihkan.
Tiba-tiba
terdengar seseorang memberi salam di luar pintu pagar. Si Ayah lantas bangun
dan menjawab salam tersebut. “Siapa pulak ni?”, terdetik di dalam hati. Seorang
pemuda tersenyum di luar pagar sambil mengendong bag galas di belakangnya. “I
am sorry Brother, my name is XXXXX and I am from Palestine. Can you give me
time just before Maghrib.” Kata pemuda tersebut, lantas dijawab oleh Si Ayah,”No
problem brother”, sambil sedikit tersenyum. “What is your name brother?” Tanya
pemuda itu sambil mengeluarkan sesuatu dari bagnya. “My name is YYYYY”, jawab
Si Ayah. “So Brother YYYYY, I have something for you, this is hadiah for you”,
kata pemuda itu. Si Ayah rasa sedikit terganggu dengan kata-kata pemuda
tersebut, maklumla dah banyak kali dah jumpa warga asing yang menjual tetapi
menyebut hadiah. Si Ayah menjawab, “Sorry brother, I don’t need that thing”.
Kata-kata tersebut menyebabkan pemuda tersebut terdiam, kemudian berkata “Ooo
brother, I came from Palestine and there are 40 Palestinian studying at UIA..,
this is for you, and I need just a contribution from you”. Si Ayah menjawab,”I
don’t need this thing but I will give you contribution”. Mendengar kata-kata Si
Ayah, pemuda tersebut kelihatan sedih bercampur marah dan berkata, “Please
brother, I am not a begger, I am Palestinian fighting the kuffar Zionist at my
homeland. I came here because I saw your door was open, I am muslim, you are
muslim, and muslim are brothers. If you don’t want to treat me, it doesn’t
matter see you in akhirat. You live here wealthy, but please brother, don’t
forget your brothers out there..” Si Ayah pula kelihatan macam nak marah aje
pemuda tu, dah la datang ke rumah orang bawa barang, orang tak nak, nak membebel
pulak, silap haribulan ada yang makan buah Gayong senja-senja ni...tapi rasa bengang dan nak marah tu rasa macam terkawal sikit disebabkan
kata-kata dan gerak badan pemuda tersebut “punch-line” dia memang ngam dan
masuk ke kalbu.
Si Ayah
membuka pintu pagar kecil dan keluar menuju pemuda tersebut. Anak kecil Si Ayah
yg berusia 7 tahun pon ikut keluar sekali setelah lama ikut mendengar perbualan
ayahnya dengan pemuda tersebut. “I am so sorry brother, may be this is
miscommunication between us. What I mean is, I don’t want this thing but I am
willing to contribute, and if you are hurt with these words I am so sorry, I
don’t mean to hurt you, we are brothers”. Kata Si Ayah kepada pemuda tersebut.
Apabila melihat Si Ayah keluar dan meminta maaf kepadanya, pemuda tersebut
kelihatan sedikit tersentak. Mungkin first time kot ada orang minta maaf kepada
dia, mungkin selama ni dia kena halau atau maki aje, tapi kali ni ada orang
minta maaf pulak… sebab sentakan dia ketara sekali..
Foto: Gopher Wood craft yang "dihadiahkan" oleh pemuda Palestin tersebut. Ini adalah satu dari tiga kraf yang diperolehi. Banyak khasiatnya seperti yang diberitahu oleh pemuda palestin itu. Untuk makluman gopher wood ini adalah kayu yang digunakan untuk membina kapal Nabi Nuh a.s.
Setelah beberapa detik, pemuda itu mula reda, tetapi
air mata masih mengalir membasahi pipinya. Pemuda tersebut berkata, “Brother,
you can take all these gopher crafts, please receive them, these are really my
hadiah to you.. I really mean it.” Pemuda itu terus mengorak langkah sambil
mula melangkah pergi dan memberi salam, “Assalamualaikum, see you in Jannah
insyaAllah.” Si Ayah mula rasa bengang sekali lagi sambil berkata, “Weii
brother, don’t do like this, how about my contribution to Palestine?” Pemuda
itu berhenti melangkah, “No brother, no need to contribute… we only need your doa
to Palestine, it is more than enough.. I am blessed today to meet you Syed
YYYYY, The Ahlul-Bait, this is my destiny to meet you here at this moment.”
Pemuda itu mula melangkah lagi. Si Ayah mula meninggikan suara, “Woiii
brother!!, I will give you both, doa and contribution, please stop if you
really respect me.”
Mendengar
kata-kata itu pemuda tersebut berhenti dan berpatah balik sambil berkata, “I am
sorry brother, please forgive me, I don’t mean to hurt you.” Mendengar
kata-kata itu Si Ayah menjawab, “It is OK, but I really don’t like your
attitude… just make it short, do you have any bank’s account number, may be I
can give my zakat through this bank.” Pemuda itu kelihatan agak terkejut,
kelihatan air mata mula mengalir lagi mendengar kata Si Ayah. Pemuda tersebut
mengiyakan bahawa dia memiliki akaun bank. Hebat memori pemuda tersebut, dia
menghafal nombor akaun bank tersebut. Mendengar nombor yang disebut oleh pemuda
itu, Si Ayah memberi tahu bahawa dia memerlukan pen dan akan mengambilnya
sekejap di dalam rumah. Si anak kecil yang dari tadi berada di sisi Si Ayah
masih kekal berada di situ ketika Si Ayah masuk ke dalam rumah mengambil
sebatang pen. Mata Si Ayah tetap memerhati pemuda dan Si anak, kelihatan pemuda
itu bercakap dengan si anak.
Si Ayah
kembali keluar dari rumah setelah mendapatkan sebatang pen. Melihat Si Ayah
kembali, pemuda itu terus berkata, “Subhanallah brother, your daughter name is
Khadijah, it is Prophet Muhammad s.a.w wife name, subhanallah..” Si ayah hanya
mengiyakan kata-kata pemuda tersebut dan terus meminta pemuda tersebut menyebut
kembali nombor akaun bank dan menyalinnya di atas sehelai kertas. Setelah habis
menulis nombor akaun tersebut, pemuda itu memeluk Si Ayah sekali lagi, keluar
lagi air matanya..”brother this is my destiny to meet you..” Pemuda tersebut
melepaskan pelukan dan berkata, “Good bye brother, assalamualaikum.” Salam
tersebut dijawab oleh Si Ayah, pemuda itu terus melangkah pergi diiringi azan
maghrib yang memecah keheningan. Si Ayah memerhati pemergian pemuda tersebut…
matanya pula bergenang dengan airmata..
Malam itu Si
Ayah menghantar foto kraft tersebut ke dalam wasap grup. Antara reply yang
diperolehi dari ahli wasap grup ialah kraft tersebut macam ada dijual di Nilai
3..” Hi Hi Hi… kena tipu ke aku ni?” Kata Si Ayah di dalam hati.. namun Si Ayah
anggap itu satu perkara yang tidak penting, itu urusan pemuda itu dengan
Allah.. urusan Si Ayah memberi sokongan kepada perjuangan Palestine. Esok
pagi-pagi lagi Si Ayah pergi ke bank dan memasukkan sejumlah wang zakat ke
dalam akaun tersebut. “In ahsantum ahsantum li anfusikum, wa in asa’tum falaha”.
No comments:
Post a Comment