Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Wednesday, October 7, 2015

CHRONIC LYMPHOCYTIC LEUKEMIA (CLL) PENYAKIT YAHUDI DI KALANGAN MELAYU?

Di suatu malam di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka tanah air, di dalam sebuah bilik wad VIP, seorang warga emas yang telah berusia lebihkurang 75 tahun sedang menjalani rawatan chemotherapy. Bersamanya ketika itu anak perempuan dan anak lelaki warga emas tersebut, kebetulan, doctor pakar darah hospital berkenaan masuk ke dalam bilik wad itu untuk memantau pesakitnya. Kesempatan ini digunakan oleh anak lelaki warga emas tersebut untuk mendapat penjelasan dari doctor berkenaan.

“Doktor, saya dimaklumkan bahawa ayah saya mengidap CLL, dan penyakit ini kelihatan unik?” Tanya anak lelaki warga emas tersebut membuka bicara. “Memang benar, penyakit ni memang rare dikalangan orang-orang kita disebelah sini.” Jawab doctor tersebut secara ringkas. “Oooo, memang rarela ye… tindak balas badan ayah saya yg kesejukan masa mula-mula terima rawatan ni pulak macamana, biasa ke begitu?” Tanya anak lelaki itu lagi. “Hmmmm.. itu pon sebenarnya jarang2 berlaku… rare juga tu.” Jawab doctor itu sambil tersenyum. Doktor tersebut bercakap pula dengan anak perempuan warga emas tersebut, “Saya minta diri dulu, kalau ada apa2 reaksi dan respon dari rawatan ni just maklumkan sahaja pada nurse bertugas, tadi itu mungkin volume rate yg diberi tinggi sikit, sekarang dah dikurangkan, insyaAllah OK.” Selepas itu doctor tersebut pun meninggalkan bilik wad.

Sebelum dari itu, abang ipar anak lelaki warga emas itu telah memaklumkan dalam aplikasi whatsap keluarga bahawa ayah mengidap CLL. Carian google pon dilakukan, dan apa yang menarik maklumat yang diperolehi amat mengujakan. Berikut ialan hasil carian tersebut:

“This type of cancer is rarely diagnosed in individuals under the age of 40 and is typically found in those over 70 years old. It is more common in Jewish people of Russian or East European descent and affects more men than women.


Anak lelaki warga emas itu tersenyum dengan apa yang diperolehinya, ada hikmah disebalik sakit yang dihidapi ayahnya, sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Teringat pada Lost Tribe dan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia. Laluan pengkajian telah terbuka luas, sedikit demi sedikit kisah silam terzahir semula. Itulah kelebihan sejarah reality, suatu yang bukan fantasi dan boleh dibuktikan secara saintifik. Semoga kita semua, terutama pengkaji sejarah realiti berada di jalan yang lurus dan tidak tergolong dikalangan orang yang sesat dan menyesatkan. Amin.

5 comments:

  1. Bermaksud..arwah nenek dan saya..adalah keturunan yahudi..:)?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bergantung kpd persepsi masing2.. :-)

      Delete
    2. As Salam...hamba pernah menonton video di yOutube mengenai kajian yg sdg dijalankan oleh saintis2 Yahudi melalui sampel ujian DNA sudah berjaya menemui 12 drpd 13 suku Yahudi yg bertebaran ke seluruh dunia ini setelah terpisah dr Jerussalem kerana lari drpd pemerintah yg kejam & ditindas...TETAPI mereka terkejut apabila ujian DNA yg diambil dr bangsa Melayu di Nusantara mendapati 99% ada tepat dgn mereka..menurut kitab lama mereka terdapat mitos bahawa bila hampir kiamat nanti akan ada 1 suku mereka cari itu sudah meninggalkan agama asal mereka lalu menganut agama suci Nabi akhir zaman (yakni Islam) & akan menjadi pengikut kuat & berjuang bersama Imam Mahadi (dipercayai mereka adalah Bani Tamim) menyembelih semua Yahudi yg menjadi tentera2 Dajjal....ceramah Ustat Don juga ada menceritakan kisah ini...

      Delete
  2. Thanks for sharing your thoughts. I really appreciate your efforts and I am waiting for your
    next post thank you once again.

    Feel free to surf to my site: กระเป๋าสตางค์

    ReplyDelete
  3. After reading your article you must know what I have written here dr. ryan shephard .This one is being written after getting inspiration from you.

    ReplyDelete