Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Friday, April 23, 2010

Melaka: Penemuan Terbaru

Berikut adalah petikan dari akhbar Berita Harian bertarikh 17.04.2010 untuk bacaan dan renungan semua. Sedikit demi sedikit sejarah yang cuba dipadam penjajah menZAHIR SEMULA.. Lebih banyak persoalan akan timbul selepas ini..

Kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278: Penyelidik

MELAKA: Sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan Melaka mendapati kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278 dan bukannya pada 1400 sebagaimana diketahui umum selama ini. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata 1278 itu dipilih berdasarkan kepada Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu, salah seorang kerabat diraja Johor ketika itu yang ditugaskan menyalin naskhah itu, yang menjadi asas rujukan dan sumber oleh kumpulan penyelidik berkenaan.

"Jawatankuasa Penyelidik bersetuju Melaka bermula sebagai satu entiti politik yang dikenali sebagai Kesultanan Melayu Melaka di alam Melayu pada 1278," katanya. Bercakap kepada pemberita di sini, Mohd Ali berkata hasil penyelidikan itu dibentangkan kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di pejabatnya di Ayer Keroh di sini, semalam. Jawatankuasa penyelidik dengan 15 anggota itu dipengerusikan Naib Canselor Kolej Universiti Islam Melaka, Prof Emeritus Datuk Wira Dr Mohd Yusoff Hashim manakala ketua penyelidik Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Jawatankuasa itu diberi tugas membuat kajian dan penyelidikan bagi mengenalpasti tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka sebagai satu entiti politik di alam Melayu dan memulakan penyelidikan pada Jun tahun lalu. Mohd Ali berkata kumpulan penyelidik berkenaan menolak 1400 sebagai tahun kerajaan Melayu Melaka diasaskan kerana ia hanya berdasarkan kepada kesepakatan sarjana barat, bukan berdasarkan kepada fakta sejarah. "Suma Oriental (dunia Timur) yang ditulis oleh Tome Pires pada 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap, bukan dokumen bertulis, dan menyatakan bahawa Melaka bermula sebagai satu entiti politik pada 1400," katanya. Diketahui umum, Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara antara 1400 dan 1403.

Berikutan penemuan baru itu, Mohd Ali berkata satu seminar akan diadakan pada tahun ini bagi membincangkan lebih lanjut perkara berkenaan. Sementara itu, Dr Abdullah Zakaria berkata mereka menjalankan penyelidikan dan kerja lapangan di negara ini dan Indonesia. Beliau berkata tahun penubuhan kerajaan Melayu Melaka adalah berasaskan tempoh pemerintahan Raja-raja Melaka seperti yang dikisahkan dalam Sulalatus Salatin versi Raja Bongsu. Katanya mereka juga mempunyai bukti lain yang dapat mengesahkan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada 1278. - Bernama

Sunday, April 18, 2010

Cerita Tentang Telaga

Foto 1: Telaga yang telah tertimbus oleh tanah dan sampah sarap di Istana Raja Bersiong. Kelihatan suasana yang amat dhaif dan teramat hina terhadap satu tapak sejarah peninggalan bangsa.


Foto 2: Telaga di Kota Ngah Ibrahim yang telah ditimbus oleh penjajah British setelah mereka menguasai kota tersebut. Telaga ini kemudiannya telah ditemui kembali oleh pasukan arkeologi tempatan pada tahun 2003.




Foto 3: Telaga yang dibina oleh penjajah British setelah menimbus telaga asal yang terdapat di Kota Ngah Ibrahim.



Foto 4: Keterangan yang terdapat di tapak telaga asal Kota Ngah Ibrahim. (Sila click gambar untuk bacaan yang lebih jelas)




Foto 5: Keterangan yang terdapat di hadapan Muzium Taiping, Perak. Sesuatu yang amat bagus untuk difikirkan ialah muzium pertama di Malaysia terdapat di Perak dan muzium ini di asaskan oleh penjajah British. Berbalik kepada cerita telaga, kenapa telaga asal di Kota Ngah Ibrahim ditimbus dan pada masa yang sama beriya-iya pula membina muzium? (Sila click di gambar untuk bacaan yang lebih jelas)
Jika dilihat kepada foto telaga Istana Raja Bersiong dan foto asal telaga Kota Ngah Ibrahim, kedua-duanya mempunyai struktur binaan dan susun atur bata yang sama. Tetapi, susun atur bata pada telaga yang dibina oleh penjajah British berbeza sama sekali. Jika persamaan susun atur bata itu diambil kira, persoalan yang mungkin wujud ialah apakah hubungkait Istana Raja Bersiong dengan Kota Ngah Ibrahim? Sekarang ini telaga Istana Raja Bersiong masih tertimbus oleh tanah dan sampah, manakala telaga Kota Ngah Ibrahim yang telah ditimbus penjajah telah digali dan dibersihkan. Penguasaan penjajah dalam menentukan dan membentuk sejarah negara perlu diberikan perhatian serius jika kita benar-benar ingin bebas dan merdeka dari penjajahan. Selagi Istana Raja Bersiong terbiar sepi dan dihina sedemikian rupa “KITA” sebenarnya masih belum merdeka dalam erti kata yang sebenar.. kerana kita masih “TAKUT”..