Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Sunday, December 31, 2017

SELAMAT TINGGAL 2017 SELAMAT DATANG 2018



Masa berlalu begitu pantas, pejam celik hari ini sudah pun 31 Disember 2017. Usia blog CATITAN SANTAI ini pun telah mencecah 8 tahun. Nampaknya sepanjang tahun 2017 tiada sebarang posting yang dibuat melainkan posting ini. Memandangkan tahun ini merupakan tahun yang amat mencabar terutamanya dalam usaha menamatkan pengajian Ph.D (Sains Nuklear) di UKM secara sambilan, banyak masa diberikan bagi tujuan tersebut. InsyaAllah bermula tahun 2018 blog ini akan kembali aktif dengan penulisan santai yang akan merangkumi pelbagai aspek dan bidang tidak hanya memfokus kepada sejarah realiti seperti apa yang diperaktikkan selama ini. Namun begitu, sejarah dan apa sahaja yang berkaitan Melayu, Silat dan Keris tetap menjadi keutamaan penulis. Semoga tahun 2018 dan yang mendatang memberi rasa kesedaran dan kebangkitan kepada kita semua dalam memperjuangkan kebenaran dan membongkar semula sejarah dan apa sahaja yang telah diGELAPkan. Selamat tahun baru 2018.
 Foto 1: Kata semangat dan motivasi 2018