Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Wednesday, October 7, 2015

CHRONIC LYMPHOCYTIC LEUKEMIA (CLL) PENYAKIT YAHUDI DI KALANGAN MELAYU?

Di suatu malam di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka tanah air, di dalam sebuah bilik wad VIP, seorang warga emas yang telah berusia lebihkurang 75 tahun sedang menjalani rawatan chemotherapy. Bersamanya ketika itu anak perempuan dan anak lelaki warga emas tersebut, kebetulan, doctor pakar darah hospital berkenaan masuk ke dalam bilik wad itu untuk memantau pesakitnya. Kesempatan ini digunakan oleh anak lelaki warga emas tersebut untuk mendapat penjelasan dari doctor berkenaan.

“Doktor, saya dimaklumkan bahawa ayah saya mengidap CLL, dan penyakit ini kelihatan unik?” Tanya anak lelaki warga emas tersebut membuka bicara. “Memang benar, penyakit ni memang rare dikalangan orang-orang kita disebelah sini.” Jawab doctor tersebut secara ringkas. “Oooo, memang rarela ye… tindak balas badan ayah saya yg kesejukan masa mula-mula terima rawatan ni pulak macamana, biasa ke begitu?” Tanya anak lelaki itu lagi. “Hmmmm.. itu pon sebenarnya jarang2 berlaku… rare juga tu.” Jawab doctor itu sambil tersenyum. Doktor tersebut bercakap pula dengan anak perempuan warga emas tersebut, “Saya minta diri dulu, kalau ada apa2 reaksi dan respon dari rawatan ni just maklumkan sahaja pada nurse bertugas, tadi itu mungkin volume rate yg diberi tinggi sikit, sekarang dah dikurangkan, insyaAllah OK.” Selepas itu doctor tersebut pun meninggalkan bilik wad.

Sebelum dari itu, abang ipar anak lelaki warga emas itu telah memaklumkan dalam aplikasi whatsap keluarga bahawa ayah mengidap CLL. Carian google pon dilakukan, dan apa yang menarik maklumat yang diperolehi amat mengujakan. Berikut ialan hasil carian tersebut:

“This type of cancer is rarely diagnosed in individuals under the age of 40 and is typically found in those over 70 years old. It is more common in Jewish people of Russian or East European descent and affects more men than women.


Anak lelaki warga emas itu tersenyum dengan apa yang diperolehinya, ada hikmah disebalik sakit yang dihidapi ayahnya, sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Teringat pada Lost Tribe dan Iskandar Zulkarnain dari Macedonia. Laluan pengkajian telah terbuka luas, sedikit demi sedikit kisah silam terzahir semula. Itulah kelebihan sejarah reality, suatu yang bukan fantasi dan boleh dibuktikan secara saintifik. Semoga kita semua, terutama pengkaji sejarah realiti berada di jalan yang lurus dan tidak tergolong dikalangan orang yang sesat dan menyesatkan. Amin.

Saturday, August 29, 2015

GOPHER WOODS, PALESTIN, MELAYU, YAMEN DAN SYED

Suatu petang yang hening di sebuah taman perumahan, sekeluarga baru pulang dari menghantar salah seorang ahli keluarga pulang ke sekolah berasrama penuh. Cuaca yang agak mendung menjadikan suasana agak gelap sedikit ditambah pula dengan waktu maghrib yang hampir tiba. Setelah pintu pagar ditutup, masing-masing masuk ke dalam rumah. Si Ayah tidak masuk lagi ke dalam rumah kerana mencari kucing welfare yang biasanya ada di situ untuk diberi makan. Namun kucing tersebut tiada di tempat biasanya. Kucing tersebut mengalami masalah selsema dan sentiasa bersin sambil terkeluar hingus kekuningan… hissh. “Mana pulak perginya Si Abe ni? Bolehla buka pintu nak menghirup udara segar..”, berkata Si Ayah di dalam hatinya. Selalunya pintu rumah akan ditutup untuk menghalang kucing tersebut masuk dan bersin di dalam rumah. Si Ayah pon masuk ke dalam rumah sambil membelek akhbar yang belum sempat lagi dibaca pada hari itu sambil melunjurkan kaki untuk melepaskan keletihan setelah meredah perjalanan yang meletihkan.

Tiba-tiba terdengar seseorang memberi salam di luar pintu pagar. Si Ayah lantas bangun dan menjawab salam tersebut. “Siapa pulak ni?”, terdetik di dalam hati. Seorang pemuda tersenyum di luar pagar sambil mengendong bag galas di belakangnya. “I am sorry Brother, my name is XXXXX and I am from Palestine. Can you give me time just before Maghrib.” Kata pemuda tersebut, lantas dijawab oleh Si Ayah,”No problem brother”, sambil sedikit tersenyum. “What is your name brother?” Tanya pemuda itu sambil mengeluarkan sesuatu dari bagnya. “My name is YYYYY”, jawab Si Ayah. “So Brother YYYYY, I have something for you, this is hadiah for you”, kata pemuda itu. Si Ayah rasa sedikit terganggu dengan kata-kata pemuda tersebut, maklumla dah banyak kali dah jumpa warga asing yang menjual tetapi menyebut hadiah. Si Ayah menjawab, “Sorry brother, I don’t need that thing”. Kata-kata tersebut menyebabkan pemuda tersebut terdiam, kemudian berkata “Ooo brother, I came from Palestine and there are 40 Palestinian studying at UIA.., this is for you, and I need just a contribution from you”. Si Ayah menjawab,”I don’t need this thing but I will give you contribution”. Mendengar kata-kata Si Ayah, pemuda tersebut kelihatan sedih bercampur marah dan berkata, “Please brother, I am not a begger, I am Palestinian fighting the kuffar Zionist at my homeland. I came here because I saw your door was open, I am muslim, you are muslim, and muslim are brothers. If you don’t want to treat me, it doesn’t matter see you in akhirat. You live here wealthy, but please brother, don’t forget your brothers out there..” Si Ayah pula kelihatan macam nak marah aje pemuda tu, dah la datang ke rumah orang bawa barang, orang tak nak, nak membebel pulak, silap haribulan ada yang makan buah Gayong senja-senja ni...tapi rasa bengang dan nak marah tu rasa macam terkawal sikit disebabkan kata-kata dan gerak badan pemuda tersebut “punch-line” dia memang ngam dan masuk ke kalbu.

Si Ayah membuka pintu pagar kecil dan keluar menuju pemuda tersebut. Anak kecil Si Ayah yg berusia 7 tahun pon ikut keluar sekali setelah lama ikut mendengar perbualan ayahnya dengan pemuda tersebut. “I am so sorry brother, may be this is miscommunication between us. What I mean is, I don’t want this thing but I am willing to contribute, and if you are hurt with these words I am so sorry, I don’t mean to hurt you, we are brothers”. Kata Si Ayah kepada pemuda tersebut. Apabila melihat Si Ayah keluar dan meminta maaf kepadanya, pemuda tersebut kelihatan sedikit tersentak. Mungkin first time kot ada orang minta maaf kepada dia, mungkin selama ni dia kena halau atau maki aje, tapi kali ni ada orang minta maaf pulak… sebab sentakan dia ketara sekali..

 Pemuda tersebut memandang muka Si Ayah dan bertanya,”Are you Malay?”. Si Ayah menjawab, “Yes, I am Malay”. Pemuda tersebut membalas dengan kata,”But you are not looking like a typical Malay”. Pemuda tersebut meneruskan perbualan berkaitan barang yang dibawa, satu set kraftangan dari “Gopher Woods”, banyak khasiatnya dakwa beliau. Tiba-tiba pemuda tersebut bertanya lagi kepada Si Ayah,”Are you from Yamen?”. Si Ayah menafikan dan menyatakan bahawa dia orang Melayu. Kelihatan seperti ada sesuatu dalam fikiran pemuda tersebut. Si Ayah menyuruh pemuda tersebut bercerita cepat sedikit kerana Maghrib sudah hampir tiba. Tetapi pemuda itu tiba-tiba terhenti dari bercakap dan bertanya lagi soalan kepada Si Ayah “Are you Syed?”, satu soalan yang menyebabkan Si Ayah berfikir untuk menjawab Ya atau Tidak. Si Ayah pon menjawab sambil tersenyum,”I am not Syed, but my great grandfathers were Syed”. Mendengar jawapan tersebut pemuda itu membetulkan kedudukannya sambil bertanya,”WHY?, why don’t you use Syed in your name?”. Si Ayah menjawab, “About 200 years ago, there was a great war between these Syed against kuffar of British and Thai. The Syed were the Kings of this land long time ago..”  Pemuda itu memandang Si Ayah sambil matanya bergenang air mata.. dia bergerak ke hadapan lantas memeluk erat tubuh Si Ayah, “This is what has happened in all Muslim world.. The Zionist laknatullah plans. I know how you feel, I can feel it, that’s why I asked about yourself… I feel something in you.” Si Ayah agak terkejut dengan tindakan dan kata-kata pemuda tersebut. Si Ayah pon berkata, “OK, brother… don’t cry”, dalam masa yang sama sebenarnya Si Ayah pon ingin turut menangis, tapi cuba sedaya upaya supaya air mata tidak bercucuran…


Foto: Gopher Wood craft yang "dihadiahkan" oleh pemuda Palestin tersebut. Ini adalah satu dari tiga kraf yang diperolehi. Banyak khasiatnya seperti yang diberitahu oleh pemuda palestin itu. Untuk makluman gopher wood ini adalah kayu yang digunakan untuk membina kapal Nabi Nuh a.s.

Setelah beberapa detik, pemuda itu mula reda, tetapi air mata masih mengalir membasahi pipinya. Pemuda tersebut berkata, “Brother, you can take all these gopher crafts, please receive them, these are really my hadiah to you.. I really mean it.” Pemuda itu terus mengorak langkah sambil mula melangkah pergi dan memberi salam, “Assalamualaikum, see you in Jannah insyaAllah.” Si Ayah mula rasa bengang sekali lagi sambil berkata, “Weii brother, don’t do like this, how about my contribution to Palestine?” Pemuda itu berhenti melangkah, “No brother, no need to contribute… we only need your doa to Palestine, it is more than enough.. I am blessed today to meet you Syed YYYYY, The Ahlul-Bait, this is my destiny to meet you here at this moment.” Pemuda itu mula melangkah lagi. Si Ayah mula meninggikan suara, “Woiii brother!!, I will give you both, doa and contribution, please stop if you really respect me.”

 Mendengar kata-kata itu pemuda tersebut berhenti dan berpatah balik sambil berkata, “I am sorry brother, please forgive me, I don’t mean to hurt you.” Mendengar kata-kata itu Si Ayah menjawab, “It is OK, but I really don’t like your attitude… just make it short, do you have any bank’s account number, may be I can give my zakat through this bank.” Pemuda itu kelihatan agak terkejut, kelihatan air mata mula mengalir lagi mendengar kata Si Ayah. Pemuda tersebut mengiyakan bahawa dia memiliki akaun bank. Hebat memori pemuda tersebut, dia menghafal nombor akaun bank tersebut. Mendengar nombor yang disebut oleh pemuda itu, Si Ayah memberi tahu bahawa dia memerlukan pen dan akan mengambilnya sekejap di dalam rumah. Si anak kecil yang dari tadi berada di sisi Si Ayah masih kekal berada di situ ketika Si Ayah masuk ke dalam rumah mengambil sebatang pen. Mata Si Ayah tetap memerhati pemuda dan Si anak, kelihatan pemuda itu bercakap dengan si anak.

Si Ayah kembali keluar dari rumah setelah mendapatkan sebatang pen. Melihat Si Ayah kembali, pemuda itu terus berkata, “Subhanallah brother, your daughter name is Khadijah, it is Prophet Muhammad s.a.w wife name, subhanallah..” Si ayah hanya mengiyakan kata-kata pemuda tersebut dan terus meminta pemuda tersebut menyebut kembali nombor akaun bank dan menyalinnya di atas sehelai kertas. Setelah habis menulis nombor akaun tersebut, pemuda itu memeluk Si Ayah sekali lagi, keluar lagi air matanya..”brother this is my destiny to meet you..” Pemuda tersebut melepaskan pelukan dan berkata, “Good bye brother, assalamualaikum.” Salam tersebut dijawab oleh Si Ayah, pemuda itu terus melangkah pergi diiringi azan maghrib yang memecah keheningan. Si Ayah memerhati pemergian pemuda tersebut… matanya pula bergenang dengan airmata..

Malam itu Si Ayah menghantar foto kraft tersebut ke dalam wasap grup. Antara reply yang diperolehi dari ahli wasap grup ialah kraft tersebut macam ada dijual di Nilai 3..” Hi Hi Hi… kena tipu ke aku ni?” Kata Si Ayah di dalam hati.. namun Si Ayah anggap itu satu perkara yang tidak penting, itu urusan pemuda itu dengan Allah.. urusan Si Ayah memberi sokongan kepada perjuangan Palestine. Esok pagi-pagi lagi Si Ayah pergi ke bank dan memasukkan sejumlah wang zakat ke dalam akaun tersebut. “In ahsantum ahsantum li anfusikum, wa in asa’tum falaha”.

Friday, May 15, 2015

PROTON: SIMBOLIK MERONG DAN WANGSA, SERTA EMPAYAR TERATAI

Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) merupakan sebuah syarikat kereta kebanggaan negara. Idea penubuhannya telah dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamed semasa berjawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Banyak sudah ranjau yang diharungi oleh syarikat ini namun masih bertahan sehingga ke hari ini. Apa yang menarik untuk diperkatakan dalam penulisan kali ini ialah berkaitan lambang yang digunakan oleh Proton. Lambang Proton telah berevolusi sehinggalah lambang yang digunakan sekarang. Apa yang tersurat pada lambang tersebut ialah HARIMAU@WANGSA dan yang tersirat pula ialah NAGA@MERONG.

 Foto 1: Lambang Proton sebagai simbolik MERONG dan WANGSA

Penguasaan Proton dalam syarikat pengeluar kereta British,  LOTUS juga memberi persepsi yang menarik. Walaupun ianya mungkin kebetulan tetapi suatu kebetulan yang cantik kerana MERONG dan WANGSA tidak boleh dipisahkan dengan EMPAYAR TERATAI. Merong Maha Wangsa dan Empayar Teratai adalah suatu legasi turun temurun. Signature ini ditinggalkan dalam pelbagai bentuk abstract dan simbolik untuk menzahirkan kewujudan legasi ini. Apa yang diperkatakan ini bukanlah suatu yang menghairankan kerana Tun Dr Mahathir juga merupakan sebahagian dari legasi ini.
Foto 2: Lambang dari syarikat kereta British, LOTUS.

Bagi mereka yang sudah mengetahui dan memahami tulisan santai ini, terutamanya yang merupakan sebahagian dari legasi ini gunakanlah Proton dan Lotus dengan “Pride and Proud”. Diharap dengan sokongan padu rakyat Malaysia, Proton mampu menghasilkan kereta yang lebih bermutu sesuai dengan legasi yang dibawa olehnya.