Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Monday, August 23, 2010

Legasi Persilatan Merong Maha Wangsa

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia merupakan sebuah pertubuhan silat yg pertama didaftarkan secara sah di tanah air pada 22.10.1963. Tetapi sejarah permulaannya lebih awal lagi apabila 7 orang murid pertama mahaguru dilatih untuk mempertahankan Pulau Sudong, Singapura dari kekejaman tentera Jepun pada 17.02.1942. Dipimpin oleh Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman pertubuhan ini telah memberi impak yang besar dalam perkembangan persilatan tanah air. Penglibatan Dato’ Meor dengan ilmu persilatannya secara langsung dalam rentetan peristiwa yang mencabar agama, bangsa dan tanah air menyerlahkan beliau dan persilatannya bukan sahaja di tanah air tercinta ini bahkan menjangkaui sempadan geografi keseluruh dunia. Ciri global yang dimiliki beliau mengingatkan kita tentang kehebatan Hang Tuah. Hebatnya Hang Tuah pada ilmu persilatannya dan begitu juga yang telah dipamerkan oleh Dato’ Meor semasa hidupnya.

Setiap persilatan mempunyai lambang masing-masing yang menunjukkan identity perguruan, begitu juga Silat Seni Gayong mempunyai lambang tersendiri. Lambang Silat Seni Gayong merupakan sesuatu yang unik dan amat berbeza dengan lambang persilatan lain yang wujud di tanah air ini. Sedari dulu lagi apabila orang ramai melihat lambang ini pasti keluar suara-suara seperti “..apala silat guna naga... kung fu Cina ka?..” dan banyak lagi yang kurang enak didengar. Namun suara sumbang itu tidak menjejaskan Silat Seni Gayong malahan terus berkembang pesat walaupun wujud perpecahan yang melahirkan pelbagai aliran Gayong tetapi kesemuanya masih bersatu dengan memperakukan bahawa Dato’ Meor Abdul Rahman sebagai mahaguru.

Pembongkaran sejarah reality yang berasaskan cerita turun temurun keluarga di dalam blog sejarahnagarakedah telah memberi satu impak yang besar dalam usaha memahami sejarah tanah air. Walau pun wujudnya kontra yang jelas dengan sejarah mainstream tetapi fakta dan maklumat yang dikemukakan oleh blog sejarahnagarakedah tidak boleh dipandang ringan. Penerimaan kepada sesuatu fakta dan maklumat kebiasaannya berasaskan kepada kebenaran maklumat dan keyakinan seseorang kepada maklumat yang diterima. Maka di sini akan wujud perbezaan pendapat kerana keyakinan seseorang kepada suatu perkara bergantung kepada maklumat sedia ada yang wujud dalam mindanya. Yang penting setiap maklumat baru yang diterima akan meningkatkan keyakinan diri dan jati diri seseorang. Minda seseorang akan berserabut jika banyak persoalan yang tidak terjawab bermain dalam fikirannya, tetapi jika maklumat yang diterima boleh menjawab persoalan tersebut ianya adalah suatu nikmat anugerah yang amat berharga dan tidak boleh diketepikan.

Merong Maha Wangsa yang membawa maksud secara literal sebagai “Naga Pemimpin Puak Harimau” memberi satu perspektif baru dalam memahami asal usul dan susur galur perguruan Silat Seni Gayong ini. Ilmu persilatan ini yang diwarisi turun temurun oleh para raja, panglima, pahlawan dan hulubalang dahulu kala digunakan secara efektif dalam mempertahankan agama, bangsa dan tanah air melalui serangan ala guerilla berteraskan konsep berimau, berimba dan bergayong. Apa yang menariknya, perlambangan Merong Maha Wangsa itu wujud dengan jelas pada lambang Silat Seni Gayong dan menjelaskan lagi susur galur sebenar ilmu persilatan ini.




Imej1: Lambang yang digunakan oleh Silat Seni Gayong. Kelihatan dengan jelas komponennya yang terdiri dari Naga, Bengkung Mahaguru, Harimau, Dua bilah Keris, Pedang Zulfakar, Kendi, Bumi serta Bulan dan Bintang.
Jika diteliti pada lambang tersebut perlambangan Merong Maha Wangsa boleh diperjelaskan seperti berikut.
Imej2: Merong yang membawa maksud Naga dalam bahasa Siam melambangkan kekuasaan di perairan. Merujuk kepada kehebatan armada angkatan laut empayar rumpun Melayu dahulu kala yang menguasai perairan dan digeruni oleh para musuh.



Imej3: Komponen bengkung mahaguru itu jika diperhatikan kelihatan seperti “dua tanduk”, ini merujuk kepada pemimpin dan penakluk yang agong yang memiliki dua tanduk dan empayarnya merentasi timur dan barat, beliau yang dimaksudkan ialah Iskandar Zulkarnain. Raja-raja Melayu dahulukala yang memerintah di tanah air ini merupakan titisan dari zuriat Iskandar Zulkarnain.




Imej4: Harimau itulah Wangsa yang bermaksud “Puak Harimau”. Puak harimau inilah yang berjuang mempertahankan agama, bangsa dan tanah air dengan berteraskan konsep BERIMAU, berimba dan bergayong.
Perlambangan di atas hanya merujuk kepada apa yang TERSURAT sahaja kerana bagi yang TERSIRAT itu biarlah ianya tersimpan dipurbakala dan menyusur semula bagi mereka yang mengkaji dan berfikir.

Saturday, August 7, 2010

Kedatangan Islam Di Australia Dibawa Oleh NELAYAN Dari Asia Tenggara?

Artikel berkaitan Islam di Australia ini dipetik dari web http://www.abc.net.au/religion Sesuatu yang menarik untuk difikirkan...

The history of Islam in Australia pre-dates European settlement. From 1650, Muslim fisherman from South East Asia communicated and traded with Aborigines from Australia's north. Some inter-marriage occurred. In the 1860s, some 3000 camel drivers - with camels - came from Afghanistan and the Indian sub-continent. This group contributed to the exploration of the Australian outback, working on both the railway line between Port Augusta and Alice Springs, and the Overland Telegraph Line from Adelaide to Darwin, which connected Australia to London via India.
Since the late 1960s there have been a number of significant Muslim migrations into Australia, most notably from Turkey and Lebanon. In the 1990s, refugees and migrants from the Horn of Africa, Afghanistan, Iran, Iraq, Bosnia-Herzegovina, Albania, Indonesia and Malaysia have all made their home in Australia.Some Islamic societies in Australia are affiliated with AFIC (The Australian Federation of Islamic Councils), which does not control the individual societies but gives a public voice and face to Islam, both in state and federal politics and matters of community representation. Between 1991 and 1996, the Muslim community grew by 36 per cent (approx. 53 000). In 1996, there were over 280,000 Muslims in Australia, belonging to over 70 ethnic groups (ABS).
Ini adalah pendapat mainstream kerana ia dipetik dari sebuah laman web badan penyiaran Australia. Ayat “ From 1650, Muslim fisherman from South East Asia..” amat menarik untuk difikir, direnung dan dikaji. Berkemungkinan ayat tersebut benar dan mungkin juga ayat tersebut cuba MENYEMBUNYIKAN sesuatu. NELAYAN dari bahagian Asia Tenggara manakah mereka ini? Adakah nelayan ini yang meninggalkan nama-nama tempat seperti Terang, Nerang, Nanga dan Tanah Merah? Jika sekiranya kita anggap ayat tersebut benar belaka, akan timbul juga persoalan iaitu jika nelayan mereka boleh belayar hingga ke Australia, macam mana pulak dengan ANGKATAN LAUT mereka? Secara logiknya sudah tentulah lebih hebat dari nelayan tersebut. Jadii....?
Peta moden menunjukkan Negara-negara Asia Tenggara dan sedikit bahagian utara Australia. Berapa lamakah pelayaran nelayan tersebut untuk sampai ke Australia? Jika nelayan itu dari Timor Timur hendak ke Darwin pun jaraknya sudah lebih kurang 400 batu.