Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Wednesday, December 31, 2014

MONGOLIAN BLUE SPOT: TANDA BANGSA RAJA?

Foto 1: Mongolian Blue Spot pada bayi Taiwan (foto diambil dari Wikipedia)

Kajian tentang Mongolian Blue Spot ini telah dilakukan oleh Erwin Balz apabila beliau mendapati terdapat tanda kebiruan pada bayi Jepun. Beliau mempercayai bahawa ciri ciri ini ada kaitannya dengan bangsa Mongol lantas menamakan fenomena ini sebagai Mongolian Blue Spot. Pada masa sekarang bayi yang dilahirkan dengan tanda ini sudah bertebaran di seluruh dunia, namun begitu ia amat ketara disebelah Asia Timur.

Apa yang menarik untuk difahami ialah bayi-bayi yang dilahirkan di kalangan keluarga keturunan Syarif Yang Di Pertuan  mempunyai tanda ini. Bagi mereka dari keturunan Syarif Yang Di Pertuan yang mempunyai salasilah yang jelas perkara ini boleh menjadi bukti genetik kerana darah “Mongoloid Origin” ini boleh diperolehi dari Pengasas Empayar Mongol India iaitu Zahiruddin Babur Shah yang merupakan cicit piut Genghis Khan.

Tanda Mongolian Blue Spot ini seperti juga tanda pada gigi Premolar Leong (sila klik di sini) merupakan bukti genetik yang wujud yang boleh digunakan untuk membenarkan salasilah keturunan Syarif Yang Di Pertuan. Perkara berkaitan Bangsa Raja ini ada disebutkan di dalam manuskrip Undang-Undang Kedah. Pendapat peribadi penulis, Bangsa Raja ini merujuk kepada satu kelompok keluarga dan keturunan dari Raja dahulu kala. Raja yang sebenar Raja… “THE WARRIOR KING”.


P/S: Akhirnya sempat juga bersantai pada 31.12.2014 ini, kerana pejam celik pejam celik baru sedar dah lama rupanya tak menulis secara santai ni dan tahun 2014 ini masih belum ada posting lagi.. J