Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Tuesday, December 31, 2019

SEJARAH REALITI NAGARA KEDAH MERUPAKAN WACANA ALTERNATIF SEJARAH NEGARA


Dua imej di atas merupakan petikan dari buku "Isu-Isu Pensejarahan: Esei Penghargaan Kepada Dr. R. Suntharalingam oleh Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, terbitan Penerbit USM, 2014". Petikan di atas membawa maksud yang jelas bahawa sejarah adalah milik mereka yang menang dan berkuasa. Mereka yang berkuasa pada hari ini akan berusaha menguasai masa lampau dengan pelbagai cara untuk memastikan kuasa yang berkekalan. Bagi mereka yang sudah hilang kuasa dan dipinggirkan oleh sejarah utama (mainstream) akan cuba menzahirkan semula sejarah yang telah digelapkan melalui wacana alternatif. Di tanah air kita Malaysia, wacana alternatif ini sepatutnya diterima secara terbuka kerana ianya merupakan realiti masa lampau. Ini juga merupakan cabaran kepada kedua-dua pihak sejarawan mainstream dan alternatif untuk mempertahan sejarah pegangan masing-masing. Walaupun persaingan ini kelihatan tidak seimbang kerana sejarawan mainstream akan sentiasa memihak kepada pihak yang berkuasa, wacana alternatif ini akan terus bergerak untuk mempertahankan kebenaran. Walaupun kedua-dua pihak mendakwa mereka berada di pihak yang benar, itu semua adalah lumrah, kerana semua akan mendakwa mereka dipihak yang benar. Hakikatnya kebenaran tidak memerlukan kuasa untuk ditegakkan, kerana kebenaran itulah yang memberi kuasa untuk menggerakkan wacana alternatif. Selamat Tahun Baru 2020, semoga wacana alternatif sejarah negara akan terus mantap mengharungi cabaran mendatang. 

p/s: posting adhoc untuk tahun 2019 dan sempena ulangtahun ke-10 Blog Catitan Santai.