Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, December 31, 2016

ISLAM DI TANAH MELAYU SEMENJAK ABAD KE-8 MASIHI?


Jika kita meneliti teks buku sejarah yang diajarkan di sekolah, Islam mula masuk ke Tanah Melayu ini apabila Parameswara memeluk Islam sekitar tahun 1400-an iaitu abad ke-15 Masihi. Kelihatan perbezaan yang banyak dan ketara iaitu sebanyak 7 abad! Tapi apa yang penulis ingin sampaikan ialah bagaimana angka abad ke-8 Masihi tersebut diperolehi? Tajuk ini adalah berdasarkan teks ucapan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016.


Foto 1: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2016.

Berikut ialah teks ucapan beliau : “Kini, terdapat 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia dan kehadiran Islam di kepulauan Nusantara ini memperkenalkan suatu hakikat baharu dalam sejarah peradaban Islam sedunia yang membanggakan. Sesungguhnya, Islam tidak tersebar dengan mata pedang. Islam tersebar melalui dakwah dengan kaedah bil hikmah wabil hassanah. Malah di Alam Melayu kita ini, Islam tersebar tanpa kehadiran seorang pun tentera dari mana-mana Kerajaan Islam sama ada dari Timur Tengah atau India. Islam berada di sini sejak abad ke-8 Masehi dan berkembang pesat dengan usaha dakwah para awliya, da'ie dan saudagar dari Tanah Arab. Mereka dengan bijak dan cekap menyatukan seluruh penduduk di Nusantara, Champa dan ribuan kepulauan di rantau ini malah ratusan etnik berbeza dengan satu mazhab aqidah Asy'ariah, satu mazhab Fiqah Syafiiyah, dan pemikiran Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Semua ini dijenterai pandangan Alam Islam dengan satu lingua franca: Bahasa Melayu berhuruf Jawi.
 (Sumber : http://www.bharian.com.my/node/218204 )


Kenyataan ini amat bertepatan sekali jika berdasarkan manuskrip Undang-Undang Kedah (UUK) yang mula ditulis pada tahun 222 Hijrah,. Jika menggunakan mesin pengira calendar 222 Hijrah bersamaan dengan tahun 836 Masihi. Ini adalah waktu UUK mula ditulis setelah wujud sistem pemerintahan Islam di Kedah Tua. Kita boleh mengandaikan yang Islam telah bertapak lebih awal dari itu bermula dengan kedatangan Merong Maha Wangsa yang beristerikan Syarifah Maryam.


Foto 2: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Al Marhum YM Nai Mazlan waris Merong Maha Wangsa yang sejarahnya telah diolah dan dihapuskan oleh penjajah.

Foto di atas mungkin boleh memberi sedikit pencerahan bagaimana kenyataan ini boleh terucap. Kita sememangnya amat memerlukan penulisan sejarah semula dan tidak lagi bergantung kepada sejarah yang bersumberkan penjajah.

Thursday, December 1, 2016

RAZIA SULTAN


Bermula pada 31 Ogos 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 4.00 petang hingga 5.00 petang di TV3 drama bersiri Hindustan yang bertajuk Razia Sultan telah ditayangkan. Berdasarkan kisah benar yang berlaku sekitar tahun 1200 M dahulu semasa pemerintahan Sultan Iltumish dari Kerajaan Delhi. Kisah bagaimana seorang puteri boleh menjadi seorang Sultan yang memerintah Kerajaan Delhi. Lakonan dan skrip yang mantap menjadikan drama bersiri ini tidak jemu untuk ditonton. Kisah pemerintahan Kerajaan Delhi yang penuh dengan perebutan kuasa, pengkhianatan, cinta, jatuh dan bangun dalam perjuangan. Watak Puteri Razia dan pemuda yang bernama Mirza Altunia amat menarik minat penulis. Ungkapan kata yang keluar dari mulut mereka mempunya nilai falsafah dan prinsip kehidupan tersendiri. Sesuatu yang boleh dibuat renungan, dari tingkah laku dan percakapan para putera dan puteri dari golongan Bangsa Raja. Raja yang sebenar Raja. THE WARRIOR KING.




 Video 1: Memaparkan bagaimana penghapusan sejarah boleh dilakukan. Di tanahair ini penghapusan istana dan kota keluarga Merong Maha Wangsa dilakukan oleh pengkhianat dengan kerjasama pakatan Thai-Inggeris.

Drama bersiri Hindustan ini boleh menjadi teladan dan sempadan dalam berdepan dengan pelbagai cabaran samada dalam kehidupan seharian sebagai individu dalam keluarga, masyarakat mahupun dalam negara. Doa sebagai senjata mukmin juga dipaparkan dengan baik dalam babak-babak getir dan genting. Bagi yang belum menonton boleh ikuti ringkasan cerita di Youtube tetapi tanpa sarikata. Selamat menonton.