Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, January 8, 2011

KOTA NGAH IBRAHIM BENTENG EMPAYAR TERATAI

Kota ini telah dibina di atas permatang pasir yang menjalur utara-selatan. Ia terletak 3.7m di atas paras laut. Sungai Melawati pula memotong permatang pasir di sebelah selatan kota. Kedudukan kota ini adalah strategic di mana ia terletak di persimpangan jalan darat dari selatan, timur dan utara. Hubungan laut melalui Sungai Melawati menghubungkan kota ke Selat Melaka di sebelah barat. Sungai Melawati ini dikatakan telah memainkan peranan penting sebagai pelabuhan dan laluan untuk mengangkut dagangan dari Matang ke Pulau Pinang. (Jurnal Arkeologi Malaysia, 3, 1990)
Foto1: Rumah Ngah Ibrahim yang terdapat di dalam kota tersebut. Kelihatan laluan berbatu yang baru dibina melengkari rumah tersebut. Sesungguhnya laluan berbatu ini boleh menghilangkan suatu SIMBOL YANG TERSEMBUNYI yang amat bermakna.
Foto2: Kelihatan susunan batu bata leper pada tembok kota. Batu bata ini mempunyai persamaan dengan bata di beberapa kota dan binaan yang bertaburan di tanah air ini.
Foto3: Keterangan berkaitan runtuhan tembok kota. Kota ini masih boleh dianggap lebih bernasib baik berbanding kota ayahanda beliau Long Jaafar yang terdapat di Bukit Gantang. Begitu juga apa khabar agaknya kota pertahanan datuk moyang beliau di Kampung Batu Pecah Trong?
Foto4: Plan asal Kota Ngah Ibrahim jika dilihat di udara jelas kelihatan TERATAI yang belum mengembang menjadi satu symbol yang tersembunyi untuk tatapan anak cucu yang mahu berfikir. Satu legasi Merong Maha Wangsa seperti yang terdapat pada kota dan binaan lain yang mempunyai hubungkait dengan Merong Maha Wangsa.

6 comments:

  1. tahniah husaini atas ketelitian anta itu. semoga anta berjaya d atas segala bidang yg anta ceburi.

    ReplyDelete
  2. tq Megat, semoga kita smua beroleh kejayaan di dunia dan akhirat, amin.

    ReplyDelete
  3. pernah terjumpa runtuhan kota... org cakap kota long jaafar... dalam kebun getah di changkat jering

    ReplyDelete
  4. Anon 0344, bagus penemuan tu.. menarik. Sudah maklumkan ke Jab Warisan atau Muzium? Seeloknya lokasi dikenalpasti dan rekodkan secara fotografi, dikhuatiri ada anasir yg cuba menghilangkannya. Mungkin juga benar Kota Long Jaafar kerana tempat tu berhampiran sahaja dgn Bukit Gantang yg sememangnya terdapat Kota Long Jaafar.

    ReplyDelete
  5. Takpelah diorg kan anak beranak..

    ReplyDelete
  6. https://www.facebook.com/pages/Srikandi/496613607030536?fref=ts

    ReplyDelete