Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, March 26, 2011

KESAN TINGGALAN EMPAYAR ISLAM BENUA SIAM DI THAILAND

Perjalanan selama 6 hari 5 malam di Thailand membuka minda untuk menilai semula sejarah tanah air tercinta. Tujuan perjalanan ini adalah untuk mencari bukti akan kesahihan dakwaan blog sejarahnagarakedah dan Nai Long Kasim. Perjalanan untuk meninjau tempat dan tinggalan sejarah ini merangkumi Pattani, Saiburi, Telok Manog, Yarang, Songkhla, Nakhon Si Tammarat, Ranong, Ta Chang, Ban Hin Chang, Kra Ishtmus, Ayutthaya dan Lop Buri.
Apa yang menarik untuk difikirkan ialah (1) di mana ada kota lama atau istana lama, di situ ada masjid lama dan perkampungan Islam (2) batu nisan acheh atau kedah tua masih boleh dijumpai di bumi Thailand (3)wujudnya masyarakat Melayu yang masih boleh bertutur bahasa Melayu di kawasan terpencil seperti Ban Hin Chang. Masyarakat di Kampung Ulu di Burma juga masih boleh bertutur bahasa Melayu loghat Kedah (4)Masyarakat Islam di sana menggunakan istilah “masuk Melayu” bagi penganut agama lain yang memeluk agama Islam. Mengingatkan semula istilah “masuk Jawi” yang biasa digunakan di Semenanjung merujuk kepada berkhatan (5) Kebanyakan mereka merujuk kepada Siam itu kafir dan Melayu itu Islam. Keadaan inilah yang mewujudkan konflik dengan kenyataan sejarahnagarakedah yang merujuk Thai itu kafir manakala Siam itu Islam. Tetapi itu bukanlah masalah besar jika difahami bahawa Siam itu adalah salah satu sub etnik Melayu, sama seperti Jawa, Bugis, Batak dan sebagainya (6) Kebanyakan aktiviti ‘restoration’ dan ‘conservation’ tapak sejarah dilakukan semasa pemerintahan King Rama V. Tempias ‘restoration’ dan ‘conservation’ ini terkena juga bagi tapak sejarah di Semenanjung Tanah Melayu semasa era tersebut (7) Wat yang didakwa wujud semasa era Ayuttaya didapati kebanyakannya menghadap kiblat (8) Kebanyakan gadis dan wanita Islam di tempat yang dikunjungi memiliki wajah yang ayu seperti hasil kacukan Cina dan India. Walaupun perkara ini nampak remeh, tetapi ini juga mungkin bukti Empayar Islam Benua Siam mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Dinasti Maharaja China dan Empayar Mughal India.

Foto 1 Masjid Krisek yang berusia sekitar 400 tahun masih berfungsi sebagai sebuah masjid yang digunakan oleh penduduk setempat

Foto 2 dinar emas yang dijumpai di sekitar Pattani menunjukkan wujudnya sebuah kerajaan Islam yang mempunyai sistem pentadbiran dan kewangan yang tersendiri.


Foto 3 Tembok Istana Jebak Puyoh masih tetap terpelihara walaupun dikelilingi kawasan perumahan.


Foto 4 Makam Sultan Ismail Shah pemerintah Pattani yang bernesankan 'batu acheh'

Foto 5 Masjid Lama di Saiburi mempunyai lambang bermotifkan Merong dan Teratai pada bumbungnya.


Foto 6 Masjid Lama di Telok Manog yang berusia lebih 300 tahun mempunyai lambang bermotifkan Merong dan Teratai. Di sekeliling binaannya terdapat banyak ukiran yang simbolik dan tersirat.

Foto 7 Kota lama di Songkhla hanya lebih kurang 50 meter dari sebuah masjid lama. Terdapat patung singa 'baru' pada bucu bucu kota, tetapi ukiran bunganya sama dengan ukiran bunga Masjid Raja di Pattani.

Foto 8 Sebuah makam lama di kawasan Makam Sultan Sulaiman Shah. Batu nesannya sama dengan nesan Merong Maha Wangsa

Foto 9 Kota Ligor di Nakhon Si Tammarat yang meliputi kawasan yang amat luas melebihi keluasan Kota Kuala Kedah.

Foto 10 Batu tanda Segenting Kra yang menjadi sempadan asal wilayah Melayu


Foto 11 Makam Syeikh Ahmad di Ayutthaya. Menurut penduduk setempat makam ini telah cuba dirobohkan tetapi berlaku kejadian yang menghalang perkara itu dari berlaku seperti kerosakan jentera, pekerja jatuh sakit dan sebagainya. Kini makam tersebut menjadi tempat sembahan penganut Buddha.


Foto 12 Wat Suanluang Kangkao di Ayuttaya yang mempunyai ruang lapang dan menghadap kiblat


Foto 13 Struktur binaan dalam kawasan Istana Narai yang mempunya ciri binaan Parsi dan Mughal
Foto 14 Apakah yang ada disebalik timbunan tanah tersebut? Gambar ini diambil di dalam kawasan Istana Narai. Visual ini mengingatkan kembali keadaan binaan dan makam lama yang berada di dalam 'busut' di Semenanjung Tanah Melayu.
Perjalanan ini berjaya menjawab beberapa persoalan dan kemusykilan serta membuktikan kenyataan Nai Long Kasim itu ada benarnya dan tidak boleh dipandang sepi. Di samping itu timbul juga beberapa soalan baru yang boleh menjadi guide kepada kajian seterusnya, kajian untuk mencari jawapan kepada persoalan. Soalan itu semudah soalan yang biasa didengar oleh ahli Silat Seni Gayong seperti, Siapa Gayong? Di mana Gayong? Ke mana Gayong? Maka jawapannya terserahlah kepada masing masing yang empunya diri yang telah melihat, mendengar dan merasainya.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Saudara Husaini,
    Tengok pada tembok kota Ligor tu, macam ada sikit persamaan pulak dengan tembok pagar Dewan Wawasan Kubang Pasu..hehe. Pisang dekat KP pun ada orang panggil "pisang awak Legor".. Nak tanya ada apa2 cerita sejarah ka antara KP dgn Legor pasal 2 benda ni? atau sekadar kebetulan saja. Apa pun terima kasih banyak2 untuk gambaq tempat2 bersejarah ni..taniah.

    'Jauh berjalan, luas pemandangan, tambah keyakinan..

    ReplyDelete
  2. Wslm, mungkin kebetulan dan mungkin juga memang dirancang untuk mempunyai ciri2 binaan spt yg sdr dakwa tersebut. Anak cucu Syariff Abu Bakar bertebaran dimana2 termasukla Kubang Pasu dan Kubor Panjang (KP juga.. :-)). Berkaitan “pisang awak ligor” tu mmg wujud, pisang tersebut lebih besar saiznya dari “pisang awak” biasa. Persoalan ini juga boleh dikaitkan dengan keropok lekor, adakah keropok lekor itu asalnya keropok legor? Disebabkan saiznya yg besar! Kerana Ligor itu sebuah kota yg besar. Ini hanya lontaran persoalan utk difikirkan, tak rugi kalu kita banyak berfikir.. :-)

    ReplyDelete
  3. salam, berdekatan dengan kota Ligor terdapat kawasan Islam yang mempunyai sebuah masjid lama. kebanyakan daripada mereka berasal dari Kedah dan menjadi tawanan bersama Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah III. ada beberapa kubor lama di dalam kem tentera di Inkiri yang tidak jauh dari stesyen keretapi Nakhon Si Thammarat. ramai yang telah berpindah ke Ban Klang.

    ReplyDelete
  4. Teruskan usaha pendedahan saudara melalui artikel sebegini, terbaikk !!!

    ReplyDelete
  5. Tuan Anaianai insyaAllah kajian dan pendedahan akan terus diusahakan kerana semakin dikaji semakin menyerlah kebenarannya. Kebenaran perlu ditegakkan.

    ReplyDelete
  6. I visited various web sites however the audio quality
    for audio songs present at this web site is truly marvelous.


    My webpage: ท่องเที่ยวญี่ปุ่น

    ReplyDelete