Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, July 2, 2011

MELAKA TELAH WUJUD SELAMA 700 TAHUN PADA 1511?

Foto 1: Petikan dari buku A History Of South East Asia, DGE Hall, 1968.
Menurut petikan itu Melaka telah wujud selama 700 tahun ketika kedatangan Portugis. Kenapa dakwaan Ferrand pada 1918 tersebut tenggelam begitu sahaja dan tidak dikaji oleh sejarawan tempatan. Walaupun dakwaan tersebut telah tangkis oleh GP Rouffaer pada 1921 tetapi asas dakwaan Ferrand tidak boleh dipandang ringan. Tangkisan dakwaan ini rentetan dari teori kewujudan Srivijaya oleh Georges Coedes seorang Perancis yang pernah bertugas sebagai pengarah Perpustakaan Kerajaan Siam (selepas 1939 bergelar Thailand) sekitar 1918. Sebelum 1920an TIADA seorang pun YANG TAHU kewujudan Srivijaya itu. Setelah teori Srivijaya itu diperkenalkan maka semua orang menerimanya tanpa berfikir panjang sehinggalah sekarang menjadi ilmu kebanggaan sejarawan mainstream. Adakah teori Srivijaya yang diwujudkan pada tahun 1920an ini satu agenda penjajah untuk melenyapkan sejarah sebenar pemerintahan keturunan Merong Maha Wangsa.  Seterusnya pada tahun 1928 At Tarikh As Salasilah yang ditulis oleh Muhammad Hassan yang menceritakan salasilah raja Kedah yang kononnya beragama Hindu telah dicetak. Kita boleh lihat di sini satu perancangan yang licik antara orang yang berkuasa di Thai, Kedah dan para orientalis untuk melenyapkan kesah sebenar Merong Maha Wangsa. Jika dakwaan Ferrand itu diambil kira sudah tentu Melaka itu telah wujud sekitar tahun 800M. Jadi Melaka ini yang mana satu, Semenanjung Melaka kah atau Melaka yang kita tahu hari ini?
Foto 2: Peta Semenanjung Melaka dan Melaka yang kita tahu hari ini.
Dakwaan Ferrand ini menjelaskan bahawa penubuhan sebuah kerajaan telah berlaku sekitar tahun 800M di Semenanjung ini dan Kerajaan itu telah diasaskan oleh Merong Maha Wangsa @ Sultan Muzaffar Syah 1 yang telah berkahwin dengan Syarifah Mariyam Al Jeffri. Oleh itu kajian yang mendalam terhadap dakwaan Ferrand ini perlu dilakukan. Sejarah sedia ada perlu dikaji semula.

No comments:

Post a Comment