Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Wednesday, October 26, 2011

ROBOHNYA KOTA STAR

Foto: Empat gambaran Kota Star terdiri dari tiga yang asal dan satu replica yang telah dibina semula setelah dirobohkan atas alasan yang tidak bijak dan munasabah.

Jika dilihat pada foto di atas struktur Kota Star yang asal masih kukuh ketika ianya dirobohkan, walaupun sedikit demi sedikit ada tangan-tangan yang cuba merosakkannya. Kerosakan boleh dilakukan terhadap symbol-simbol tertentu yang perlu dihilangkan bagi melenyapkan satu legasi. Kota Star ini pernah dipimpin oleh Syed Idris ibni Syed Hatta atau lebih dikenali sebagai Tok Moris setelah beliau dilantik menjadi Raja Daerah Kota Star oleh nendanya  Sultan Muzaffar III @ Koya Long.
Berikut ialah notis yang boleh dibaca pada replica kota tersebut. “Pintu gerbang ini asalnya terletak di hadapan Istana Kota Tengah, Bandar Alor Star yang merupakan salah sebuah istana Almarhum DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, Sultan Kedah ke-26 (1882-1943). Istana ini pernah dikunjungi oleh King Chulalongkorn dari Thailand pada 13 Mei 1890. Di atas tapak istana ini kemudiannya telah dibina Wisma Negeri (1973) menyebabkan pintu gerbang yang asal itu terpaksa dirobohkan. Pada  tahun 2008, pintu gerbang itu telah dibina semula sebagaimana bentuk asalnya. Pada setiap sudut pintu gerbang ini mengandungi pelbagai ukiran dan lukisan melambangkan maksud-maksud tertentu hasil ciptaan tukang-tukang Melayu di zaman silam.”
Walaupun telah dibina semula dan didakwa mengikut bentuk asalnya tetapi banyak perkara yang perlu diteliti semula dari rekod-rekod dahulu dan foto-foto yang dipaparkan kerana jelas terdapat beberapa motif ukiran yang telah ditiadakan. Persoalan yang selalu bermain difikiran ini apabila melawat tapak sejarah seperti ini ialah, “Kenapa kota-kota lama ini dirobohkan atau dibiarkan begitu sahaja sedangkan kota penjajah dijaga dengan rapi?” Tanah air tercinta ini tiada malapetaka seperti gempa bumi dan sebagainya kerana mukabumi ini dari jenis gunung lipat tua, tetapi kenapa kota-kota lama kita roboh dan lenyap? Jawapannya ialah lenyap kerana dirobohkan. Kenapa dirobohkan? Jawapannya.... ceghita pon tak guna!

4 comments:

  1. Kenapa saiz pintu gerbang replika tu nampak kecik ek kalo nak dibandingkan dgn ori..hmmm, tekilan saya menengok nye..kota portugis kat Melaka tu xnak plak kasi roboh.Sebok nak agong2kan kota penjajah sedangkan kita sendiri pon ada tinggalan kota gak, lagi cantek.

    ReplyDelete
  2. Anon 09:16 apa yg berlaku memang penuh kemusykilan,dan kemusykilan ini sebenarnya yg mendorong kpd kajian sejarah realiti negara tercinta ini..

    ReplyDelete
  3. Kota lama berada di perkarangan rumah tunku abdul rahman .kini bangunan persekutuan dekat hotel samila

    ReplyDelete