Foto: Buku Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, terbitan Lembaga Muzium Kedah Darul Aman, 1991.
Merujuk kepada isi kandungan dokumentasi tersebut banyak perkara menarik dan mengejutkan telah berlaku di negeri Kedah semasa zaman dahulu. Peristiwa yang berlaku tersebut telah mempengaruhi pembentukan minda yang berhubungkait dengan jati diri dan maruah bangsa Melayu pada zaman sekarang. Berikut adalah petikan dari kertas kerja yang ditulis oleh Prof Sharom Ahmat dari USM yang bertajuk ‘Sejarah Negeri Dalam Pensejarahan Malaysia: Sejarah Kedah 1842 Hingga 1923 Sebagai Contoh’.
“Dalam mencari sebab-sebab yang akan menerangkan keganjilan politik negeri Kedah, adalah penting untuk difikirkan bahawa faktor-faktor luar menjadikan asas bagi dasar-dasar dalam negeri. Unsur luar yang paling penting dan berkeputusan ialah Siam. Sebagaimana yang diketahui Kedah adalah diperintah terus oleh Siam dalam tahun-tahun 1821-1842. Bagi Kedah pengalaman ini adalah suatu pengalaman yang pahit. Setelah sedar yang ia tidak dapat membebaskan dirinya dari pengaruh Siam dengan cara kekerasan, Kedah bercadang untuk mengikut haluan yang sebenarnya. Setelah pemulihan kesultanan melayu pada tahun 1842, Kedah sekali lagi menghantar “Bunga Mas tiga tahunan” dan sebagai balasan kerana menerima kekuasaan Siam, ia pada teorinya dijamin perlindungan dari musuh-musuh luar.
Setelah mendapat kembali kuasa dalam tahun 1842, keluarga yang memerintah negeri Kedah membuat keputusan untuk menentukan bahawa pengalamannya selama 22 tahun yang lalu tidak akan berulang lagi. Sungguh menarik untuk diambil ingatan bahawa Kedah telah sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk memuaskan Siam, dan dengan jalan ini tidak memberi Siam sebarang helah untuk campurtangan dalam urusan-urusan negeri Kedah. Umpamanya kedua-dua Sultan Ahmad Tajuddin dan Sultan Abdul Hamid mengambil bahagian dalam ‘Upacara Air Taat Setia’- satu upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Upacara meminum air taat setia ini adalah satu upacara negara yang amat penting, diadakan dua kali setahun di dalam ‘Chapel Royal’ di Bangkok, dan juga di dalam sebuah kuil di tiap-tiap ibu negeri di wilayah-wilayah. Air yang digunakan terlebih dahulunya disucikan oleh sami-sami dan pada hari upacara itu berlangsung, seorang Brahman akan membaca ayat-ayat suci dan setiap pegawai mesti meminum kandungan cawan kecil itu ke titisan yang akhir. Pada peringkat yang lain pula Kedah tidak pernah gagal untuk bekerjasama dengan kehendak Siam walaupun perkara-perkara ini merupakan tidak berapa penting. Kedah juga sentiasa memberitahu Siam berhubung dengan perkembangan-perkembangan di dalam negeri samada berhubung terus ke Bangkok ataupun melalui konsul di Pulau Pinang.”
Apalah yang boleh diharapkan kepada pemimpim pada zaman tersebut untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara? Pada ketika penguasaan Siam (Thai buddha)dari 1821-1842 sudah tentu berlaku penjarahan terhadap bukti ketamaddunan Kedah Tua, gerakan penghapusan jurai sebenar keturunan Merong Maha Wangsa yang tidak mahu bersekongkol dengan Thai Buddha dan Inggeris, pemusnahan dan pengolahan manuskrip lama supaya ianya bersesuaian dengan agenda penjajah. Pasca 1842 pula menunjukkan penguasaan penjajah melalui proxy kepimpinan yang dilantik oleh mereka, dan pemimpin proxy ini sanggup menurutkan apa sahaja kehendak penjajah kerana ganjarannya kerusi empuk pemerintahan. Inilah salah satu punca berlakunya proses kehilangan jati diri bangsa yang masih diwarisi sehingga sekarang ini. Sanggup menggadaikan apa sahaja (kecuali nyawa) semata-mata inginkan kuasa.
sheikh, betul ka tafsiran Merong Maha Wangsa tu.. tapi boleh diterima juga la..
ReplyDeletebetul dan memang boleh diterima.. mengikut perspektif saya buat masa dan ketika ini.
ReplyDelete