Foto 1: Notis Jabatan Muzium di Kota Belanda. Sejarah ringkas Kota Belanda dan maklumat tentang Akta Bendapurba 1976 berhubung larangan menceroboh dan melakukan kerosakan ke atas monumen lama dan tapak bersejarah. Anda boleh didakwa!
Foto 2: Pemandangan indah di Kota Belanda. Cantiknya Kota Belanda ini terjaga dengan baik dan sejuk mata memandang.
Foto 3: Pemandangan indah di Kota A Farmosa. Tersergam megah menjadi tarikan para pelancong. Persekitaran yang bersih dan dijaga dengan rapi.
Foto 4: Pemandangan indah kapal Flor de la mar yang telah dibangunkan semula oleh orang-orang KITA. Orang-orang KITA ini berbangga mempamerkan kapal yang telah digunakan oleh Alfonso de Albuqarque untuk menakluk Melaka. Apakah yang ada di dalam benak mereka ini ketika memberi persetujuan membinanya semula? Kenapa kapal Melayu yang hebat seperti Mendam Berahi tidak dibina semula?
Foto 5: Pemandangan yang menyedihkan jiwa, menyakitkan mata dan menyesakkan nafas di Istana Raja Bersiong. Tapak bersejarah yang dijadikan tempat buangan sampah oleh MDKP, ataupun mereka menganggap istana tersebut sebagai sampah semata-mata. Kenapa orang-orang KITA membiarkan perkara ini berlaku?
Foto 6: Pemandangan yang menyemakkan perasaan di Kota Long Jaafar. Kalau di Kota Belanda siap ada notis lagi “jangan ceroboh, jangan rosakkan..” tapi kat sini tafsiran yang boleh dibuat macam sebaliknya pula.. “ceroboh dan rosakkan lah supaya hilang semua bukti sejarah kehebatan bangsa..”
Foto-foto di atas menceritakan realiti yang berlaku, bukan khayalan atau omongan kosong. Ianya suatu scenario yang boleh mencermin minda yang terjajah. Minda yang mengagongkan penjajah, minda yang menurut kata penjajah, minda yang tidak mempunyai jati diri dan minda yang tidak bermaruah. Selagi minda mempunyai ciri-ciri tersebut, teguran dan nasihat tidak berguna, seperti mencurah air di daun keladi, seperti bercakap dengan tunggul, seperti anjing menyalak bukit. Bak kata Mahaguru Silat Seni Gayong, Dato' Meor Abdul Rahman "..cuba hangpa pikhiaq betui-betui, ceghita pon tak guna!" Wallahua'lam.

No comments:
Post a Comment