Foto 2: Bergambar bersama Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad
Pada hari Sabtu 19 Jun 2010 satu kunjungan telah dilakukan untuk bertemu Waris Mutlak Empayar Islam Benua Siam. Kunjungan yang tidak begitu dirancang tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya dalam memudahkan segala urusan. Pertemuan tersebut amat bermakna sekali kerana berjaya merungkai pelbagai persoalan berkaitan sejarah tanah air tercinta ini. Pengkaji sejarah mainstream perlu melakukan kajian terhadap sejarah reality dengan mengunjungi dan menemuramah individu yang mempunyai maklumat seperti Nai Long Kasim. Saranan ini bersesuaian dengan kenyataan yang dibuat oleh Prof Khoo Kay Kim, di dalam kertas kerja beliau bertajuk ‘Penulisan Akademik Sejarah Kedah Darul Aman’, 1981. Berikut ialah kenyataan beliau;
“Dalam percubaan untuk menulis kembali sejarah Malaysia, sejarah setiap negeri di dalam Malaysia juga perlu dikaji kembali; dan sejarah kawasan-kawasan, daerah-daerah, yang tidak pernah dikaji mesti diteliti. Orang tua-tua adalah bahan sejarah yang amat bernilai. Melalui pengalaman, ingatan dan pengetahuan mereka, ahli sejarah sendiri akan lebih berjaya memahami bagaimana satu-satu kelompok penduduk hidup. Sejarah bukan lagi merupakan cerita benar yang menarik; kegunaannya bukan hanya untuk mengabadikan tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa yang bersifat epic.”
Renung dan fikirkanlah kenyataan tersebut. Bertindaklah segera kerana setelah 29 tahun usia kertas kerja ini tiada perubahan dan tindakan ketara yang dilakukan oleh pengkaji sejarah mainstream terhadap saranan Prof Khoo Kay Kim tersebut... sesal kemudian tiada gunanya..
No comments:
Post a Comment