Carian perkara yang berkaitan dengan blog ini

Saturday, August 7, 2010

Kedatangan Islam Di Australia Dibawa Oleh NELAYAN Dari Asia Tenggara?

Artikel berkaitan Islam di Australia ini dipetik dari web http://www.abc.net.au/religion Sesuatu yang menarik untuk difikirkan...

The history of Islam in Australia pre-dates European settlement. From 1650, Muslim fisherman from South East Asia communicated and traded with Aborigines from Australia's north. Some inter-marriage occurred. In the 1860s, some 3000 camel drivers - with camels - came from Afghanistan and the Indian sub-continent. This group contributed to the exploration of the Australian outback, working on both the railway line between Port Augusta and Alice Springs, and the Overland Telegraph Line from Adelaide to Darwin, which connected Australia to London via India.
Since the late 1960s there have been a number of significant Muslim migrations into Australia, most notably from Turkey and Lebanon. In the 1990s, refugees and migrants from the Horn of Africa, Afghanistan, Iran, Iraq, Bosnia-Herzegovina, Albania, Indonesia and Malaysia have all made their home in Australia.Some Islamic societies in Australia are affiliated with AFIC (The Australian Federation of Islamic Councils), which does not control the individual societies but gives a public voice and face to Islam, both in state and federal politics and matters of community representation. Between 1991 and 1996, the Muslim community grew by 36 per cent (approx. 53 000). In 1996, there were over 280,000 Muslims in Australia, belonging to over 70 ethnic groups (ABS).
Ini adalah pendapat mainstream kerana ia dipetik dari sebuah laman web badan penyiaran Australia. Ayat “ From 1650, Muslim fisherman from South East Asia..” amat menarik untuk difikir, direnung dan dikaji. Berkemungkinan ayat tersebut benar dan mungkin juga ayat tersebut cuba MENYEMBUNYIKAN sesuatu. NELAYAN dari bahagian Asia Tenggara manakah mereka ini? Adakah nelayan ini yang meninggalkan nama-nama tempat seperti Terang, Nerang, Nanga dan Tanah Merah? Jika sekiranya kita anggap ayat tersebut benar belaka, akan timbul juga persoalan iaitu jika nelayan mereka boleh belayar hingga ke Australia, macam mana pulak dengan ANGKATAN LAUT mereka? Secara logiknya sudah tentulah lebih hebat dari nelayan tersebut. Jadii....?
Peta moden menunjukkan Negara-negara Asia Tenggara dan sedikit bahagian utara Australia. Berapa lamakah pelayaran nelayan tersebut untuk sampai ke Australia? Jika nelayan itu dari Timor Timur hendak ke Darwin pun jaraknya sudah lebih kurang 400 batu.


Saturday, July 31, 2010

Kesan Tinggalan Empayar Islam Benua Siam Di Australia

Apabila blog sejarahnagarakedah membuat dakwaan bahawa Empayar Islam Benua SIAM menpunyai keluasan empayar sehingga ke Australia, ramai orang yang menganggap ianya sesuatu yang melucukan, dan tidak kurang juga yang menolak mentah-mentah dakwaan tersebut. Penolakan terus dakwaan tersebut sebenarnya sesuatu yang merugikan. Perkara yang terbaik yang perlu dilakukan ialah mengkaji dakwaan tersebut, samada ianya BERASAS ataupun tidak.

Nama tempat merupakan sebahagian bukti yang boleh dikaitkan dengan sejarah sesuatu tempat tersebut. Setelah meneliti googles map, didapati terdapat beberapa nama tempat yang begitu menarik untuk dikaji yang terdapat di Australia. TERANG, TANAH MERAH, NERANG, BEAUDESERT NERANG, NANGA dan SERPERNTINE adalah nama tempat di Australia yang tidak boleh dipandang ringan dan ianya boleh dihubungkaitkan dengan Empayar Islam Benua SIAM yang berkait rapat dengan MERONG Maha Wangsa.

Foto1: Nama tempat TRANG wujud di Thailand (dulunya SIAM). Di PULAU PINANG terdapatnya sebuah kampong bernama TERANG
Foto2: Tanah Merah nama tempat yang sememangnya boleh dijumpai di beberapa negeri di Malaysia seperti di KEDAH dan Kelantan.

Foto3: Di KEDAH terdapat nama tempat Kuala Nerang. Ada juga ORANG Kedah yang menggunakan Nerang sebagai nama. Di kawasan Nerang di Australia ini terdapat nama jalan Beaudesert Nerang. Adakah ini ada kena mengena dengan PHODISET NERANG?

Foto4: Adakah Nanga di Australia ini sebenarnya NAGA? Kerana wujudnya nama tempat SERPENTINE yang berhampirannya. Di KEDAH juga ada kampong yang bernama NAGA.

Apa yang menarik ialah nama tempat di Australia ini sama dengan dengan nama tempat yang terdapat di UTARA Semenanjung Malaysia sekarang ini iaitu Thailand, Kedah dan Pulau Pinang. Perkara yang disebutkan di atas boleh menjadi ASAS kepada KAJIAN seterusnya yang lebih mendalam. Kajian untuk mencari kebenaran, kerana KEBENARAN pasti mengatasi KEBATHILAN.

Thursday, July 29, 2010

Kenapa Undang Undang Kedah Tidak Menggunakan Bahasa Siam?

Foto: Manuskrip Undang Undang Kedah yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi oleh DBP pada tahun 2005. Lampiran manuskrip asal dalam tulisan jawi disertakan dalam buku ini.

Manuskrip Undang Undang Kedah merupakan sebuah manuskrip yang menggunakan Bahasa Melayu yg penulisan peringkat awalnya tamat pada tahun dua ratus dua puluh dua (222) Hijrah. Bermula dari pusat pemerintahan Kedah Tua hingga ke Ayuttaya manuskrip ini melalui beberapa peringkat penulisan. Persoalan mula timbul apabila manuskrip ini tidak menggunakan bahasa Siam dalam penulisannya. Jawapannya berbalik kepada Bahasa Melayu sebagai lingua franca yang digunakan secara meluas di nusantara. Manuskrip Undang Undang Kedah ini merupakan buku perlembagaan Empayar Islam Benua Siam yang kuasa jajahan meliputi keseluruh Nusantara hingga ke Australia. Dan sudah semestinya ia tidak bersifat local dengan menulis dalam bahasa etnik yang berkuasa ketika itu iaitu orang Siam. Satu buku perlembagaan sebuah empayar besar perlu menggunakan bahasa perantaraan yang boleh difahami oleh semua etnik dibawah jajahan takluknya yang mempunyai pelbagai bahasa, dan bahasa yang sesuai ialah Bahasa Melayu yang merupakan Lingua Franca di Nusantara.

Monday, June 28, 2010

Kuasa Tanpa Maruah

Foto: Buku Dokumentasi Konvensyen Sejarah Negeri Kedah Darul Aman, terbitan Lembaga Muzium Kedah Darul Aman, 1991.


Merujuk kepada isi kandungan dokumentasi tersebut banyak perkara menarik dan mengejutkan telah berlaku di negeri Kedah semasa zaman dahulu. Peristiwa yang berlaku tersebut telah mempengaruhi pembentukan minda yang berhubungkait dengan jati diri dan maruah bangsa Melayu pada zaman sekarang. Berikut adalah petikan dari kertas kerja yang ditulis oleh Prof Sharom Ahmat dari USM yang bertajuk ‘Sejarah Negeri Dalam Pensejarahan Malaysia: Sejarah Kedah 1842 Hingga 1923 Sebagai Contoh’.


“Dalam mencari sebab-sebab yang akan menerangkan keganjilan politik negeri Kedah, adalah penting untuk difikirkan bahawa faktor-faktor luar menjadikan asas bagi dasar-dasar dalam negeri. Unsur luar yang paling penting dan berkeputusan ialah Siam. Sebagaimana yang diketahui Kedah adalah diperintah terus oleh Siam dalam tahun-tahun 1821-1842. Bagi Kedah pengalaman ini adalah suatu pengalaman yang pahit. Setelah sedar yang ia tidak dapat membebaskan dirinya dari pengaruh Siam dengan cara kekerasan, Kedah bercadang untuk mengikut haluan yang sebenarnya. Setelah pemulihan kesultanan melayu pada tahun 1842, Kedah sekali lagi menghantar “Bunga Mas tiga tahunan” dan sebagai balasan kerana menerima kekuasaan Siam, ia pada teorinya dijamin perlindungan dari musuh-musuh luar.
Setelah mendapat kembali kuasa dalam tahun 1842, keluarga yang memerintah negeri Kedah membuat keputusan untuk menentukan bahawa pengalamannya selama 22 tahun yang lalu tidak akan berulang lagi. Sungguh menarik untuk diambil ingatan bahawa Kedah telah sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk memuaskan Siam, dan dengan jalan ini tidak memberi Siam sebarang helah untuk campurtangan dalam urusan-urusan negeri Kedah. Umpamanya kedua-dua Sultan Ahmad Tajuddin dan
Sultan Abdul Hamid mengambil bahagian dalam ‘Upacara Air Taat Setia’- satu upacara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Upacara meminum air taat setia ini adalah satu upacara negara yang amat penting, diadakan dua kali setahun di dalam ‘Chapel Royal’ di Bangkok, dan juga di dalam sebuah kuil di tiap-tiap ibu negeri di wilayah-wilayah. Air yang digunakan terlebih dahulunya disucikan oleh sami-sami dan pada hari upacara itu berlangsung, seorang Brahman akan membaca ayat-ayat suci dan setiap pegawai mesti meminum kandungan cawan kecil itu ke titisan yang akhir. Pada peringkat yang lain pula Kedah tidak pernah gagal untuk bekerjasama dengan kehendak Siam walaupun perkara-perkara ini merupakan tidak berapa penting. Kedah juga sentiasa memberitahu Siam berhubung dengan perkembangan-perkembangan di dalam negeri samada berhubung terus ke Bangkok ataupun melalui konsul di Pulau Pinang.”


Apalah yang boleh diharapkan kepada pemimpim pada zaman tersebut untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara? Pada ketika penguasaan Siam (Thai buddha)dari 1821-1842 sudah tentu berlaku penjarahan terhadap bukti ketamaddunan Kedah Tua, gerakan penghapusan jurai sebenar keturunan Merong Maha Wangsa yang tidak mahu bersekongkol dengan Thai Buddha dan Inggeris, pemusnahan dan pengolahan manuskrip lama supaya ianya bersesuaian dengan agenda penjajah. Pasca 1842 pula menunjukkan penguasaan penjajah melalui proxy kepimpinan yang dilantik oleh mereka, dan pemimpin proxy ini sanggup menurutkan apa sahaja kehendak penjajah kerana ganjarannya kerusi empuk pemerintahan. Inilah salah satu punca berlakunya proses kehilangan jati diri bangsa yang masih diwarisi sehingga sekarang ini. Sanggup menggadaikan apa sahaja (kecuali nyawa) semata-mata inginkan kuasa.

Tuesday, June 22, 2010

Kunjungan Terhadap Waris Mutlak Empayar Islam Benua Siam

Foto 1: Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad masih mempunyai ingatan yang mantap apabila bercerita berkenaan Empayar Islam Benua Siam.


Foto 2: Bergambar bersama Nai Long Kasim Ibni Nai Long Ahmad

Pada hari Sabtu 19 Jun 2010 satu kunjungan telah dilakukan untuk bertemu Waris Mutlak Empayar Islam Benua Siam. Kunjungan yang tidak begitu dirancang tetapi takdir tuhan mengatasi segalanya dalam memudahkan segala urusan. Pertemuan tersebut amat bermakna sekali kerana berjaya merungkai pelbagai persoalan berkaitan sejarah tanah air tercinta ini. Pengkaji sejarah mainstream perlu melakukan kajian terhadap sejarah reality dengan mengunjungi dan menemuramah individu yang mempunyai maklumat seperti Nai Long Kasim. Saranan ini bersesuaian dengan kenyataan yang dibuat oleh Prof Khoo Kay Kim, di dalam kertas kerja beliau bertajuk ‘Penulisan Akademik Sejarah Kedah Darul Aman’, 1981. Berikut ialah kenyataan beliau;
Dalam percubaan untuk menulis kembali sejarah Malaysia, sejarah setiap negeri di dalam Malaysia juga perlu dikaji kembali; dan sejarah kawasan-kawasan, daerah-daerah, yang tidak pernah dikaji mesti diteliti. Orang tua-tua adalah bahan sejarah yang amat bernilai. Melalui pengalaman, ingatan dan pengetahuan mereka, ahli sejarah sendiri akan lebih berjaya memahami bagaimana satu-satu kelompok penduduk hidup. Sejarah bukan lagi merupakan cerita benar yang menarik; kegunaannya bukan hanya untuk mengabadikan tokoh-tokoh dan peristiwa-peristiwa yang bersifat epic.”

Renung dan fikirkanlah kenyataan tersebut. Bertindaklah segera kerana setelah 29 tahun usia kertas kerja ini tiada perubahan dan tindakan ketara yang dilakukan oleh pengkaji sejarah mainstream terhadap saranan Prof Khoo Kay Kim tersebut... sesal kemudian tiada gunanya..

Saturday, June 12, 2010

Pemandangan Yang Indah dan Yang Jelek

Foto 1: Notis Jabatan Muzium di Kota Belanda. Sejarah ringkas Kota Belanda dan maklumat tentang Akta Bendapurba 1976 berhubung larangan menceroboh dan melakukan kerosakan ke atas monumen lama dan tapak bersejarah. Anda boleh didakwa!



Foto 2: Pemandangan indah di Kota Belanda. Cantiknya Kota Belanda ini terjaga dengan baik dan sejuk mata memandang.





Foto 3: Pemandangan indah di Kota A Farmosa. Tersergam megah menjadi tarikan para pelancong. Persekitaran yang bersih dan dijaga dengan rapi.





Foto 4: Pemandangan indah kapal Flor de la mar yang telah dibangunkan semula oleh orang-orang KITA. Orang-orang KITA ini berbangga mempamerkan kapal yang telah digunakan oleh Alfonso de Albuqarque untuk menakluk Melaka. Apakah yang ada di dalam benak mereka ini ketika memberi persetujuan membinanya semula? Kenapa kapal Melayu yang hebat seperti Mendam Berahi tidak dibina semula?



Foto 5: Pemandangan yang menyedihkan jiwa, menyakitkan mata dan menyesakkan nafas di Istana Raja Bersiong. Tapak bersejarah yang dijadikan tempat buangan sampah oleh MDKP, ataupun mereka menganggap istana tersebut sebagai sampah semata-mata. Kenapa orang-orang KITA membiarkan perkara ini berlaku?





Foto 6: Pemandangan yang menyemakkan perasaan di Kota Long Jaafar. Kalau di Kota Belanda siap ada notis lagi “jangan ceroboh, jangan rosakkan..” tapi kat sini tafsiran yang boleh dibuat macam sebaliknya pula.. “ceroboh dan rosakkan lah supaya hilang semua bukti sejarah kehebatan bangsa..”

Foto-foto di atas menceritakan realiti yang berlaku, bukan khayalan atau omongan kosong. Ianya suatu scenario yang boleh mencermin minda yang terjajah. Minda yang mengagongkan penjajah, minda yang menurut kata penjajah, minda yang tidak mempunyai jati diri dan minda yang tidak bermaruah. Selagi minda mempunyai ciri-ciri tersebut, teguran dan nasihat tidak berguna, seperti mencurah air di daun keladi, seperti bercakap dengan tunggul, seperti anjing menyalak bukit. Bak kata Mahaguru Silat Seni Gayong, Dato' Meor Abdul Rahman "..cuba hangpa pikhiaq betui-betui, ceghita pon tak guna!" Wallahua'lam.

Sunday, May 30, 2010

Apa ada pada lantai?


Foto 1: Lantai di telaga yang terdapat di Kota Ngah Ibrahim


Foto 2: Lantai di Kota A Famosa

Susunan bata yang unik bagi lantai di Kota A Farmosa menimbulkan persoalan kerana mempunyai susun atur yang hampir sama dengan lantai yang terdapat pada telaga di Kota Ngah Ibrahim. Adakah susun atur ini satu “password” kepada suatu jawapan dari persoalan yang berlegar di minda ini. Kenapa telaga ini ditimbus oleh British ketika mereka menduduki Kota Ngah Ibrahim tersebut? Kalau Kota Ngah Ibrahim ada kaitan dengan Istana Raja Bersiong dan ada juga kaitan dengan Kota A Farmosa apakah maksud yang tersirat? Jawapan yang mudah ianya satu kebetulan... hmmm..